MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 30 November 2011

Birthday girl...

Bulan November ni 2 orang anak buah diopis menyambut birthday.
Siap ada kejutan kek dari abang sayang ye elin..
Lea tumpang seronok.
Buat elyn dan ida

SELAMAT HARI LAHIR DIUCAPKAN.
SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR
DIMURAHKAN REZEKI
DAN
CEPAT CEPAT BERTEMU JODOH YE.
BOLEH MAKAN NASI MINYAK 
SAUDARI BERDUA...







Makan nasi temuan

Majlisnya diadakan di Johor tetapi adat sarawak tak pernah dilupakan.

Makan Nasik Temuan.

Dalam adat ni ada 3 pusingan .Isteri kena suap suami nasi dan suami kena suapkan isteri.Kalau lelaki terlebIh menang, lelaki lebIh berkuasa dalam rumahtangga.. kalau perempuan terlebIh menang, perempuan yang lebIh berkuasa dalam rumahtangga.. tapi selalunya seri.. kalau seri, baguslah rumahtangga tu.Cuma adatkan.Bukan kepercayaan pun.Sekadar untuk memeriahkan majlis.

Rombongan pengantin dari Jengka pun seronok bila melihat adat ini.
Time lea kahwin dulu pun ada jugak makan nasik temuan ni.Keputusannya...seri...hehehehe.






Selasa, 29 November 2011

Majlis resepsi Intan & Amin 271111

Majlis persandingan mereka diadakan di Dewan Alumni UTM Skudai.
Cantik kan...
Suka lea tengok dengan warna putihnya dan dihiasi bunga yang warna warni.
Pengantinnya pun cantik n comel je...
Selamat Pengantin Baru INTAN & AMIN.
Semoga kekal bahagia untuk selamanya....







Warna warni .....

Selalu sangat dah ke Melaka tapi inilah kali pertama bergambar dengan beca.
Pakcik beca siap offer ambik gambar lea ngan suami.


Hujan turun basahi bumi

Mentari mengeringkannya

Siang cerah panas bersinar
Dan gelap pun menyejukkan

Seperti itu hidup dijalani

Ada tawa ada tangis

Semua penuh dengan hitam putih
Warna warni kehidupan

Sadarilah sahabat

Hidup memang tak pernah sama

Mengertilah manusia
Pasti hidup ini akan berakhir
Berakhir


Ahad, 27 November 2011

Selamat Pengantin Baru Amin & Intan

Di johor sekarang...

Lama dah tak update blog.
Lea dekat johor sekarang ni.
Sepupu kahwin...jadi bz bebenor lah ye.
Insyaallah....nanti update.
Banyak nak diupdate.....

Ahad, 20 November 2011

Umbrella - Bukalah Hatimu


Antara lagu kumpulan umbrella yang lea minat.
Korang leh pergi kat blog penyanyinya...
lain sangat dah dia sekarang....

Dipagi ahad

Assalammualaikum semua.


Hari ahad dah kan.sekejap benar masa berlalu.
Selalunya pagi ahad lea buat sarapan sendiri.
Tapi hari ni suami ajak pergi Dengkil sebab dia cakap ada kedaia amkcik jual lempeng cicah sardin.
Lea ikut je.
Dah sampai kedai, tutup pulak dah.
Jadinya pergi je kedai biasa makan nasi lemak je....
Sebenarnta teringin jugak nak lempeng cicah sardin....

Rabu, 16 November 2011

A DAN W

Antara MCD , KFC DAN A&W lea lebih suka dengan burger A&W.
Rasanya lebih sedap bagi lea.Ditambah lagi dengan airnya.....
Tak taulah korang suka yang mana.
Semuanya punya pilihan masing-masing kan?

Selasa, 15 November 2011

Hari-hari mcm ni...

Assalammualaikum semua.


Keluar gelap balik pun gelap.
Hampir setiap hari mcm ni.
Balik kerjanya awal.4.30 dah keluar.
Tapi aktiviti selepas tu...
Nak cari baranglah, nak beli baranglah.
Lastnya sampai rumah jam 7.30 malam.
Aduiyai....badan pun dah penat sangat dah rasanya.
5 hari seminggu...mcm tulah keadaannya.
Kalau sampai rumah awal macam semalam bolehlah memasak..
Kalau tak macam tadilah makan dekat KFC.Tak pun makan dekat kedai Tomyam.
Lea sebenarnya dah jemu nak makan dekat kedai tomyam sebab dah tak tau nak makan apa.
Menunya sama je....
Akhirnya order tomyam, telur dadar dan sambal belacan.
Itulah kombinasi terbaik lea di kedai tomyam.
gambar sekdar hiasan.tiada kaitan dengan gambar

Di pagi raya haji

Walaupun lewat nak jugak update pasal raya haji hari tu.
Tahun ni lea beraya di kampung suami di Teluk Intan.
Harus ikut turn sebab raya puasa lepas beraya di Kuching.
Menu di pagi raya.
Lea masak nasi tomato, ayam masak merah, sayur campur dan jelatah.
Akak ipar pulak buat mi bandung.
Seronok makan bila berkumpul ramai-ramai.
Tapi yang bestnya...jering jugak yang menjadi pilihan di pagi raya.
Sedap sungguh nengok suami makan pagi tu sebab dia langgar diet .
Makan nasi tomato jugak pagi tu....
Kena gelak jelah.
Lepas makan siap-siap nak ke Masjid Kampuing Changkat Jong sebab hari tu ada 8 ekor lembu nak dikorbankan.Esoknya pulak 10 ekor.
sedapnya suami makan.tak sedar tu isteri dekat belakang

jering yang tidak dilupakan

besar dah anak buah aku ni....

Meneman En.Suami di hujung minggu


Nak tergelak je ngan suami lea ni.
Cakap nak training main bola.
Ikutlah dia ke padang sekolah.
Yang ada budak kecik je.
Dia ngan ramli je orang dewasa.
Tak larat jugak tu nak mengejar  budak2x kecik ni.
Lajunya mereka berlari.
Last-last suami dan ramli jadi goalkeeper.
Hahaha.lea gelak...asyik bolos je ngan budak kecik.
Yang syoknya dekat padang..budak-budak asyik panggil acik...acik...pastlah bola dekat saya.
Dah malamnya...
ayang...tolong abang boleh?
Tolong picitkan kaki.
Lenguh sesangatlah....
Mulalah kita membebel.
Tulah...Tak biasa main bola nak main.









Isnin, 14 November 2011

Menuku malam ini

Assalammualaikum semua.
Petang tadi dah dok canang kan nak masak pe.
Jadinya yang lea masak
ikan masin masak lemak campur nanas
sup ayam untuk suami makan  dengan mihun
sambal tomato.
Berselera sungguh saya makan malam ni.

Masak dengan nenas yang sangat manis.
Mana tak...lea beli nenas yang dah siap potong tu.
Siap jual ngan asam sekali.
Motif...malas nak kupas kulit nenas

Nampak berminyak sup ni walaupun tak tumis pun.
Cuma rebus.
Masuk sekali je pun.
Senang.....

Pembuka selera.
Tomato lea campurkan ngan sambal belacan.
Tak tumbuk pun.
Lea blender je ikan bilis, belacan dan cili.

Nak masak pe ye ....



Sebenarnya dah lama lea tak memasak mcm dulu2x tu.
Sekarang masak yang simple2x je.
Sebab suami bukannya makan nasi pun.
Jadinya lebih senang buat sup2x je.
Tapi petang ni teringin benar nak makan
ikan masin masak lemak campur nenas
sup ayam letak pelbagai jenis sayur
ikan cencaru bakar cecah sambal kicap cili
teringin gak nak makan daging masak black pepper
lama dah tak makan kentang masak sambal.
Habis...nak masak apa ni ye.....
Pikir-pikirlah dulu.
Sebab semua bahan dah ada dalam peti sejuk.
Tapi nak kena pikir jugak menu untuk suami, selain dari nasi.....

Apa di renungkan tu....


Macam-macam kan. difikir.
Perkara yang tengah berlaku,perkara yang sudah berlaku dan perkara yang akan berlaku.
Bila memikirkan perkara yang mendatang lagilah macam macam yang bermain difikiran.
Entahlah.....
Bila berdepan dengan berita kematian......
Terpikir pulak.....
Dia sudah tiba masanya...
Aku?
Bila?
Cukupkah amalanku....
Jadi takut dibuatnya.
Bila dah berfikir tu jadilah bermenung sendiri.

Tapi gambar di atas tu...mataku tak berkelip bila melihat korban di opisku pada Selasa lepas.
Pertama kali melihat.....
OOOOO...macam tu.......

Jumaat, 11 November 2011

Ku di atas awan

Bila dah kenyang bersarapan, tanya kak Ja, dia nak pergi mana?
Dia cakap dia pun tak tau.
Lastnya suami bawak masuk kl dan ke suatu tempat yang lea sudah lama sangat nak pergi tetapi ada je hal yang membuatkannya tak jadi .Nak tau lea ke mana?










Khamis, 10 November 2011

Berjumpa teman di Taman Warisan


Assalammualaikum semua.
Rasanya lama benar tak update blog kesayangan ni.
Sibuk sangatlah.
Lepas raya ada buat korban dekat opis.
Dah esoknya meeting pulak kat Putrajaya.
Esoknya pulak dok buat kerja yang dah ditinggal 2 hari.
Esok pulak...dup..dap..dup...dap..berdebarnya rasa dihati sebab kena bagi taklimat kepada peserta yang nak kursus.
Pertama kali tu....Setelah 5 tahun meninggalkan tugas memberi taklimat dekat peserta.

Ni cerita hampir 2 minggu lepas.
Berjumpa kawan yang dah lea anggap sebagai seorang kakak.
Dulu sama jabatan di Putrajaya tetapi dia mintak tukar balik Kelantan.
Bila dia bagi  tahu dia nak datang sini seronoknya rasa dihati.
Rindu nak jumpa.
Rindu nak dengar celoteh dia sebab dia suka bercakap.
Susah benar kita nak cut bila dia dah bukak mulut.
Kak Ja......
Jadinya lea ngan suami berjanji nak ambik dia dekat Presint 9.
Lepas tu kita sarapan dulu ye dekat WARISAN.
Kak Ja ambik nasi kukus.
Lea pulak ambik nasi lemak.
Dan En.Sham kita pulak makan mi sup je...


Ahad, 6 November 2011

Peringatan buat kita......

Peringatan buat diriku serta rakan-rakan seagama yang selalu terlupa dan leka...

1. MENINGGALKAN sembahyang - ULAR SAQAR sedang menunggu.


2. MELEWAT-LEWATKAN sembahyang - NERAKA WAIL sedang menganga.

3. MERINGAN-RINGANKAN syariat - Mendapat pandangan MURKA Al-Jabbar

4. MENGUMPAT peribadi orang - GUNTING neraka sedang diasah

5. MENYEBARKAN gossip atau fitnah - DURI-DURI menanti anda di taman neraka

6. Tidak MENJAGA pergaulan -LIBASAN api neraka dijanjikan

7. Tidak BERAKHLAK dengan manusia -KEMURKAAN Allah bersama mu..

8. MENYAKITI hati orang dengan lisan- MASUKLAH mana-mana pintu neraka

9.Meringankan AMANAH - Angkatlah SEBERKAS kayu dari neraka

10.BERSANGKA BURUK - AMALAN BAIK diambil orang

Sabtu, 5 November 2011

Kubur lain-lain

Walaupun dikatakan “KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SEKSAAN JUGA LAIN-
LAIN”

TAPI INGATLAH..



Yang memandikan jenazah kamu itu "ORANG LAIN"



Yang solat jenazah untuk kamu itu "ORANG LAIN"



Yang mengkafankan jenazah kamu itu "ORANG LAIN"



Yang mengebumikan jenazah kamu itu "ORANG LAIN"



Yang membaca YaaSiin dipusara kamu itu "ORANG LAIN"



Yang bersedih diatas kematian kamu juga "ORANG LAIN"


Jumaat, 4 November 2011

K.E.B.A.B

Kebab ayam adalah fav.lea bila pergi pasar malam
dan semestinya dibeli dengan orang yang sama.
Time ni tengah dalam perjalanan balik untuk beraya haji di Teluk Intan .


Nanti kita pergi lagi...........

Tamat sudah pengembaraan kita di MUZIUM NEGARA.
Lepas ni kita ke tempat lain pulak ye....
Tunggu.....

Takkan melayu hilang di dunia




NAMA HANG TUAH TELAH DIGUNAKAN SEBAGAI..........

Jalan Hang Tuah di MelakaKuala Lumpur dan Taman Khalidi Bharu, MuarJohor
Plaza Hang Tuah dan Hang Tuah Mall di Melaka
Stesen Monorail Hang Tuah di Kuala Lumpur

Khamis, 3 November 2011

Sekali tak solat...

1 HARI akhirat = 1000 TAHUN dunia.


1 TAHUN akhirat = 365 HARI akhirat x 1000 = 365,000 TAHUN dunia



1 waktu solat= 80 tahun akhirat = 29 200 000 tahun dunia. (80x365x1000)



2 waktu solat= 160 tahun akhirat = 58 400 000 tahun dunia. (160x365x1000)



3 waktu solat= 240 tahun akhirat = 87 600 000 tahun dunia. (240x365x1000)



4 waktu solat= 320 tahun akhirat = 116 800 000 tahun dunia. (320x365x1000)



5 waktu solat= 400 tahun akhirat = 146 000 000 tahun dunia. (400x365x1000)

SEKALI tidak solat dah dekat 30,000,000 tahun kena azab.



SEHARI tidak solat dah dekat 150,000,000 tahun kena azab.



SETAHUN tidak solat dah berapa? 53,290,000,000 (53.29 billion tahun dunia)