MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 31 Oktober 2011

Korang di era siapa?











Korang di era siapa ye?
Lea lahir pada tahun 1981 di era Tun Mahathir sampailah sekarang ni Dato, Seri Mohd.Najib Bin Tun Abdul Razak.

Lea pergi mana ni...

Assalammualaikum semua.
Ni cerita time cuti DEEPAVALI lepas.
Mula-mula plan nak pergi Jalan TAR nak cari tudung.
Misi memcari tudung pun berjaya dengan jayanya.
Lepas tu tak tau nak ke mana...
Jadi nya kita ke sini jelah.....












Dekat sini ada tayangan video mengenai orang asli disediakan.
Macam-macam yang korang boleh tau mengenai orang asli ni
dan
macam-macam yang boleh korang lihat.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Katil siti nurhaliza?


Apalah dicari dengan katil siti nurhaliza ye?
Pelik betul....

Cerita tentang jalur merah.....


Kalau korang pergi kl, korang perasan tak dengan gambar2 ni.
Lea baru perasan dan ada satu yang menarik yang lea ingin kongsikan bersama.
Persamaan diantar 4 buah negara.
THAILAND
SINGAPORE
INDONESIA
MALAYSIA
iaitu
JALUR MERAH


SATU CIRI MENARIK
YANG DIKONGSI OLEH BENDERA
MALAYSIA, SINGAPURA,
INDONESIA DAN THAILAND
IALAH JALUR MERAH.

TIADA SIAPA YANG MEMAHAMI
ASIA TENGGARA SEPERTI KAMI



Di Asam pedas...

Assalammualaikum semua.
Salam jumaat dari lea..
Ni cerita pasal makan lagi....
Tentu korang muak kan.
Gambar makanan je kat blog ni.
Ni time makan dekat ASAM PEDAS HOUSE dekat IOI MALL PUCHONG pada malam DEEPAVALI lepas.
Menu pilihan kali ini...
Mihun fish soup pilihan En.Sham kita.Al maklumlah orang tak makan nasik.


Pilihan lea pulak, nasi putih, tumis kacang bendi dan semestinya ikan pari masak asam pedas.
pergh....sedap.....Ikannya banyak pulak tu.Satu mangkuk ada lima hiris.Nasib baik En.Sham tolong meratah ikan pari..Kalau tak sayang ....membazir.



Khamis, 27 Oktober 2011

Bila terajin sikit....

Bila dah rajin, adalah menu lain dirumah.
Spaggeti versi melayu.
Hahahaha.
Masam langsung takda ye.
Cuma rasa pedas je.
Suami cakap baik buat spaggeti goreng je dah.
Biar masak ikut tekak sendiri ye tak.
Sendiri nak makan.
Oklah tu....Janji tak membazir




Nasi lemak 80 sen

Ni cerita hari ahad lepas.
Lepas balik dari Tugu Negara lea dan suami singgah ke Kampung Baru sebab lea teringin nak makan nasi lemak 50 sen.
Tapi harganya dah naik dah.
Dah 80 sen dah.
Sorang ambik 2 bungkus.
Rasanya pun sama gak seperti dulu.
Pertama kali makan 9 tahun lepas.
Masa tu masih kerja dekat INTAN.
Seronok masa tu makan ramai-ramai.
Kenangan betullah.

makan dengan hati ayam goreng.Fav. lea.

hari tu suami saya langgar pantang makan nasi.hehehe.
berlatarbelakangkan KLCC

Selasa, 25 Oktober 2011

Happy Deepavali

Selamat Menyambut Hari Deepavali bagi sesiapa yang menyambutnya .
Gambar ni diambil petang tadi di IOI MALL PUCHONG.

Isnin, 24 Oktober 2011

Semangatnya lain macam.......

Sudah 5 tahun lebih lea dok di Puchong ni.
Hati memang nak sannagt pergi Tugu Negara ni.
Dan petang semalam suami bawak lea ke sini.
Senyum sampai ke telinga tu.
Bila tengok  Tugu Negara ni semangat patriotiknya lain macam je rasa.
Lebih bersemangat.
Tk berkelip mata bila nengok Tugu Negara ni.
Terima kasih abang...bawak ayang g sini.





Kami bersarapan disini setiap pagi berkerja

Nilah tempat kami bersarapan setiap pagi bila hari berkerja.
Cafe berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Shah.
Yelah dekat dengan opis lea di PKNS Shah Alam.

nilah menu pilihan hari ni.Mihun goreng

Ahad, 23 Oktober 2011

Bila teringin nak makan....

Bila lama dah tak makan masak lemak dan kari,
harus merajinkan diri untuk memasak hari ni.
Untuk suami goreng ayam jelah.
Sebab dia tengah diet makan nasi, santan, telur dan macam-macam lagilah.
Tapi untuk hari ni dia langgar gak pantangnya.
Yelah dah hampir 5 bulan dia tak makan menu sebegini.
Jadinya menu hari ni...
jeng....jeng...jeng....
sayur manis masak lemak campur ngan labu

kari daging

ayam goreng kak mon...

Selamat pagi di MCD

Assalammualaikum dan selamat pagi semua.
Pagi ni kami berdua sarapan di MCD Puchong Gateway.
Sesekali takpe kan....
Yelah pagi ni tak tau dah nak buat sarapan apa.
Takda idea dah....
Jadinya jam 7.15 pagi dah di MCD
Order Breakfast For Family set A.

Peneman setiaku

Nilah kegemaran lea. Makan dengan madu...sedapnya....

Jumaat, 21 Oktober 2011

Rojak ke pasembor?

Ni cerita rabu lepas.
Sebelum suami ambil lea dekat putrajaya (sebab time tu ada bengkel dekat hq)
dia singgah dekat UNITEN.Kan ada orang jual2x kuih2x kan.
Jadinya lea kirim dua benda ni.
Rojak sotong dengan cendol.
Suami cakap pasembor.
Lea lak cakap rojak sotong.
Lupa pulak nama menu ni yang tertulis di gerai tu.
Rojaknya...membuatkan lea kenyang sampai ke malam.
Rasanya....boleh tahan lah.
Tapi musykil lagi ni.
Rojak ke pasembor? 

Selasa, 18 Oktober 2011

Kuah durian pertamaku....

Ini kali pertama lea buat kuah durian ni.
Semalam ada jamuan dekat opis.
Ada roti jala lebih lea bawak balik.
Kuah karinya pulak sikit, jadinya teringin nak buat kuah durian.
Resepinya...lea tanya dengan akak-akak diopis.
Durian
Santan
Gula
Daun pandan nak bagi wangi.
Durian memang ada dalam freezer satu tupperware besar.
Buat stok.
Ras teringin nak makan, letak kat luar durian tu bagi hilangkan aisnya.
Berbalik dengan kuah durian lea, rasanya oklah....cuma terlebih masak.
Ada rasa hangus2x sikit suami cakap.
Takpelah.
Cubaan kali pertama kan....


Isnin, 17 Oktober 2011

Vokal bukan sekadar rupa...

Sapa dah tengok rancangan ni semalam.
Best jugak kan.
Peserta menyanyi , diberi komen tanpa melihat siapa orangya.
Betul2x berdasarkan vokal..
Saksikan setiap Ahad jam 9 malam di TV3.

Ahad, 16 Oktober 2011

Cekodok ikan lumek

Lea pernah bertanya dengan kawan-kawan dekat sini , tau tak ikan lumek.
Ada yang tau dan ada jugak yang tak tau.
Bagi yang tak tau nilah ikan lumek.
Dekat puchong ni setelah lima tahun nilah kali pertama lea nengok ikan ni dijual di Pasar Segar Pak Lang dekat Puchong Perdana.
Ikan ni sedap dibuat sup, dibuat cekodok, dibuat asam pedas dan hari ni suami membuat eksperimen membuat goreng tepung.
Sedap rupanya.....
Lea pulak buat cekodok untuk minum petang ni.

Nilah adunan cekodok lea.
Campuran bawang besarr, daun bawang, cili dipotong halus,
 isi ikan lumek yang lea blend dan isi ikan lumek yang lea potong halus-halus.

Cekodok tengah digoreng dalam minyak yang panas.

Siap sudah.....Jemput makan semua.....

Sabtu, 15 Oktober 2011

Menu di pagi sabtu

Hari ni , pagi-pagi dah goreng mihun singapore.
Nasib baik rencah-rencah untuk memasak ada dalam peti sejuk.
Jadinya satu harilah kita makan mihun singapore sebab en.sham diet tak makan nasi.
Jadinya pn. punya blog ni malaslah nak masak nasi sebab makan sorang.
Tapi esok kena masak nasi jugaklah...
Sebab dalam peti sejuk ada ikan patin.
Nak buat masak tempoyak....
Pergh.....mesti best ni......

Jumaat, 14 Oktober 2011

Selingan di malam hari

‎~ Drpd sujud kaki kekasih, baik sujud kpd Allah

~ Drpd cium kekasih, baik cium Tikar Sejadah..

.
~ Drpd pegang tangan kekasih, baik Pegang Al-Quran


~ Drpd menangis untuk kekasih, baik menangis memohon Ampun drpd Allah


~ Drpd peluk kekasih, baik peluk Mak dan Ayah


~ Drpd kejar CINTA, baik kejar CITA-CITA CINTA iaitu Cinta Allah ♥

Selingan di hari jumaat

‎~SeANGKUH dan SeHEBAT Apapun Kita, Diatas Hamparan Sejadah jugalah Dahi Kita 


Bersujud,



~SeCANTIK dan SeINDAH Apapun Rupa kita, Kain Putih Jugalah Yg Pada Akhirnya 



akan Membalut Tubuh Kita,



~SeKaya dan SeBanyak Apapun Harta Kita, Tidak Akan Dapat Dibawa Jika pergi 



Menghadap ILAHI,



~SeGAGAH dan SeKUAT Manapun Kita Berjalan/Berlari, Pada Akhirnya Akan Tetap 



Diusung Juga,



~SeRAMAI dan SeBANYAK Apapun Teman-teman Kita, Namun Kita Akan Pergi Seorang 



Diri Juga 1 Hari Nanti..



Khamis, 13 Oktober 2011

Wan Nursyasya Zulaikha

9hb lepas terima sms dari zam suaminya maya yang maya telah bersalin.Ingatkan bersalin di hospital serdang atau putrajaya.Rupanya dekat Hospital Muar.Ala.....jauh...tak leh nak melawat.Insyaallah.Kalau ada kelapangan lea dan suami akan melawat dia dekat Simpang Renggam sebab maya berpantang di situ.Rumah mak n ayahnya.Wan Nursyasya Zulaikha dengan berat 2.9kg.Rupanya lea tengok sebijik maknya.


maya semasa beraya di rumah kak shar.
sarat benar dah dia time ni.

kenalkan Wan Nursyasya Zulaikha

Rabu, 12 Oktober 2011

Hampir 6 tahun....



 Diam tak diam, sedar tak sedar bulan 3 tahun depan 6 tahun sudah usia perkahwinan kami.
Alhamdulillah...Kami bahagia bersama. Memang jauh disudut hati menginginkan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga kami.

Ye...lea akui dulu masa di awal usia perkahwinan, lea sering sedih bila orang bercerita, bertanya perihal anak.Terasa sangat-sangat.Sangat sensitif time tu. Alhamdulillah...sekarang lea telah terima ketentuanNya pada lea dan suami.Lea tumpang gembira bila mereka yang rapat dengan lea mengandung, melahirkan anak.Lea seronok. Masa lea insyaallah pasti akan tiba jugakkan.Ini berbalik kepada rezeki kan.

Bukan tidak berusaha. Perubatan traditional, moden semua sudah dicuba. Cuba rawatan yang menelan belanja ribuan sahaja yang belum dicuba.Insyaallah...ada rezeki akan berusaha ke arah itu. 

Anak Angkat?Kawan-kawan rapat , sedara mara semua dah suruh ambik anak angkat.Dan kami sendiri memang berusaha untuk mencari anak angkat buat penghibur hati. Tapi tak taulah...memang bukan rezeki kami agaknya.Sudah 4 kali hampir2x hendak mengambil anak angkat, tetapi ada saja yang menghalang.Bila di fikir belum rezeki kami.

Rezeki...Mungkin bukan rezeki kami untuk punyai zuriat lagi.Tapi alhamdulillah ...rezeki datang dari sumber yang lain. Sungguh...lea dan suami bersyukur dengan rezeki dariNya pada kami. Kesihatan yang baik..Alhamdulillah. Rezeki suami dalam bidang yang dia minat, alhamdulillah...sudah menampakkan kejayaannnya.Bagi lea sendiri, alhamdulillah...dengan rezekiNya....Alhamdulillah...kami dikelilingi dengan sedara-mara kawan-kawan, jiran-jiran yang sangat ambil berat pasal lea dan suami, yang sangat memahami kami.Memang lea terharu sangat.
Terima kasih semua. 



Alhamdulillah.Lea sangat bahagia bersama dirinya

Nak sihat ke tak nak?

Mestilah nak sihat.
Tak larat dah macam ni.
Semuanya tak larat dah.
Jadinya kena rajin makan ubat
dan
makan ubat  kena ikut masa....

Isnin, 10 Oktober 2011

Bila demam......

Bila dah demam, makanan kegemaran pun tak selera nak makan.
Tengok jelah suami makan.
Nak makan rasa loya je tekak....
Huhuhuhuhu