MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 30 September 2011

Gambar stok lama

Semalam tertengok drama melayu dekat Astro Prima
Cinta dari Mekah kot namanya.
Pelakonnya Fazren@Dafi SPA Q, Eja dan Fauziah Gouse.
Tiba-tiba teringat yang lea ada ambik gambar dengan si dafi ni.
Handsome gaklah orangnya...
Tapi manis lagi suamiku.....ahakss....

Cerita tentang seorang budak kecik....

Amirul...anak bujang kak shar.
Teman diopis lama yang masih berhubung lagi.
Mula-mula jumpa mirul ni masa pergi family day opis lama di A FAMOSA RESORT MELAKA.
Time tu pun jabatan ada buat kursus sekali.
Jadinya semasa kursus , suami leahlah yang menjaga si Mirul ni.
Time tu rasanya mirul ni berumur dalam empat tahun kot.
Tapi budak kan....
Sampai sekarang pun dia amsih ingat dengan uncle nya tu.
Siap nak mandi kat swimming pool kat umah uncle.
Bila pergi rumah kak shar ahad lepas, dia dok senyum senyum je tengok uncle shamnya.
Nak tergelak pun ada.....
kenangan bersama kak shar , maya dan mirul 
mirul ni tak takut ngan orang.
time main air dekat theme park.suami yang dok menjaga mirul 
cantikkan gambar ni 
gambar ahad lepas. suami dan mirul.
sori kak shar ambik dari FB kak shar

Khamis, 29 September 2011

Kasihnya ayah

Hari ni seorang ayah telah meluahkan rasa kasihnya pada arwah anaknya.
Dia mempunyai 2 org anak dan yang sulung berumur 23 tahun telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya.
Seorang ayah telah menitiskan air mata bila bercerita tentang anaknya.
Dia menyatakan rasa bangga terhadap anaknya sebab sewaktu kemalangan anaknya hendak membantu seorang kawan.
Sepanjang hidupnya dia nyatakan tidak pernah menyatakan rasa bangga terhadap anaknya di hadapan anak-anaknya.
Begitu susah....tapi sekarang dia sering teringat.
Dan dia rasakan anaknya sering berada disisinya.
Tidak pernah lea melihat seorang lelaki bergelar ayah menitiskan air mata sedemikian.
Ye...walaupun luarannya nampak garang, tetapi hatinya.....memang lembut.
Tidak ada apa yang boleh lea lakukan melainkan mendoakan arwah anaknya ditempatkan bersama dengan orang yang beriman.

Rabu, 28 September 2011

Beraya di opis kami

Belon-belon yang ditiup dalam entry sebelum ini diletakkan dipintu masuk untuk menyambut tetamu yang tiba di Majlis Opis Terbuka kami sempena Aidilfitri tahun ni
Kambing antara menu utama bersama sos-sosnya


Antara tetamu yang hadir.
Tengok gambar dibawah, lea kena menjadi pemerhati lauk pauk takut ada yang habis.
Boleh topup balik nanti


Dah penat sangat dah...
Kita rehat dulu dan minum.......


Selasa, 27 September 2011

Jom kita tiup gelembong......

Assalammualaikum semua.
Gelembong tu belon dalam bahasa sarawak.
Nak tau untuk apa? 
Next entry ye....
sakit tangan tau dok mengepam belon2x tu.
Jadinya gilir-gilir kami mengepam belom2x tu.
Nak meniup?...Mintak maaf.
Ada yang sesak nafas nanti. 

comel-comelkan anak buah lea dekat opis.

Isnin, 26 September 2011

Bila kami berjumpa....

Petang semalam lea dan suami pergi beraya ke rumah Kak Shar.
Lama betul tak jumpa dia.
Last jumpa pun rasanya raya lepas kot.
Dulu sama opis, lepas tu dia pindah, dan lea pun pindah jabatan jugak.
Dia masih di Putrajaya dan lea pulak ke Shah Alam.
Berjauhanlah kami.
Cuma Facebook lah tempat kami berbual.Kadang-kadang tu ada jugak telefon.
Dengan kak shar lea boleh bercerita apa je.
Kadang2 luahan rasa.Macam-macamlah.Boleh ketawa dan menangis bersama.Itulah kualiti dalam persahabatan yang dicari.
Dekat nak 1/2 jam dekat rumah kak shar mak buyung@maya pun sampai jugak dengan abang megatnya dan mak mertua serta adik ipar.Macam-macam jugak cerita keluar.
Kalau tak ke Bandar Tun Razak selepas tu memang lama lagi dekat rumah kak shar kot.
Thanks kak shar.
Mihun sedap.
Apam dot-dot pun sedap.
Rendang sedap...
Dan paling sedap rojak buah......
Terbaiklah kak shar.
lea diapit oleh kak shar (kiri) yg sentiasa maintain dan maya yang tengah menunggu masa untuk melahirkan anak sulungny....

Sabtu, 24 September 2011

Tempat duduk percuma


Air Asia membuat promosi lagi.
Korang dah book ke lum.
Lea dah book malam semalam.
Untuk ke mana?
Kemana lagi kalau bukan kampung halaman lea Kuching Sarawak.
Tiket untuk bulan puasa tahun depan sebabnya tahun depan lea akan beraya di Teluk Intan Perak.
Jadinya bulan puasa kena baliklah ke Kuching untuk berjumpa dengan keluarga tercinta.
Awal sangatkan bookingnya.
Takpelah...kebetulan ada murah.
Harganya.....Malaslah nak g tahun.
Dua orang 4 belah tangan jugak...
Tapi kira murah jugaklah kalau dibandingkan dengan normal price.



Jumaat, 23 September 2011

Mi Jawa dan Ayam Goreng

Bila ke Teluk Intan tempat yang wajib di pergi ialah 
Medan Selera bersebelahan dengan
Majlis Perbandaran Teluk Intan sebab
ada Mi Jawa dan Ayam Goreng yang rasanya seakan ayam goreng KFC .
Kalau kesana singgahlah dekat situ ye,
Gerai no 23 dan 25.
MI JAWA yang sangat sedap k. 
Ayam goreng yang sentiasa sedap


Soffiya


Sinopsis : Soffiya (Slot Akasia – TV3)

Ikuti kisah Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.
Nasib buruk terus mengikuti dirinya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, dia terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahannya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah dia mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?
Jangan lupa tengok full drama Soffiya di TV3 setiap jam 7 malam bermula pada 21 september 2011 nanti – Isnin hingga khamis. 

Khamis, 22 September 2011

Teringat dekat abah....

Kalau lea balik kampung , kalau mintak arwah abah mainkan biola, mesti arwah abah mainkan.
Macam-macam lagu dia mainkan.
Lagu traditionallah.
Waktu lapang dia kadang-kadang dia ikut kumpulan muzik main dekat kenduri kahwin.

Entahlah....
Sampai hati betullah orang yang melanggar abah.
Kalau abah ditengah jalan lainlah ceritanya.
Tapi abah ditepi jalan.
Kereta seret abah sampai ke tengah jalan.
Lea sedih...mengalir air mata bila teringat, bila terpikir macammanalah keadaan abah semasa kejadian.
Macammana dia menanggung kesakitan.

Esok seminggu setelah pemergian arwah.
Walaupun ayah mertua, sayang lea padanya seperti ayah kandung lea sendiri.
Tiada lagi gulai tempoyak abah.
Tiada lagi sambal machang abah.
Tiada lagi kari kicap abah.

Tiada lagi gurauan abah.
Tiada lagi gelak tawa abah.

Sungguh lea rindu.
Hanya doa untuk abah.
Moga abah tenang disana.




Rabu, 21 September 2011

Kenduri kahwin di Kampung Glouster...

Kampung ni terletak di Batu 6, Changkat Jong, Teluk Intan.
Majlisnya pada 170911.
Dah 2 bulan lepas dapat jemputan kahwin ni.
Ibu pengantin adik ipar kepada kakak ipar lea.
Rumah pun sebelah-sebelah.
Sebelum balik kampung sebab abah meninggal, hati lea dengan suami nak tak nak je balik kampung.
Yelah dengan jemputan kahwin di KL pada 17, dan perancangan perkongsian rumah terbuka aidilfitri sesama kami satu blok yang akan dibuat pada 180911.Pada pagi khamis lea dah menjemput beberapa org kenalan kami. Belum habis jemput pun...dah malamnya kena hantar balik permohonan maaf sebab rumah terbuka tidak jadi dijalankan.
Memang betul kami balik jugak sebab berita mengejut yang kami terima.
Pada hari sabtu tengahari kami sekeluarga ke kenduri kahwin.
Dah kebetulan balik, pergilah jugak ke kenduri kahwin WAH & PASANGANNYA.
Majlisnya sangat meriah dengan mercunnya, kompangnya dan karaoke.
Dan makanannya sangat sedap.....
bergambar bersama anak buah lea



Selasa, 20 September 2011

Al Fatihah....

Lea tak tahu mulakan dari mana.
Pada 15hb lepas ayah mertua lea telah kembali ke rahmatullah di Teluk Intan.
Entahlah.
Kami terima berita jam 8.12 malam dari kawan suami dikampung dan suamilah org pertama yang mendapat berita ini.
Lepas tu suami telefon kakak dan abang-abangnya.
Kami bergerak ke Teluk Intan jam 8.30 malam dan sampai jam 1 pagi.
Jem teruk dari sungai bululh ke rawang.
Suami sangat-sangat sedih time tu.
Nak drive pun dia macam tak larat dah.
Lea nak drive tapi dia tak kasi.
Sampai sekarang masih rasa terkejut dengan kehilangan arwah..
Dia meninggal kerana kemalangan.Langgar lari....
Sampai sekarang masih teringat arwah.
Arwah seorang yang sangat baik.Dengan anak-anak, menantu, cucu....
Arwah akan sentiasa dalam ingatan.
Semoga arwah ditempatkan bersama dengan orang-orang beriman.

arwah bersama ayah lea masa bulan 3 hari tu

jenazah arwah dibawa ke masjid untuk disembahyangkan 



Arwah selamat dikebumikan jam 11pagi Jumaat 160911.

Rabu, 14 September 2011

Dah musimnya ke belum??

Buah dabai....
Sedap betul.....
Balik raya tu hari jumpa dekat Pasar Minggu.
RM20 sekilo.Suami nak makan jadi dia belilah...
Belum musimnya lagi tu pasallah mahal.
Kalau dah musimnya murahlah sikit.
Sedap dimakan bila dah dicelur sekejap ngan air panas.
Sedap jugak di masinkan sedikit dan boleh digoreng bersama nasi
 atau di tumis dengan bawang, cili dan ikan bilis....Sedap.......

Mengeteh

Mengeteh di kedai mamak bersama Mr.Sham yang sentiasa bz manjang.
Ajak lea minum dia asyik bertelipon.
Meeting kat sana..meeting kat sini.
Ha.....mana satu yg nak dipergi.
Kita yang dia dok paksa temankan dia minum tercongok je...
Dok pandang kiri dok pandang kanan.
Dok pandang waiter mamak..dok pandang tokey mamak.
Dok pandang customer indon.
Dok jeling customer negro.Tak berani tengok betl2x.Takut......
Apa yang diorder?
Sudah pasti teh o kurang manis untuk si dia dan teh ais untuk lea.
Adui....
Tak elok sebenarnya minum ais.
Tapi....tu jugak yang sedap.


Isnin, 12 September 2011

Bila lama dah tak jumpa....



Rasa seronok bila dapat berjumpa dengan mereka semua ni.
Terima kasih ecah sebab jemput kami di rumah terbuka.
Ada nasi minyak dan mihun goreng.
Pergi rumah ecah memang cari mihun goreng sebab sedap.
Dulu ecah selalu bawak mihun goreng air tangan maknya ke opis.
Tapi time g rumah ecah hari tu makan nasi minyak dulu sebab dah lapar sangat.
Mihun ambik jugak sebab lama betul dah tak makan mihun mak ecah ni.
Sedap seperti dulu jugak.
Kak zah dan ina manap macam berisi sikit.
Maya memang berisi pun.
Hihihihi.
Insyaallah nanti nak buat open house nak jemput mereka jugak.
Time nilah nak berjumpa pun kan...

Sabtu, 10 September 2011

Ini kisah serunding

Serunding....
Mahal sungguh rasanya harga di pasaran.
Baik serunding ayam ataupun daging.
100 gram RM 6-8 ringgit.
I kg jatuhnya dalam RM60-80.
Tapi mahal macam mana pun, nilah antara fav.lea.
Siap bawak balik ke Kuching lagi.
Kita pun paham proses untuk membuatnya bukan senang.
Nak memasaknya...nak meraciknya....
Bukan proses yang senang......
Bayangkan kalau nak membuatnya sendiri...
Buat rendang tok pun lea boleh tertido........
Belum buat serunding lagi tu.....

Minum pagi bersama.....

Pagi 5 Syawal.
Petangnya kami akan balik ke KL.
Jadinya pagi tu minum bersama keluarga.
Mulanya mak tak nak ikut.
Ada je alasannya.Jadinya mintak tolonglah MR.SHAM pujuk mak.
Mr.Sham dengan muka seposennya, muka simpatinya...pun memujuk mak.
Power betul dia part memujuk.
Anak mak sendiri pun tak boleh nak pujuk.
Ayat tak boleh blah...
"Jomlah mak...petang ni kami nak balik dah...ni jelah masa kita nak berkumpul"
Nama pun 5 Syawal...Kedai pun banyak yang tutup lagi.
Berpusing jugaklah nak mencari kedai...
Nasib baiklah RAMAI CAFE bukak ....
Bolehlah makan laksa sarawak kegemaranku.
menunggu pesanan masing-masing

amir..kesayangan kami dengan mak

Pengantin baru yang tak berapa nak baru.


Masing-masing nak tunjuk jam dan gelang besar

Taulah jam baru beli.....

Muka lapar ni.....

Laksa Sarawak ni kalau didletak sambalnya baru kick.
Lea, masz dan amir order laksa.
Keduanya tak berani makan udang.
Dua2x bagi udang.Lea makan 9 ekor udang pagi tu.
Takut jugak sebenarnya....
Nasib baik tak merah-merah dan bengkak-bengkak muka....




Jumaat, 9 September 2011

Family Potret

Untuk gambar family tahun ni dibuat pada 3 Syawal.
Kenalah ulangtayang baju 1 syawal.
Yelah...dah adik nak tema putih.
Yang lelakinya semua berbaju melayu putih.
Yang perempuan pulak baju barlatarbelakangkan warna putih.
Setiap kali ada pertambahan ahli keluarga kami akan ambik gambar baru.
Tahun ni lea dah ada adik ipar dah.
2 tahun akan datang tak tau lagi.
Mungkin ada adik ipar yang lain ataupun ada anak buah ataupun insyaallah..anak sendiri.



naper mataku tertutup pulak ni.nasib baik gambar ini tak dicuci besar

adik beradik kami.

mereka kesayanganku.romantik kan...

Di lundulah pulak

Acara wajib bila balik kampung nenek time raya.
Bergambar family time....
Ni keluarga belah mak lea.
Mak ada tujuh adik beradik semuanya....
Nilah adik beradik mak.
Tahun ni berkumpul semuanya.
Mak lea yang duduk kat depan tu...
Yang berjubah hitam 
Nilah menantu-menantu nenek.
Ada orang sarawak, Johor dan Terengganu.
Ayahku yang nberbaju melayu hitam....

Nilah cucu-cucu nenek.
Ada 4 orang takde dalam gambar. 
Nilah cucu-cucu perempuan nenek.
Lea yang paling tua k.
Cucu prempuan sulung. 
Nilah cucu -cucu lelaki nenek.Termasuklah cucu menantu.
Dah ada 2 dah cucunya yang dah berkahwin.

Keluarga bahagia kami.....
hihihihihi.
Boleh???/