MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 26 Ogos 2011

Esok nak balik Kuching

Assalammualaikum semua.

Salam jumaat.


Esok lea nak balik Kuching dah.

Barang tengah dipacking dari malam tadi hingga last packing awal-awal pagi esok.

Banyak jugak barang kali ni.

Nasib baik Cik Gold ada datang sini boleh tolong bawak sekali barang2x.

Biskut2x raya dan kerepek2x yang banyak sebenarnya.

Dan baju-baju raya lea dan suami je dah satu beg.

Baju pakai kat umah bawak sikit je .Banyak bawak tshirt sebab boleh pakain kain batik mak dekat sana. Hehehehe. Pinjam ye mak.

Apa lagi ye...Entahlah.....

Yang lea tau, mood raya sudah mari.




Badanku di sini.

Perasaanku....

Jiwa ragaku......

Semuanya...

di Kampung Tupong Tengah Kuching
Sarawak

Mak Biah...Pak Mail....Dik
Yan....

Tunggu kepulangan kami.....


Khamis, 25 Ogos 2011

Pagi Khamis

Assalammualaikum
Selamat pagi semua.
Apa kabar ?
Harap semuanya sihat sihat saja hari ni.
Lusa lea dah balik kampung dah.
First flight pulak pagi tu.
Kena awal pagilah ke LCCT.

Pagi tadi dalam perjalanan ke Shah Alam ada lori terbakar dekat hihway berdekatan dengan GALERI MOFARS.Kepala lori terbakar.Rasanya tak lama lepas tu mesti jam dekat highway. Bomba takde lagi. Kalau Bomba ada bolehlah muatan di belakang lori diselamatkan. Ada letupan jugak kedengaran tadi.First time jugaklah tengok keadaan sebegitu.



Rabu, 24 Ogos 2011

BERSAMAMU

Assalammualaikum semua.

Menitis jugak air mata bila melihat rancangan di TV3 BERSAMAMU tadi.
Kesian bila melihat anak-anak yatim dan miskin di Rumah Nur Kasih Taiping Perak tadi.
Seronok betul mereka bila krew BERSAMAMU membawa mereka membeli keperluan untuk berhari raya di JUSCO IPOH. Mereka diberi peluang untuk memilih sendiri apa yang mereka nak.
Alhamdulillah.Sekurangnya mereka boleh berhari raya seperti anak-anak lain yang punya ibu dan ayah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rumah anak yatim ini bolehlah layari...


di sini kalau korang nak menderma ada dinyatakan nombor akaun.
ruangan sewa untuk iklan jugak ada disediakan.




Selasa, 23 Ogos 2011

Jalan-jalan di waktu malam

Bila adik dah ada kat sini memang nak kena bawak di jalan-jalan.
Lepas tarawih terus zuppp....ke ICITY SHAH ALAM.

Pergi malam isnin memang takda orang pun.

Tenang je berjalan.

Nak bergambar berduaan pun senang sebab adik ada tukang tangkap gambar.
Adik memang suka bergambar.

Macam-macam gaya ada.
Nak tengok gambar dia, pergilah kat blog dia.
BLOG ADIK LEA
Nanti2x adalah dia update tu.





Isnin, 22 Ogos 2011

Kek-kek ku di hari raya...

Tahun ni lea malas sangat-sangat nak buat kek.
Bila mentega GOLDEN CHURN di sahkan haram oleh JAKIM,
terus jadi malas nak cari mentega lain nak buat kek.
Lastnya order je dari kawan dekat Kuching dan pastikan mentega yang digunakan HALAL.
Dah adik datang sini kirim dengan dia jelah kek-kek ni.
Sian dia bawak kek-kek ni.
Dua biji kek dekat nak 6 kilo tu.
Hihihihi.Sori jah.....
Dua kek yang diorder
KEK LAPIS CADBURY
&
KEK LUMUT.
Dua-dua fav.lea ni.....

Sabtu, 20 Ogos 2011

Mendarat sudah.....


Koleksi kapal terbang suami bertambah lagi.
Alangkah indahnya kalau boleh diguna betul2x.
Boleh balik ke Kuching seminggu sekali.
Tak pun setiap hari.
Hahahaha.Boleh?????
Tapi bila dah disusun cantik nampak menarik pulak.
Tapi takleh nak tambah lagi sebab tempat dah takde nak meletakkannya.

Align Center

Selasa, 16 Ogos 2011

Esok Selangor cuti....


Esok cuti sempena Nuzul Quran.
Tak ke mana pun esok.
Nak kemas rumah je.
Petang adik lea datang dari Kuching.
Tak sabar nunggu dia datang.
Ada teman kat umah.
Leh teman berbual.
Suami keluar manjang.
Mesyuarat saja....
Macam-macam aktivitinya.
Rukun tertangga, RELA. ajk suraunya, umnonya...mcm-mcmlah.
Biarlah kan.Sekurangnya lea tau ke mana dia pergi...
Lagipun lea kenal semua kawan-kawanya.Jiran2x je pun.
Semuanya dah veteran...hehehehe.
Suami ngan wan je umur 29 dan 30 tahun.

nilah orgnya nak datang esok.
balik kuching sama ngan lea 27hb nanti.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Tik..tok..tik..tok..

Tik..tok..tik..tok..
jam di tangan bergerak.
jam di dinding pun bergerak.
Tandanya masa pun bergerak jugak.
Tak boleh untuk diundur.
Sentiasa kedepan.


Mukadimah je tu....
Assalammualaikum semua.
Salam jumaat dari lea.
Hari ni hari ke 12 kita berpuasa.
Persiapan raya pun semakin rancak kan.
Lea banyak lagi tak beli.
Tunggu adik datang sini barulah soping sama-sama.
Cuti minggu depan pun dah lulus dah.
Nak balik ke Teluk Intan.
Sebelum balik kuching kena melapor diri ke Teluk Intan dulu.
Jenguk orang tua.
Yang penting selasa minggu depan kena settle semua kerja.
Barulah bercuti dengan hati riang.

Khamis, 11 Ogos 2011

Sekadar suka suka

ni lea dapat dari emel.
nak tergelak pun ada....

Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam

Ros kalas


Dalam bahasa sarawak warna merah jambu@pink di sebut kalas.
Jadinya dalam minggu ni ros kalas menghiasi meja lea di opis.
Pinknya sangat lembut.
Suka lea nengok.
Dari jauh macam kertas dah.
Nak tunggu dia kembang...
Mesti cantik....

Pagi-pagi dah jem

Semalam lea ngan suami keluar awal sebab
suami ada appointmen dekat Hospital Putrajaya.
Selalunya keluar jam 6.40 pagi.
Tapi semalam keluar jam 6.15 pagi.
Yelah dia kena hantar lea ke Shah Alam dulu sebelum kembali ke Putrajaya.
Tapi keluar je tol Putrajaya, masuk ke highway...jem.....
Kereta tak bergerak langsung.Bergerak pun sekejap-sekejap je.
Dengar dekat HOTFM ada kemalangan di Saujana Putra.
Jalan di tutup dari Saujana Putra ke Putra Height.

Yang kemalangan tu lori yang bawa baja.
Memang teruklah lori tu.
Dikhabarkan, pemandu lori tu meninggal.
Terpikir lea, pemandu tu keluar awal pagi untuk mencari rezeki.
Kalau dah jadi begini, macam manalah keluarga dia kan bila dapat tau berita ni.
Tulahkan
Jodoh, pertemuan , ajal dan maut ditanganNya.
Bila-bila dan di mana saja.


kesesakan yang berlaku

lori yang terbalik

melanggar arus lalulintas.

Rabu, 10 Ogos 2011

Burger Malaysia....


Kenapa di gelar burger malaysia?
Mungkin ada sambal ikan bilis kot.
Antara fav.suami.
Fav. lea jugak.
Seringgit 3 ketul. Oklah tu.
Boleh habiskan.orang dapat 1 1/2 burger Malaysia.hihihihi.
Makan share2x lah kan.Lebih berkat...
Kalau kena dua ringgit 5 ketul...takut membazir pulak.
Tau jelah kan bulan puasa ni kan....
Takut membazir je.

Rumah baru......








Sebelum ini koleksi kesayangan suami ni,
dia letak dalam akuarium besar je.
Sekarang koleksi air combat ni dah ada rumah baru.
Semangat betul suami dok pindahkan koleksi kesayangan dia ni.
Yelah..KOLEKSI AIR COMBAT sekarang susah nak dapat dah.
Tu pun koleksi suami ni tak penuh lagi.
Akuarium dia bagi je kat jiran.
Lea tak nak dah bela ikan.
Balik Kuching je mesti ikan mati.
Teringat kat ikan kelisa yang pernah kami bela....
Sedih.........

Sejuk mata memandang...



Bunga ros kuning.
Penghias rumah lea untuk minggu ni.
Tak sabar nak tunggu bunga ni kembang sepenuhnya.
Mesti cantik....
Masuk je rumah, bau bunga je....
Kuasa Allah kan.
Bunga ros je pelbagai warna yang ada.
Selain drpd merah, lea suka warna peach, kuning dan pink.


Selasa, 9 Ogos 2011

Projek.....


Projek di rumah sedang dijalankan.
Badan sangat-sangat penat.
Pindah barang sana.
Angkut barang sini.
Suamilah paling semangat sebab koleksi kapal terbangnya ada rumah baru...

Buat stok....

Ahad lepas lea dan suami pergi IKEA.
Nak beli barang sikit untuk projekkan rumah.
Yelah...rumah kecik, tapi nak nampakkan luas.
Macam mana tu?
Nantilah lea cerita ek.
Kalau pergi IKEA lilin memang benda wajib kena beli.
Lea suka pasangkkan lilin ni bagi wangi rumah.
Kadang-kadang tu tengok tv dalam gelap.
Pasangkan lilin je.Wangi....dan....
suasananya pun romantik....
Auw......


Isnin, 8 Ogos 2011

Dah bayar zakat fitrah?

Korang dah bayar zakat fitrah?
Suami dah bayar pada sabtu lepas.
Kebetulan dekat Pasar Ramadhan ada orang masjid bukak meja.
Suami bayarlah terus takut terlupa katanya seperti tahun lepas.
Ni kadar Zakat Fitrah untuk tahun ni.




Jalan Pasar

Sabtu lepas lea dengan suami merayau dekat Jalan Pasar.
Suami suka sangat pergi sini.
Lea tak berapa minat pergi sini sebab sesak sangat.
Bila tanya suami kenapa suka pergi sini/
Dia jawab bagi sesiapa yang suka barang elektrik, barang elektronik memang akan suka pergi sini.
Tapi memang betul.
Banyak benda-benda elektrik dan elektronik ada disini.
Nak tengok benda pelik-pelik pun ada.Align Center
Bagi yang suka makeupkan kereta semuanya ada disini.
Harga pun berpatutan rasanya.








Masak bubur lambuk

Assalammualaikum semua.
Apa kabar hari ni.
Harap sihatlah semuanya.
Ni lea nak cerita, jumaat lepas opis lea buat bubur lambuk.
Dah masak boleh dibahagikan dekat staf semua.
Bubur kami buat ada dua versi.
Ada ayam dan daging.Sebab ada yang tak boleh makan daging.
Buat 5kg beras.
Buat 5 periuk nasi elektrik saiz biasa dan satu periuk besar masak ngan dapur gas.
Alhamdulillah.Habis semuanya.
Lepas ni nak buat lagi.Tapi tak taulah bubur lambuk lagi atau menu lain pulak.



















Jumaat, 5 Ogos 2011

Kek V8



Bukan untuk juala hari raya ye.
Ni adalah kek tercantik yang pernah lea lihat.
Dengan warnanya yang putih bersih.
Ada gula yang dibuat seperti kristal di atasnya.
Ada bunga cantik yang di perbuat dari coklat putih.
Ini ada hasil tangan ADRIANO ZUMBO.
Kek ni lea nengok dalam MASTERCHEF AUSTRALIA SEASON 2.
Kesemua 6 peserta dalam pusingan tersebut tidak dapat membuat kek secantik ini.

Nak tengok hasil dari air tangan di ADRIANO ZUMBO ni korang kliklah link di bawah ni ye..

http://adrianozumbo.com/

MasterChef Australia Season 2

Ni antara rancangan fav.lea.Tengok berulang kali pun tak kisah.
MasterChef Australia season 2.
Semua dah tau pemenangnya kan.
Yelah sebab ni pertandingan tahun 2010 lepas.
Kita je lambat dapat siarannya.
Yang buat lea tertarik sebab ada 2 pesertanya kalau masak mesti ada ciri-ciri Asian sikit.
kadang-kadang dah macam makanan Malaysia.
Mereka ialah ALVIN QUAH dan ADAM LIAW.
Lea search dekat internet rupanya mereka ada latarbelakang Malaysia jugak.
Jadi tak hairanlah kan.
Seronoklah jugak tengok....
Boleh cilok sikit-sikit resepi dan skill memasak mereka.
Minggu ni adalah minggu akhir.
Tak sabar nak tengok episode terakhir.
Walaupun dah tau sapa yang menang.
Nak tengok mereka masak apa sebenarnya.

ADAM LIAW

ALVIN QUAH

Khamis, 4 Ogos 2011

Geng mengajilah pulak.


Pada Ramadhan tahun lepas ada GENG SURAU.
Puasa kali ni pulak GENG MENGAJI.
Pelakonnya kebanyakkannya budak-budak.
Hehehehe.Tergelak sorang bila nengok.
Kisah hari ni pulak bila seorang budak pergi mengaji membawa handbag ibunya.
Lawak betullah bila dia terang satu-satu kat ustaz .
Mana dia letak muqaddam, dia letak buku dalam handbag mak dia.

Morehlah pulak...



Lepas berbuka, mata ni sambil2x tu tengok jugak cerita MOREH ni.
Di Astro OASIS jam 7.35 malam.
Lucu betul ceritanya.
Dengan imamnya, tok siak nya , cikgunya dan boboy.
Tapi bila ditengok betul2 memang ada kaitan dengan kehidupan masyarakat kita hari ni

Antara yang di cari di Pasar Ramadhan


Popia sira sambal ni.
Antara fav.lea.
5 ketul RM2 . 40 sen satu.
Oklah tu......
Sedap.......

Rabu, 3 Ogos 2011

Ramadhan Ke 3

Assalammualaikum semua.
Alhamdulillah.Dah hari ke 3 kita berpuasa.
Macam mana? Ok?
Harap oklah semuanya kan.
Lea alhamdulillah.
Dah 2 hari di bulan puasa ni , takde lagi beli lauk kat Pasar Ramadhan.
Pergi pun beli kuih je.
Bukan tak teringin bila tengok lauk-pauk dekat Pasar Ramadhan tapi, takut nampak sedap je.
Tapi rasa takde.
Sebab pernah ada pengalaman 2-3 tahun lepas.
Jadinya hari pertama goreng bihun kering untuk suami, ayam masak kicap dan ulam kacang bendi untuk lea.
Hari ke2 pulak goreng kueh teow untuk suami dan bakar ikan keli, air asam , buat kerabu mangga dan buat ayam percik untuk lea sendiri.

Hehehehe..menu lea mengalahkan org yang puasa.
Tengah uzur....nak buat mcm mana kan.
Uzur pun kena masak untuk yang berpuasa.
Kena bangun untuk panaskan lauk untuk suami.
Dan tak makan dan minum sepanjang diopis.
Kena hormati mereka yang berpuasa kan.

Tengah pikir menu berbuka petang ni.
Ingat nak buat gulai lemak daging salailah....


Isnin, 1 Ogos 2011

5 tahun berlalu

Alhamdulillah.
Hari ni 1 Ogos 2011 genaplah 5 tahun lea berhijrah ke Semenanjung Malaysia.
Dalam 5 tahun ni sudah 2 jabatan lea bertugas.
Banyak pengalaman yang ditimba.
5 tahun,,,,
Macam-macam perkara yang telah berlaku.
Ada cerita duka.
Ada cerita gembira.
Ada yang menitiskan air mata.
Ada yang tersenyum hambar.
Ada yang tersenyum suka.
Ada yang tergelak besar.
Begitulah rencah kehidupan kan?
Untuk kembali ke Sarawak mungkin mustahil.
Sebab suami dan kehidupan lea sudah di sini.
Memang kerinduan kepada keluarga, kampung halaman sentiasa ada.
Tapi hakikatnya harus lea terima.
Disinilah kehidupan lea.......