MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 31 Julai 2011

Ada seorang insan......part 1

Ada seorang insan,
Sangat tinggi pangkatnya...
Tapi gayanya....
Siapa sangka dia dia pegawai besar
Berjalan dengan selipar jepun je....
Dengan baju pagoda
Pakai kereta biasa je
Org pandang sebelah mata

Ada seorang insan,
Sangat sibuk dengan tugasnya
Kehulu kehilir dengan meetingnya
Kesana sini jumpa dengan kliennya
Makan dan minum mana sempat je
Balik kerumah jam berdenting jam dua
Alhamdulillah...
Solatnya sentiasa terjaga

Ada seorang insan
Sini sana cakap dosa dan pahala
Macam dia sorang tahu agama
Serba serbi dia cakap dia jaga
Dari pakaian sampai tutur kata
Tapi caranya..menunjuk sangat....
Tak perlu bagi tahu
Orang tengok, orang tau....
Dah gitu gayanya....
jatuh ke riak dah tu.....

Ada seorang insan
Hartanya banyak
Duitnya pun banyak
Tapi lagaknya....
Macam biasa saja.
Rajin bersedekah
Rezekinya memang sentiasa murah


korang ada kenal ke insan2 seperti diatas

nanti sambung.....






Lelaki.......kadang-kadang sukar untuk difahami


Balik dari Carrefour semalam, terjumpalah seorang aci dok jual bunga tepi jalan.
Lea memang suka beli bunga yang tepi jalan ni.
Bunga yang selalu org India buat sembahyang tu.
Tapi lea beli yang masih bertangkai lagilah.
Bunga ni tahan tau.
Seminggu lebih pun masih segar lagi.
Lagipun murah.RM1.20 je setangkai yang mengandungi lebih kurang 10 kuntum bunga.
Kadang-kadang lebih.

Tapi semalam lea tak ada selera nak membeli.
Yelah dok mikir nak bawak dapur dan barang2x dapur naik kerumah lagi.
Yelah kita dok rumah bertingkat2 ni susah nak bawak barang.
Tapi yang terkejutnya lea semalam, suami yang berhenti dan dia yang membeli bunga.
Hehehehe.
Sudah....kenapa dia ni.
Tak pernah-pernah dia buat begitu.
Sampai ke kereta, mak ai...banyaknya dia beli.
9 tangkai semuanya.
Kalau lea beli selalu 4-5 tangkai je.
Dah tu dia beli macam-macam warna lak tu.
Nasib baik dekat rumah ada 2-3 vase yang kosong.
Bolehlah dibuat tempat untuk letak bunga-bunga ni semua.

tulah kadang-kadang suami sendiri pun susah nak paham.
kalau kita beli ada je diomelnya.
ni...dia pulak yang pergi beli.
lea tak terkata apa dah.....

Hadiah sebelum Ramadhan

Hehehehe..lea dapat dapur baru.
Suami hadiahkan...
Nak tergelak pun ada.
Sebenarnya dapur lama dah teruk sangat.
Hadiah kahwin dari abang ipar 5 tahun lepas.
Sejak dua minggu lepas asyik cakap dengan suami....
Dapur ni dah teruk benarlah.
Gaji ni nak beli barulah...
Tapi suami buat tak tau je apa yang lea cakap.
Sampailah petang semalam dekat Carrefour.
Dia suruh pilih nak yang mana?
Alhamdulillah.Seronoknya rasa dihati.
Kita pilih yang sedang2x saja dari segi rupa dan harga.
Dah sampai dekat umah, sambil suami pasangkan dapur baru,
dia pun cakap

Dapur ni sebagai semangat untuk memasak dalam bulan puasa nanti.
Takkan nak beli kat luar je kan yang.?

kita pun menjawab...

Aaah...esok beli lauklah.
Penuhkan balik peti sejuk kita ye bang.
Hari-hari ayang masak.
Tapi abang kena habiskan apa yang ayang masak nanti tau.....

Hihihihi.
Semangat nak memasak ni....
Jagalah korang nanti ye...
Hari-hari lea update lauk berbuka nanti....

Sabtu, 30 Julai 2011

Dia Datang............

Done!!
Tiket untuk adik bungsu lea dah dibooking dah n confirm pada 17 Ogos 2011 KCH-KUL.
Balik kuching sama dengan lea pada 27 Ogos 2011 untuk sama-sama balik menyambut hari raya di KUCHING.
Balik kerja terus pecut ke LCCT ambik dialah nanti.
Alhamdulillah...
Nak jugak mas datang rumah kakak.
Hehehehe.
Leh kita shopping raya sama-sama ye masz.
Baju raya dia pun lea tak beli lagi.
Biarlah dia sendiri yang pilih.
Lagi elok kan.
Yang pasti pada masz, di tanggung beres....
Hehehehe.
Cakap jugak kat dia.
Dekat sini berbuka lewat tak mcm di Kuching 6.30 petang dah berbuka@sungkei.
Dia cakap takpe, dia nak merasa berpuasa di sini.
Macam tu lah....
Good girl....hihihihi

adik bungsu lea.
time ni tgh tumbuh jerawat dekat hidung dia.
hihihii.
single n available lagi ni. heheheh

Bila belakang gatal

Assalammualaikum semua.
Bila belakang gatal korang buat apa?
Hahahaha.
Mesti ada sesiapa yang dah standby dengan garpu kayu yang panjang tu kan?
Ada jugak yang dah sediakan sikat yang tajam tu.
Tapi bagi lea pulak...
jeng..jeng...jeng...
Lea akan pergi ke tepi2x dinding dan menggesel badan dekat situ.
Hahaha.
Lea harus terima keadaan badan yang besar ni
dan
membuatkan tanganku ini tidak sampai
untuk menggaru belakangku yang gatal.
Kalau suami ada leh mintak tolong suami garukan....
Hehehehe.

Jumaat, 29 Julai 2011

SAKIT SEBULAN SEKALI

Assalammualaikum semua.
Rindunya dekat blog lea ni.
Seminggu jugak kot takde entry baru.
Lea tak berapa nak sihat.
Penyakit sebulan sekali dah datang.
Kali ni sangat-sangat membuatkan lea tak berdaya untuk membuat satu apa pun kerja.
Baring nak kena mengiring.
Berjalan nak kena perlahan-lahan.
Pergerakan amat terbatas sekali.
Nasib baik En.Sham sangat sabar malayani karenah isterinya ni.
Alhamdulillah.hari ni ada lega sikit.
Tak berapa kuatlah sakitnya....
Yelah...dah telan ubat....
Harap-harap lepas ni sesungut...ooopsss senggugut takde lagi.


Sabtu, 23 Julai 2011

AKU TERKEJUT....MASIH TERINGAT

Sejak 2-3 bulan lepas lea teringat nak telefon seorang kakak dekat opis lama.
Tapi terlupa je.
Yelah...ingat nak tanya kabar.Rapat jugak ngan dia dulu.
Walaupun dia kecoh sikit, tapi banyak jugak pengalaman hidup yang lea dapat dari dia.

Tapi pada selasa lepas , semasa dekat opis dok check nombor dekat hp, terjumpalah no dia.
Dalam hati berkata, baik call dia.
Dengan tiga deringan ,lea terdengar suara perempuan.
Rupanya anak dia.
Tanya, mak mana?
Mak dah takde kak.

Lea terkejut.
Bila?
Bulan 3 kak.
Adui.....
Patutlah lea teringat je kat dia.
Lea betul2 tak tau.

Takda apa yang boleh lea buat melainkan berdoa agar dia ditempatkan ditempat2x bersama-sama dgn org2x beriman.
Saat lea menaip, ye..air mata mengalir.
Terbayang satu-satu kenangan bersama dia.
Bersama-sama di bilik surat dan bilik fail.
Hari jumaat je berbual ngan dia .Macam-macam topik keluar.
Teringat kenangan di A FAMOSA RESORT.
Dia ambik bantal kat bilik lea dan suami.


Semoga rohnya aman di sana


kenangan bersama arwah pada tahun 2007

JOM TENGOK KONSERT

Nikmatilah kemeriahan muzik rock bersama Tune Talk.
Pelanggan Tune Talk akan menikmati diskaun 20% untuk tiket.

untuk maklumat lanjut..
layarilah

KONSERT TUNE TALK

CUTI DI HARI SABTU

Assalammualaikum semua.
Apa kabar hari ni?
Tentu seronokkan hari ni sebab cuti.....
Boleh bersama keluarga
Boleh jalan-jalan
Boleh shopping-shopping.

Lea pulak, alhamdulillah lepas subuh tadi dah siap sidai kain baju.
Ni online kejap.
Lepas tu memanjakan mata sekejap.
Suami?
Suami takde hari ni.
Selepas 4 hari di Johor semalam balik, hari ni dia ada perjumpaan persatuan.
Biarlah...dah minat dia.
Lagipun lea tau dia pergi mana.
Kawan-kawan pun semua yang veteran2x.Dia ngan wan je berumur 30 tahun.
Yang lain semua 40 ke atas.

Kalau dia awal balik bolehlah jalan-jalan petang nanti.
Dia nak bawak pergi beli stationary untuk opis dia.
I like......
lea suka tau pergi kedai alat-alat tulis ni.
Mesti ada je benda yang dibeli nanti.
Tak caya?
Tunggu.......

Jumaat, 22 Julai 2011

WAKTU REHAT DI HARI JUMAAT

Time rehat hari jumaat panjangkan?
2 jam setengah bagi yang kerja gomen.
Korang buat apa ek?
Kalau kat putrajaya dulu, tempat yang semestinya penuh ditgh jumaat ialah ALAMANDA.
Sampai nak makan pun penuh je tempat makan.
Ada yang shopping, ada yang sekadar window shopping dan ada yang cuma nak pergi makan.
Betulkan?

Sekarang ni lea dah dekat PKNS Shah Alam.
Lagilah dekat nak gaji ni dah ada jualan dekat bawah tu.
macam-macam fesyen baju yang ada.
Nak cari makan pun ok jugak.
Kalau dah jemu dengan PKNS , jalan kat belah belakang ada SACC MALL.Kalau tak nak, jalan kat depan sikit ada PLAZA ALAM SENTRAL.
Lagilah dekat nak raya nanti.Macam-macam jualan yang ada.

Tapi hari ni pulak, tak jalan-jalan pun dekat bawah.
Cuma online je ni.
Wat blogwalking.
Jauh jugak dah rasanya jalan ni.

JANGAN TERPEDAYA....


Salam semua.
Jangan terpedaya dengan kupon diatas ye.
Sebab dalam MCD website dah dinyatakan pasal penipuan ni ye.
*
*
*
*

MUZIK TANPA HAD




Dengan
Hotlink, Kini Anda Boleh! Menikmati muzik pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja

klik untuk maklumat lanjut

PLAYBOOK BLACKBERRY


Kini anda boleh mendapatkan Playbook Blackberry dengan harga serendah RM990
klik untuk maklumat lanjut

Khamis, 21 Julai 2011

BILA 'DIA' MERAGAM

Bila dia meragam,
serba tak kena dibuatnya.
Tak boleh ke mana-mana,
Asyik nak ke tandas saja.
Memang dah salah makan ni...
Adui.......


Rabu, 20 Julai 2011

OLE -OLE DARI PADANG

Isnin lepas dapat ole-ole dari anak buah kat opis yang bercuti ke Padang Indonesia.
Terima kasih elyn.
Elyn ni cute je orgnya.
Kalau korang nak mengenali dia bolehlah ke blog elyn nni ye
BLOG ELYN








BILA AUDIT DATANG........

Bila audit datang ke opis....
Rasanya sibuk lebih dari biasa.
Dokumen semua kena sediakan.
Kalau lengkap takpelah.
Kalau tak lengkap..
mcm mcm soalan nak dijawab.
Kalau betul jawapan takpe.
Kalau salah?
Makan dirilah nampaknya...
Tulah....
Apa apa pun kerja kena settlekan semua.
Jangan bila audit nak datang, barulah nak update semua.
Tapi bila last minit esok nak datang hari ni bagi tahu mcm mana?
Ready mana yang ada jelah.
Audit oh audit........

Selasa, 19 Julai 2011

RINDUNYA...

Nak jiwang sikit malam ni.
Petang tadi suami dah ke johor sampai jumaat.
Takpun sampai sabtu.
Sorang-soranglah dekat rumah.
Dah dia ada dekat rumah ada je kena tau.
Tapi bila dia takda rindu pulak yang datang.
Entahlah....
Tapi bila dia outstation, bila nak salam dia tu,
adui...air mata mesti membasahi pipi.
Lea tak taulah ngan org lain.
Tapi lea mcm tulah gayanya bila suami outstion.
Naper ek...rasa sedih sangat tau......

suami bagi duit suruh beli sendiri je bunga.
sungguh tidak romantik sidia.takpelah kan...
tapi lea beli 2 kuntum je.
cukuplah kan.
sesuai dengan bekasnya tu.
nengok bunga ni ingat suami.
argh........rindu sangat sama dia.

SEMUANYA TAK SIHAT...

Dalam bulan Julai ni ada 3-4 orang ahli keluarga yang tak sihat.
Ada diantaranya sangat-sangat membimbangkan.
Tapi alhamdulillah...semuanya pulih seperti sediakala tetapi perlu membuat rawatan susulan.

Biras lea.Kami panggil abang yang je.
Ditemui pengsan semasa nak ke kebun.
Nasib baik ada orang jumpa.
Dari Hospital Teluk Intan refer ke Hospital Serdang.
Keseriusan pada jantungnya sudah di tahap 3.
Seminggu lebih jugaklah dia dekat Hospital Serdang.
Bila di sedar, dia dok pesan jangan makan kambing banyak sangat.
Dan yang paling penting jangan merokok.
Usia dia 54 tahun.

Ni abang faiz.
Sakitnya belum dapat dipastikan lagi.
Mendapat rawatan di hospital Kapar.
Mintaklah dia sihat sepenuhnya.
Kesian...anak2xnya 6 orang masih kecil lagi.

Isnin, 18 Julai 2011

LAST DAY PUN PERGI JUGAK...


Hari kedua Floria lea dah pergi.
Hari terakhir pun lea pergi juak tetapi kali ni dengan maya n zam.
Bila dah ada maya dan zam bolehlah bergambar berdua kali ni.
Banyak2x benda kat sini pelamin di bawah ni jugak yang lea suka tengok.
Cantikkan.Penuh dengan rose merah.
Mesti mahalkan.....


Tapi kan...time lea kahwin dulu pun pelamin lea penuh dengan bunga.
Tak percaya...boleh tengok dibawah ni..
*
*
*
*


ni pelamin kat umah lea


ni pelamin belah suami.

simple je pun.tapi lea suka sebab banyak bunga....

MINGGU NI KUNING PULAK


Jika minggu lepas rose bewarna peach menjadi pilihan,
minggu ni pulak kuning pulak menjadi pilihan lea.
Beli 3 kuntum je warna kuning.
Cantik pulak lea nengok warna kuning ni.
Bukan BERSIH ye...
Yang 2 kuntum merah tu pulak lea nak bawa balik untuk letak dekat bilik tidur.

HARI INI HARI ISNIN

Masuk opis je pagi tadi banyak betul baucer nak dibuat perakuan.
Mengantuk dibuatnya.
Tapi alhamdulillah jam 11 dah settle semuanya.
Tapi menguap tak habis-habis jugak.Nak buat mcm mana.
Memang suka tido.
Kalau ada bantal dibawah meja , mau tido kat bawah meja ni .
Lea tak reti nak tido kepala dimeja.Rasa tak selesa benar.
Ada tilam,bantal, bantal peluk yang tak hidup ngan yang hidup memang syok......

Ahad, 17 Julai 2011

TAHNIAH...........


Nurul Syuhada Nurul Ain dan pasangannya.

Kedua mempelai sangat cantik.

Suka lea nengok.
Tahniah.
SELAMAT PENGANTIN BARU.
Semoga rumahtangga yang dibina kekal untuk selamanya.


Faraf breep breep dan pasangannya

KU SUKA BUNGA ORKID TAPI...

Banyak-banyak bunga lea suka sangat2x dengan orkid.
Mungkin dari pengaruh mak dekat Kuching yang sangat banyak koleksinya.
Tapi sayang lea tak reti nak menanam bunga orkidnya.
Nak kena belajar ngan maklah nampaknya ni.
Orkidnya ni walaupun tak wangi tapi tahan lama bunganya.
Bunganya cantik2x pulak tu.
Pernah borneo orkid mak dekat Kuching berbunga hampir 6 bulan dengan tangkainya yang panjang dan bunga putih yang sangat cantik.







NAK NENGOK BUNGA....

Salam semua.

Korang dah ke pergi ke FLORIA PUTRAJAYA.Rasanya hari ni last.

Lea dah pergi minggu selepas sebelum pergi ke Hospital Serdang melawat abang ipar.

Memang setiap tahun akan pergi kalau ada FLORIA ni sebab nak pergi bunga dan pokok bunga.

Tahun ni takde beli pokok bunga sebab bunga dekat rumah dah banyak.

Nak tengok?Nantilah lea ambik gambar dan tunjukkan ye.

Hari tu cuma beli bunga ros je.Dapatlah RM2 sekuntum.Lea selalu beli dekat opis RM3

sekuntum. Bolehlah untuk letak dalam vase dekat rumah dan semestinya 3 kuntum di dalam

bilik beraduku. Biar nampak romantik sikit. Hahahaha.





memang tak sah kalau tak menjadi model hari tu






Sabtu, 16 Julai 2011

RELA

Teman idaklah tau dengan suami teman ni....
Ni sekarang dah masuk RELA dah.
Siap jadi ketua platun lak tu.
Jadi bertambahlah kesibukan dia sekarang
Dengan persatuan penduduknya
Dengan Rukun Tetangganya
Dengan Pemuda Umnonya
Dengan Relanya
Dan sekarang jawatan baru sebagai Setiausaha Jawatankuasa Surau.
Alhamdulillah.
Belum campur ngan kerjanya lagi yang sentiasa outstation.
Nasib baik dapat teman ni sebagai isterinya.
Cheh wah...sangat memahami...
Kadang-kadang dalam hati tu merungut jugak.


gambar ni diambil minggu lepas sempena berjumpaan dengan KP BARU RELA.

DUGAAN...

Assalammualaikum semua.

Semua kita akan melalui pelbagai dugaan yang berbeza.
Ada yang boleh kita terima...
Ada yang sangat sukar untuk diterima..
Bila dah melalui dugaan tersebut,
macam-macam yang bermain di fikiran.
Mana yang tak kuat, memang akan mengikut rasa dan kata hati tanpa memikirkan kemungkinan yang kita akan lalui dari keputusan yang kita ambil.
Cara yang terbaik
dekatkan diri dengan PENCIPTA kita.
Hanya dia yang mengetahui segalanya.
Segalanya dari DIA.
Kita kena redha dengan ketentuan dariNYA.

Rabu, 13 Julai 2011

NAMPAK CERIA JE....

Sebenarnya takde apa pun.
Saja je letak fresh flowers dalam bilik.
Letak rose je pun.
Beli bunga dekat bawah dengan vasenya sekali.
Saja nak menceriakan bilik.
Nampak muram je semuram tuan punya bilik.
Dah ada bunga ni boleh senyum je.
Senyum sampai ke telinga. :-)
Selamat Pagi Semua.
Semoga pagi anda pun seceria pagi lea hari ni.
Dan harapnya sampai ke petang.

Selasa, 12 Julai 2011

UNSUR ANGIN DAN AIR



ANGIN
Bila banyak kat badan
Kita sendawa......
Banyak di perut....
Rasa memulas
lepas tu....
BUANG ANGINlah.....
samaada yang berbunyi dan tak berbunyi
samaada berbau dan yang tak berbau


AIR
Untuk kita mandi
Untuk kita minum
Bila banyak minum...
Nak kencinglah pulak...
Samaada
Kencing berdiri dan kencing berlari.....

Hahahahaha
merapu apa ni....
Sekadar melepaskan tension sikit.

Maaf kalau ada tersilap kata terkasar bahasa
Cuma gurauan semata-mata di petang selasa.

CERITA KURSUS LAGI


Dalam kursus MPK dan FM kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut jawatan.Yelah...senang sikit nak buat fail meja.
Tetapi kumpulan kami pulak ada 6 orang yang sangat-sangat berlainan bidang tugasnya.
Ada jurubahasa mahkamah
Ada jururawat
Ada pegawai kimia
Ada juruteknik
Ada pegawai khidmat pelanggan
Jadinya setelah berbincang kami telah sepakat untuk membuat fail meja Jururawat U29 iaitu proses kerja
MEMBERI UBAT SUNTIKAN KEPADA PESAKIT.
Setelah siap semuanya rasanya setiap daripada kami boleh kot memberi suntikan kepada pesakit.Hehehe.Fail Meja yang disediakan sangat lengkap bagi proses kerja memberi suntikan kepada pesakit.
Dan itulah tujuan Fail Meja disediakan.
Tujuannya ialah untuk memudahkan pegawai baru tahu untuk membuat sesuatu kerja tanpa perlu bertanya.






Nilah ahli kumpulan kami.
Ada seorang jururawat lelaki.
Hihihihi

Isnin, 11 Julai 2011

BOLEH TAK SEDAR.....

Tengah sedap dibuai mimpi suami call.
Blok 19 ada kebakaran.
Hah....jenguk ikut tingkap....aduh....
Aku ni memang tido mati.
Kalau rumah sendiri terbakar sedar ke tak aku.
Tengok punya ramai orang berkumpul dekat bawah rumah lea.
Kereta BOMBA ada dua buah.
Boleh tak sedar tu....
Tak boleh jadi kalau mcm ni.





Sabtu, 9 Julai 2011

LAMA DAH TAK UPDATE

Asslammualaikum semua.
Lamanya tak update.
Tak sempat .
Sebab minggu ni lea kursus dari 5 hingga 8 Julai dekat INTENGAH, Jalan Elmu.
Suamilah yang tukang hantar dan tukang ambik sepanjang tempoh kursus.
Sebab lea tak biasa jalan ke INTENGAH tu.
Kalau ke INTAN Kiara, insyallah boleh sampai lagi rasanya.
Lea kursus MPK dan FM.
Banyak yang kena diperbetulkan dekat FM lea.
Kena ikut format terbaru MAMPU.
Tpi takpelah.Kena pinda sikit-sikit.

Peserta kursus MPK dan FM yang paling ramai.
53 orang semuang

Ahad, 3 Julai 2011

CINTA KONTRAK


Novel ni lea dah selamat beli dekat MPH IOI MALL semalam.
Dah setengah buku dibaca.Jalan ceritanya best jugak.
Jom baca sinopsisnya

CINTA KONTRAK - Nurul Ain Syuhada

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato’ Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

Bagi yang ingin mendapat novel ini di kedai-kedai, Boleh dapatkan di MPH & POPULAR. Boleh bagitahu POPULAR mana berhampiran anda. Kami di Kelab Peminat Novel akan membantu untuk memeriksa stok di kedai POPULAR berhampiran anda. Tidak semua kedai POPULAR sudah sampai stok novel ini. Sila tinggalkan mesej dibahagian komen di bawah. Semoga kami dapat membantu dan memudahkan anda mencari novel ini


Judul : Cinta Kontrak
Penulis: Nurul Ain Syuhada
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM 20
Sabah / Sarawak : RM23

Sabtu, 2 Julai 2011

TAHNIAH!!!!



Tahniah kepada IMAM MUDA HASSAN kerana dinobatkan sebagai IMAM MUDA bagi MUSIM KE2.
Memang dari mula IMAM MUDA bersiaran lea suka dengan personaliti yang ada pada IMAM MUDA HASSAN ni.
Sangat petah berkata-kata disamping sifatnya yang tenang dan mudah tersenyum.
Suami pun minat dia ni dan tak sangka dia antara finalis tahun ni dan juara pulak tu.
Jom skodeng sikit siapa dia IMAM MUDA HASSAN NI.

NAMA: MOHD HASSAN ADLI BIN YAHAYA @ YAHUZA
UMUR: 26 TAHUN
TARIKH LAHIR: 17 FEBRUARI 1985
ASAL: PERAK
PENDIDIKAN: IJAZAH SARJANA MUDA ILMU WAHYU (AL-QURAN & HADITH), UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA
PEKERJAAN: PENSYARAH (SEPENUH MASA)
STATUS: BUJANG