MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 30 Jun 2011

DILAMAR OLEH BAKAL SUAMI

"Will You Marry Me?"
Sudikah sayang menjadi isteri abang?


Hehehehe.
Bila membaca entry salah seorang blogger mengenai hal-hal melamar ini membuatkan lea tersenyum sendiri.
Hehehehe.

Lea pasti setiap wanita yang bergelar kekasih kepada seorang lelaki mengimpikan di lamar dengan cara yang paling romantik.
Dihadiahkan sejambak bunga
Si lelaki melutut sambil memberikan sebentuk cincin
Disaksikan matahari yang terbenam.
Fuh.....romantik....
Lea dulu pun sering mengimpikan keadaan sebegitu
tetapi
lain pulak yang berlaku.

Dan lea rasa proses untuk kami berkahwin sangat sangat simple.
Awal Julai 2005.
Tengah bersembang dalam telefon dengan xbf.
Tiba-tiba xbf cakap kita kahwin nak bulan 3 tahun depan.
Kan senang, birthday ayang n abang sama-sama bulan 3.
Sambut anniversary sekali jelah nanti.
Lea ikut je.
Seminggu lepas tu mak xbf pun call nak bincang pasal kami.
Mak lea cakap tak payah tunang-tunang lah.
Belah akak jauh. Datang sekali masa nikah nanti senang.Bawa hantaran dan wang hantaran sekali.
Sejak itu bermulah semua persiapan
dan pada 11 march 2006 xbf telah bertukar status menjadi suami lea sampailah sekarang dan sentiasa berdoa biarlah kekal sampai bila-bila.


BILA SUAMI BERDIET

Bila suami berdiet,
Dapur sudah lama tidak berasap,
Pasar borong sudah lama tidak ku jejak,
Menu-menu harian......
Ikan kukus
Ikan rebus
Ikan bakar
Ayam kukus
Mihun sup kosong
Salad
Aku pun ikut bersama berdiet
Nasi?
Dah dekat sebulan tak masak di rumah.
Hujung minggu je teringin nak makan nasi, makan dekat luar.
Hujung minggu ke boleh langgar pantang.
MCD, KFC dan yang sewaktu dengannya....
Buat muka kesian depan suami baru dia bagi makan.
Tapi betul tau...badan dah rasa ringan sedikit.
Tapi berat berapa?????
Tak taulah sebab lama dah tak timbang.

ANGKA 3


Tengah tunggu opis bukak lea ambik gambar ni.
Apa kaitannya dengan angka 3

opis lea di tingkat 3

lea ada 3 adik beradik perempuan

tahun ni umur dah diangka 3

dah kerja di 3 jabatan

tahun 2011 3 kali balik kuching

lea lahir di bulan 3

suami pun lahir di bulan 3

lea kahwin pun di bulan 3

apa lagi ek.
nanti-nantilah lea pikirkan.

korang pulak ada ke 3 punya kaitan dengan korang?




Selasa, 28 Jun 2011

MAKAN TIME

Penat jalan-jalan kita singgah dulu minum smabil makan.
Singgah dekat satu kedai seafood.
Ramai pelanggan kat kedai ni.
Mesti sedap ni...


Kita posing dulu......

Tu dia lauk2x kami
Ikan
Udang
Kerang
Ambal
Sayur Kailan.

Tu pun tak habis.Maya siap tapau kerang bawak balik.
Suami sudah semestinya makan ikan bakar je.
Lea lak, selepas 2 minggu tak makan nasik makan nasik jugak semalam

Ambal ni fav.lea.
Sedap lak dia masak.
Lain kali boleh ngulang lagi ke situ

JALAN-JALAN KE GOLDCOAST

Petang ahad. G jalan-jalan ngan maya dan zam.
Sesekali datang sini , seronoklah jugak kan.
Jalan-jalan kat pantai, ambik gambar.Tu jelah...


Maya dan zam yang tak lama lagi nak jadi mak n ayah.


Suami lea dah nampak kurus sikit kan.
Sejak dia berdiet mulai 5 Jun lepas sampai sekarang dia dah turun 7kg.

Bergambar bersama-sama.Suka gambar ni.

Isnin, 27 Jun 2011

ANTARA MENU SEJAK SEBULAN LEPAS

Sekarang suami lea tengah berdiet.
Betul-betul diet yang sihat.
Makanannya mesti yang dikukus, direbus atau dibakar.
Ni menu hari ni.

Salad dan ayam panggang.

Salad yang terdiri daripada
Daun salad
Tomato
Capsicum
Lobak Merah

Ayam bakar yang suami bakar
Sedap.Rasa ayam tandoori.

MAJLIS PERPISAHAN

Pada entry lepas lea ada cerita kami keluar untuk beli hadiah untuk seseorang.
Orgnya ilah Nurrafliana yang telah pun bertukar ke Batu Gajah Perak.
Selamat Maju Jaya lea ucapkan pada dia.
Yang kami ni pulak, pantang nampak kamera.
Asyik posing manjang.
Dan rasanya inilah kali pertama sejak lea ditempat baru lea bergamba sakan macam ni.
Lepas geram....sebab dah lama tak bergambar begini.
Kalau dekat opis lama biasa....
Hahahaha.





SHOPPING

Ni cerita 2 minggu lepas.
Time lunch kena diskipkan sebab nak belikan hadiah untuk seseorang.
Siapa tu....
Kita tunggu next entry ye....
Lea pergi dengan geng dekat opis.
Ada akak-akak dana adik-adik.
Macam satu rombonganlah pulak.




Jumaat, 24 Jun 2011

BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Buah-buahan pemberian jiran.
Alhamdulillah rezeki.....
Tak payah nak beli stok buah untuk minggu ni.
Lupa nak tanya dia.
Dia ada dusun buah ke ?
Semua jenis buah ada.




KOLEKSI TERBARU FRIDGE MAGNET

Ini adalah koleksi FM terbaru lea.


Menara Teluk Intan ni dah lama lea cari.Baru jumpa.Seronoknya...

Koleksi kereta ni lea beli dekat PKNS.
Pilih punya pilih terjumpalah koleksi ni.
Apa lagi....
Ambik teruslah......

Yang ni pulak lea beli dekat De Rhu Beach Resort Kuantan.
Sekurangnya ada kenangan yang lea pernah ke sana.


Kesemua koleksi yang ada di Magnetic Whiteboard dengan peti sejuk lea.


TAK SAMPAI HATINYA...


Ni arnab peliharaan makcik dekat Kuching.
Dia mintak suami sembelih 2 ekor arnab ni.
Ee......suami pun cakap tak sampai hati nak sembelih.
Takpelah...dia cari tukang sembelih lain.
Korang makan ke arnab ni ye?
Lea tak makan.
Tak sampai hati......


Khamis, 23 Jun 2011

MI KOLOK


Tiba-tiba teringin nak makan mi kolok ni.
Dekat Kuching je yang ada mi kolok ni.
Takpelah...tak lama lagi nak balik ke Kuching.
Bolehlah makan mi kolok ni


GAMBIR SARAWAK


Bila balik ke Kuching benda nilah yang sering dikirim oleh kawan2x suami.
Untuk apa, idaklah lea tau.

KEGUNAAN GAMBIR SARAWAK

Gambir Sarawak sangat berkesan untuk melegakan sakit gigi. Cara penggunaan yang mudah dengan hanya menghancurkan gambir hingga menjadi habuk yang halus lalu diletakkan di dalam gigi geraham yang berlubang. Kira-kira 5 minit selepas itu gigi akan berasa berdenyut-denyut dan kesakitan gigi akan beransur hilang sedikit demi sedikit.

Gambir Sarawak juga boleh digunakan untuk kanak-kanak berkhatan. Kaedah penggunaanya ialah dengan cara menghancurkan gambir tersebut sehingga halus lalu dibancuh dengan sedikit air dan disapukan pada kemaluan kanak-kanak tersebut. Kesan dari penggunaan gambir ini ia boleh menjadi kebas dan tahan sakit. Fungsinya hampir sama seperti ubat bius tetapi penggunaan gambir Sarawak ini agak memanaskan apabila terkena pada bahagian kulit.

Selain itu juga gambir Sarawak ini boleh digunakan untuk melegakan sakit sementara sebelum di bawa ke hospital seperti terkena gigitan binatang yang berbisa seperti ular, kala jengking atau sengat ikan seperti ikan keli, ikan sembilang dan sebagainya.

Bagi masyarakat pendalaman di negeri Borneo ini mereka menggunakan gambir Sarawak untuk menghilangkan rasa sakit ketika membuat lubang telinga (bertindik). Kaedah ini sama seperti ubat bius iaitu untuk mengurangkan rasa sakit ketika proses menindik dilakukan.

Populariti gambir Sarawak mula naik apabila penggunaan gambir ini amat berkesan bagi pasangan suami isteri dalam melakukan hubungan intim. Ramai kaum lelaki yang mencari gambir Sarawak ini di pasaran semata-mata untuk memberi kepuasan kepada pasangan mereka di dalam melakukan hubungan intim.


JEMPUT MAKAN

Bila dah malas nak masak, tempat yang dituju bila balik kerja sudah semestinya
PENANG FOOD di Carrefour Puchong Utama.
Nasi Gorengnya,
Yee Meenya,
Bihunnya...
Kueh teownya..
memang sedap di tekak lealah.
Orang lain lea tak tau.



Rabu, 22 Jun 2011

RINDUNYA DEKAT MEREKA

Assalammualaikum semua.
Lama benar dah lea tak update blog.
Lea bz sesangat...
Ni cerita minggu lepas.
Singgah dekat opis lama hantar surat.
Rindunya dekat tempat lama.
Masih jugak seperti dulu.
Cuma orang-orangnya ada yang semakin slim.
Harap suatu hari nanti boleh berjumpa lagi.


Align Center

Jumaat, 17 Jun 2011

PARANG UNTUK DIJUAL


Ini ada sebahagian parang2x koleksi suami.
Bukan untuk dijual ye...hehehehehe
Balik ke ke Kuching mesti ada beli.Tak satu , dua.
Dah hobi.Nak buat mcm mana kan.


Rabu, 15 Jun 2011

MANGGA IDAMANKU


Hari-hari makan mangga.
Suka makan mangga ni...
Time panas-panas, keluarkan dari peti sejuk...
Sebiji tu lea sorang je makan...
Nikmat tak terkata....
Jemput makan.....

SUGAR BUN

Kalau balik ke Kuching, SUGAR BUNlah tempat yang lea singgah.
Kat sini takde SUGAR BUN.
Dekat Kuching jelah melepaskan segala keinginan nak makan tu nak makan ni.
Menu yang lea suka
*
*
*
*
menu dibawah ni.
Tapi lea tak ingat namanya.
Ingat rupanya je

Airnya pulak sudah semestinya
Three Layer Tea.
Sedap........



Adik bungsu sedang menjamu selera