MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 20 Mei 2011

NASI KANDAR LINE CLEAR

Lepas turun dari BUKIT BENDERA, misi utama ialah
NASI KANDAR LINE CLEAR.
Lama dah tak makan.
Paling lea suka ialah telur ikannya....
Sedap...
Walaupun hanya di belakang lorong, tapi lea tak kisahlah.
Hari tu nak makan pun lea dan suami beratur dekat sejam jugaklah.
Dan ayam gorengnya juga sedap.........
Dan....kari kepala ikannya......pergh..................
Dab cendolnya..............susah nak cakaplah.
Berapa banyak danlah.......
LINE CLEAR, lain kali datang lagi nooooo....

INDAHNYA PERMANDANGAN

Perjalanan naik ke atas mengambil masa lebih kurang 5-6 minit je.
Kalau dulu , lama jugak rasa nak sampai ke atas.
Cantik betul permandangan
Boleh nampak satu PENANG.
Tapi tak lama pun kat atas.
Dalam 25 minit je.
Nyaman je badan ditiup angin.
Nasib baik badan tak melayang.



Khamis, 19 Mei 2011

PENANG LAGI......

Petang tadi makan dekat luar je sebab nak g CARE4 nak beli barang sikit.
Tempat pilihan kali ini ialah PENANG FAVOURITE.
Ialah...demam PENANG pun tak kebah lagi.
Hahahahaha.
Pilihan lea ngan suami petang tadi....


Ni pilihan suami.
Bandung suam
&
PENANG HOR FUN
sedap..................................................





Pilihan lea pulak

Orange Juice
&
PENANG LAKSA
pun sedap............................................





RAMAINYA ORANG.....

Selepas sarapan, destinasi pertama ialah BUKIT BENDERA.
Mak ai...ramainya orang.....
Ingat takde org...
Beratur nak beli tiket dan beratur nak naik ke atas mengambil masa 3 jam. Jangan tak percaya......
Rasa nak patah kaki ni tau.
Tapi keinginan nak naik tu, menghilangkan rasa penat yang ada.

Nilah mereka yang tengah beratur nak naik ke Bukit Bendera

PERCUTIAN YANG TAK DIRANCANG


Percutian kami kali ini memang tak dirancang.
G PENANG jom....Jom............
Bergerak dari rumah jam 7 sampai dekat jam 12 malam.
Carik hotel, check in jam 2 pagi....
Ha..........hambik....
sapa suruh tak plan awal....
Nanti sambung ye.....

Rabu, 18 Mei 2011

NORA ELENA



Sekarang dok layan cerita ni pulak dah.
Tulah lea tak suka nak nengok drama bersiri ni pada episod pertama,
mesti nak tengok episod berikutnya.

Nak tengok jugak adakah sama dengan NOVEL KASIH YANG SUCI?
Kalau betul2x sama memang bestlah......

LEGA RASANYA....

Hari ni barulah rasa lega sangat-sangat.
Selepas 4 hari membuka sebutharga sampai mata dan pinggang sakit.
Tak larat betul dah rasanya.
Blik pun lewat.
Tapi dah tanggungjawab kena laksanakanlah.ahlah.

Belum selesai ngan sebutharga, baucer2x diatas meja nak minta diperakukan pula sedang menunggu di atas meja.
Adui........
Semua nak kena cepat dibuat.
Kalau lambat ada pulak yang bising.
Entahlah.....
Dah macam robot tangan sepuluh lah pulak rasanya ni.
Kadang-kadang tu nak menjerit je rasa.
Tapi tak terkeluar pulak jeritan tu.

Khamis, 12 Mei 2011

PULUT AYAM



Sebelum ni kalau makan pulut mesti berangin badan.
Tapi kali ni ok.Takdelah angin dok datang.
Pulut memang fav. lea.
Kalau makan dengan rendang, pergh......sedap.
Tapi kali makan ngan ayam goreng, bawang goreng.
Dah 2 kali beli.
Sangat sedap k.
Makan macam tu je.
Harga...3.50 sebungkus.
Dijual depan rumah je.....

**tetiba teringin nak makan pulut durian.

Rabu, 11 Mei 2011

JOM MAKAN DONUT


Jemput makan....
hihihihi.
Ini adalah koleksi terbaru Fridge Magnet lea.
Dah minat, mana pergi nilah yang di cari dulu.
Comel kan.
Materialnya pun lembut je.
Macam donut betul.
Cuma Saiznya kecik sikit.


MUMMYSHAFIE GIVEAWAY


Assalammualaikum semua.
Lea telah ditag oleh PUAN UMIE untuk menyertai MUMMYSYAFIE GIVE AWAY ni.
Untuk menyertainya boleh ke blog beliau iaitu
http://mummysyafie.blogspot.com/2011/05/mummysyafie-giveaway.html

OK...lea nak tag
MUNNA
STILLA
YAN

Syarat-syart penyertaannya....

  • Mesti menjadi follower Mummysyafie - done
  • Buat satu (1) entry mengenai contest ini- done
  • Letakkan BANNER di sidebar blog anda dan backlink ke entry ni.-done
  • TAG 3 rakan anda.-done
  • Akhir sekali jangan lupa tinggalkan perkataan "saya nak GA ini" berserta url 'contest' peserta di ruangan komen.-done

Sabtu, 7 Mei 2011

SELAMAT HARI IBU


SELAMAT HARI IBU
buat
Puan Rabiah Anis
&
Puan Rasemah Rehan


Terima kasih kerana mengandung,
melahirkan dan mendidik
lea dan suami sehingga menjadi apa yang ada sekarang.
Alhamdulillah.
Terima kasih mak.
Semoga kalian berdua dipanjangkan umur,
sihat selalu dan sentiasa dimurahkan rezeki selalu.

Khamis, 5 Mei 2011

MAHU JADI KASSIM SELAMAT?

Semua ada ni.Korang nak tiup yang mana?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
dan sebenarnya inilah adalah koleksi terbari Fridge Magnet lea.
Comelkan?
Kassim Selamat yang bagi.
hihihihihi



Rabu, 4 Mei 2011

HAPPY BIRTHDAY QALESYA


Comel kan dia...
Happy Birthday Qalesya.
Semoga menjadi anak yang baik pada mak dan ayah.
Tak sabar aunty nak jumpa Qalesya.
Qalesya ni anak bestfriend lea Cikgu Fizah.
Lama dah tak jumpa.
Last jumpa time raya 2 tahun lepas rasanya.
Rindu kat kawan-kawan lea.
Fizah,Dayang Faridah, Suzy n Dayang Zulina.

BELI...BELI...JUALAN MURAH

Bang 2 ekor sepuloh ringgit.
Bang 4 ekor sepuluoh ringgit.
Kak 3 ekor sepuloh ringgit.
Kak beli 10 ekor free seekor.
Kalau pergi pasar satok nilah suasananya
Mana satu pilihan hati.

3 ekor sepuluh ringgit beli 30 hengget.
2 ekor sepuluh ringgit beli 40 hengget.
Balik kl berat bawak ikan.
Kawan-kawan kirim......





SAYANG MEREKA SEMUA

Bila nak balik je mereka nilah yang akan menghantar lea n suami ke airport.
Sukanya...sebab kali ni boleh ambik gbr mak n ayah ngan anak-anak dan menantu n bakal menantu.


Mak dan anak-anak perempuannya.

Mak dan ayah bersama menantu dan bakal menantu dan anak lelaki kesayangan.


Ahad, 1 Mei 2011

KETENANGAN YANG DICARI

Indah sungguh hari ini.
Laut sangat senang.
Sang bayu bertiup lembut.
Itulah ketenangan yang di cari.
Akan lea dan suami menjelajah hari ini.
Happy Holiday lea n sham.
N happy honeymoon 2.
Hahahahahah.
KITA ENJOY........


SELAMAT HARI PEKERJA SEMUA.