MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 29 April 2011

JOM KITA MAIN AMAZING ARROW HELIKOPER

Lepas kenyang makan di TOP SPOT kita keluarkan peluh pulak ye dengan bermain AMAZING ARROW HELIKOPTER di WATERFRONT KUCHING.Hehehehe.Macam budak kecik rasanya.Yang syoknya bila buat countdown , masing2x dok melepaskan AMAZING ARROW HELIKOPTER tu. Harganya satu 6 ringgit.Beli 2 10 ringgit. Cara nak main.Tarik dengan getah dah tu lepaskanlah.Jadinya AMAZING ARROW HELIKOPTER naik tinggi ke atas dan jatuh berpusing-pusing dengan warnanya yang pelbagai.

Tengoklah gaya adik lea tu.Bersemangat tu.



Macam satu pesta pulak dah.Memang laku org yang jual AMAZING ARROW HELIKOPTER tu.

Sebelum tu kita wajib posing dulu.


ROYAL WEDDING



Tinggal beberapa minit lagi berlangsung perkahwinan antara WILLIAM dan KATE.
Mengimbau kenangan 30 tahun dulu perkahwinan CHARLES dan DIANA.
Sama umur lea tu.
Tapi Diana memang cantiklah.
Nampak kelembutan dan sifat keibuaan yang ada pada dirinya.
Tapi tulah umur tak panjang.


MENJAMU SELERA DI TOP SPOT

Bali dari Lundu adik n bakal adik ipar belanja makan dekat TOP SPOT.
Punyalah ramai orang.
Memang happeninglah.
Kebetulan malam minggu pulak tu.

Nilah bakal pengantin baru

Mereka yang tak berenti bergambar

Sempat posing lagi tu

Menu kami malam tu
Ikan siakap 3 rasa
Ikan kerapu pun 3 rasa
Ambal masak kari
Sotong goreng tepung
Kailan ikan masin
Udang butter prawn
Midin goreng belacan
Botok ikan tenggiri
Umai obor-obor
Sup gamat yang sangat-sangat sedap

Buat adik n bakal adik ipar terima kasih sebab belanja.
Lain kali leh belanja lagi.
Hehehehe


Selasa, 26 April 2011

KE LUNDULAH PULAK


Dari rumah nenek nampak dah GUNUNG GADING.
Ada taman negara dekat situ.
TAMAN NEGARA GUNUNG GADING.
Ada tempat mandi manda situ.
Ingat dulu time kecik2x membonceng basikal makcik untuk ke situ.
Balik dengan basah2x je baju.
Bekal nasik 30 sen sebungkus.
Kenangan betul....

JOM KITA P SERIKIN

Seawal jam 8 pagi kami sekeluarga bertolak ke SERIKIN untuk shopping.
Tak beli apa pun.
Beli telekung, kain pelikat suami dan kain pasang.
Sampai lebih kurang jam 9 pagi.
Dah ramai jugak yang dah datang.
Dengan parkingnya yang becak selepas hujan.
Selesai membeli barang lebih kurang jam 10.00 pagi dan terus balik ke Kampung di Lundu.


Kain pasang dah banyak dah jual kat sini.
Harga buka RM49 sepasang.
Harga jual RM30 SEPASANG.
Belilah jugak dalam 3-4 pasang

Adik bungsu yang dok posing manjang


Tirai dari cengkerang ni dekat sini dalam 20+.
Tapi kalau dekat kampung, sepupu mak cuma jual RM7 je.

Time nak balik.Kena check dengan kastam jugak.
Siap tanya beli kain batik berapa pasang.
Kereta yang beratur panjang nak ke serikin.

NAK ORANG HORMAT KITA?

Kalau kita nak orang hormatkan kita, kita kena hormatkan orang.
Betul kan.
Tapi kalau dah berlagak, menggunakan kuasa sepenuhnya adakah orang akan hormat kita?
Mereka akan hormat mungkin sebab anda lebih tua dari mereka dan mungkin mereka bos anda.
Tapi...dalam hati macam mana?
Apa ada pada nama , pangkat dan seangkatan dengannya?
Mungkin hanya didunia, tapi di sana?

Jika kita merendah diri, orang akan hormat pada kita.
Jika tutur kata kita lembut, orang juga akan hormat kita.
Jika kata-kata elok yang dituturkan orang akan lagi hormat pada kita.
Jika budi bahasa kita elok lagilah orang akan hormat kita.


Janganlah kita bercakap dengan nada yang sangat keras
Jangan kita mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya
Jangan tak memandang bila bercakap.(Eye contact sangat penting dalam komunikasi.)
Jangan tak pikir hati dan perasan orang bila bercakap.(Ingat orang patung ke)



Isnin, 25 April 2011

RUMAHKU SYURGAKU



Salam semua.
Rumah diatas adalah rumah lea dibesarkan.
Pindah kerumah ni sejak lea di darjah 4 sampailah usia lea 25 tahun.
Berkahwin dan berhijrah ke Semenanjung Malaysia.
Rumah kampung yang sangat-sangat menyamankan.
Paginya sangat sangat sejuk.
Dulu dihubungi dengan jambatan kayu je.
Sekarang dah ada jalan bertar.
Dulu kalau hujan, air pasang dan semestinya banjir sehingga ada satu2 masa air mencecah sampai tinggal satu je anak tangga.
Insyaallah sekarang tak lagi dengan adanya sistem perparitan yang dibina.
Banyak perubahannya sejak lea balik November tahun lepas.

Khamis, 21 April 2011

KENANGAN 5 TAHUN DULU


Bila melihat gambar diatas ,banyak perbezaanya dengan keadan sekarang dengan 5 tahun lepas.


Dulu lea kecik jugaklah.Sekarang aduh.....tak taulah nak cakap

Suami pun sama.Kecik je dulu kan. Sekarang, sama naik dengan lea.

Ayah, dulu sihat je dia.Jarang sakit.Tapi sekarang, kesian dah melihatnya.Tak larat dah.

Mak pun sama. Usia semakin meningkat kan.

Yan , masa ni berusia 19 tahun dan masih menuntut di Politeknik Kuching. Sekarang dah berusia 24 tahun dan akan kahwin tak lama lagi.

Mas time ni berusia 16 tahun dan masih menuntut di Tingkatan 4.Sekarang tengah study lagi.Makin manis.....

Amir...Time ni berusia 11 tahun.Kecik je kan.Yelah...Darjah 5.Sekarang dah berusia 16 tahun.Tinggi dah dia sekarang.Semakin handsome.Suara pun garau sangat dah sekarang.





DAH LAMA TAK UPDATE BLOG

Assalammualaikum semua.

Lama dah rasanya tak update blog.

Nak update memang tak berkesempatan.

Pada 19 dan 20 April 2011 kena buka 3 sebutharga untuk jabatan.

Untuk ketiga-tiga sebutharga , setiap satunya ada 30 sebutharga.

Jadi semuanya lebih kurang 90 sebutharga.



Untuk 2 hari lea balik jam 6.30
petang.

Untuk 2 hari le a tukang kunci
opis.

Untuk 2 hari jugak lea makan dekat
luar.

Untuk 2 hari badan lea sangat -sangat sakit
dan rasa letih sangat.

Untuk 2 hari jugak lepas solat isyak , terus
tido.

Untuk 2 hari jugak tido lea sangat
lena.
Walaupun sangat penat tapi kali ini banyak benda yang lea belajar.

Walaupun pada mulanya agak terkial-kial, lambat, tapi untuk sebutharga kedua dan ketiga lea dah boleh buat dengan cepat.

Terima kasih Puan Rabiah kerana banyak mengajar lea.

Jumaat, 15 April 2011

TAK SABARNYA TUNGGU JUMAAT DEPAN

Time ni waktu lunch.
Baru ada mood nak update blog.
Entahlah dalam masa bekerja rasa malas lak dah.
Lagipun kepala ni pening yang amat.
Macam-macam hal.
Dah dekat 4.30 petang tu rasa seronok sangat.
Yelah...leh balik tenang pikiran.
Nak rehat otak yang dah memikir macam-macam.

Sebab apa tak sabar tunggu jumaat depan?
Sebab malamnya lea akan terbang ke Kuching.
Balik Jumaat malam.
Balik sini Ahad petang.
Nasib baik rumah memang betul2x di bandar raya kuching.
Taklah jauh sangat perjalanan.
25 minit dah sampai kerumah dari airport.
Kalau dok jauh tu pikir jugak nak balik hujung minggu.

Tujuan nak balik, lea n suami nak tengok perubahan Bandar Kuching selepas pilihanraya.
Hahahahaha.Takdalah.Balik sebab rindukan mak , ayah, keluarga , rumah, katil, bantal, tilam, cadar , makanan mak masak dan macam-macamlah.

Suami nak sangat balik kampung.
Dia cakap, dari kita berjalan tak tentu tempat baik kita balik kampung je.
Betul jugak.
Kalau jalan jalan hujung minggu, dengan minyak, tol, makan minumnya, tiket wayang, makanan time nengok wayang kadang-kadang cecah RM100++ jugak.
Jalan-jalanlah dekat AIR ASIA.
Jumpa lak tiket murah.
Oklah tu.
Nampaknya tahun ni banyak kalilah balik Kuching sebab dah ada 3-4 tiket di beli.
Mak dah bising.Dia kata bazirkan duit je.
Takpelah mak.Dapat tiket dalam 80.+++.
Oklah tu kan.
Balik nak jumpa keluarga je pun.
Ingat nak bawak mak mertua balik sekali, tapi dia tak berapa nak sihat.Sian pulak.

Lalalalalala.....
Gembira rasa dihati.
Nak peluk cium mak ayah puas-puas.
Rindu sangat kat mereka ni.

Khamis, 14 April 2011

SAPA BANYAK MAKAN GARAM

MENGKRITIK MEMANG SENANG
MELAKSANA?
CUKUP SUSAH.


Betul jugak kan. Kadang-kadang kita ni mengkritik, memang no 1.
Ada je yang tak betul pada sesuatu itu.
Betul???

Tapi, cuba kita bayangkan kalau kita ditempat mereka yang kita kritik itu.
Sebolehnya kita nak bagi yang terbaik.
Tetapi ada pelbagai halangan untuk kita melakukan yang terbaik.

Salah satunya ialah pengalaman.
Tak semua kita mempunyai pengalaman didalam sesuatu bidang itu.
Bagi peluang.
Sebab tanpa peluang tu takkan ada pengalaman kan?
Selalu kita dengar orang berkata
''AKU DULU MAKAN GARAM''

Betul....orang dulu lagi banyak pengalaman.
Tapi ada masanya kita kena jugak terima idea mereka yang lebih muda.
Ye...mungkin kurang makan garam, tetapi ada kalanya idea mereka yang kurang makan garam ni boleh diterima sesuai dengan situasi pada masa sekarang.
Tetap kena ingat
TAKDA DAHULU TAKDA SEKARANG.


Apa lea merepek ni? Hehehehe.Meluahkan rasa dihati.
Angin mengundi kat Sarawak dah terbang kat Puchong ni.

MARILAH MARI PERGI MENGUNDI
JANGAN LUPAKAN KEWAJIPAN KEPADA NEGARA.


Rabu, 13 April 2011

POPIA BASAH

Popia basah yang paling sedap yang pernah lea makan ialah dekat Teluk Intan.
Memang sedap sangat.
Perasa dan perisanya secukup rasa.
Tetapi sekarang dekat Pasar Malam malam Selasa dekat tempat lea tinggal dah ada seorang akak dan suaminya jual popia basah yang boleh tahan rasanya.
Kalau pergi dekat gerai dia tak sah tak menunggu lebih kurang 15 minit.
Kalau sedap menunggu 1 jam pun lea dan suami sanggup tunggu.
Ramai sangat yang menunggu dia menggulung popia.
Memang sedap k. Akak ni pun tak lokek dengan inti popia.
Sangat laku popia yang akak ni jual.
Tak kira yang goreng ataupun yang basah.
Murah rezeki akak ni.
Nanti-nanti ye lea ambik gambar akak ni tengah menggulung popia.



auto publish entry

Selasa, 12 April 2011

LAMANYA TAK MAKAN BENDA NI

Rasanya dah lama sangat lea tak makan aiskrim ni.
Suami tak makan benda-benda sejuk ni.
Dekat rumah pun takda air sejuk.
Air sejuk yang mak buat time dia datang pun ada lagi ni.
Tadi singgah dekat supermarket , teringin pulak nengok aiskrim ni.

Semestinya pilihan lea perisa vanilla.
Perisa lain lea tak makan sangat.
Cepat muak .Perisa vanilla je yang sedap pada tekak lea ni.
Beli yang bekas paling kecik je.
Yang kecik ni pun rasanya 2-3bulan ada lagi dalam peti sejuk.
Taulah kan...kalau teringin.
Makan sikit sudah.Janji merasa.
Hehehehe.


SELAMAT PETANG SEMUA

Time ni lea baru sampai kat umah.
Nak update kat opis rasa malas.
Entahlah.
Nak kena buka laptop.
Nak guna pc opis memang tak boleh sebab dah guna untuk sistem.
Tak naklah ambik risiko.
Dok tukar2x ip kang tak boleh bukak pulak dah.

Hari ni lea sangat-sangat penat.
Badan penat , otak pun penat.
Ni tak tau nak makan apa.
Dalam hati dna pikiran macam macam nak di makan.
Larat ke masak ni???
Entahlah.
Tengoklah jap lagi.
Perut ni lapar jugak ni.
Kuar jelah jap lagi cari makan.


Ahad, 10 April 2011

BILA DAH MALAS NAK MASAK...

Bila dah malas masak maggilah dimasak.
Sesekali makan maggi ni sedap jugak.
Lea sebenarnya suka makan maggi sup,masak ngan telur.
Dah nak makan tu, letak sos cili sikit, sedap....
Tapi kali ni layan maggi tomyam lak k.


DAPUR LAMA DAH TAK BERASAP

Hari ni suami g JOHOR lagi.
Tak taulah balik bila.
Minggu lepas dia pergi Johor hari Isnin baliknya Khamis.
Ingat nak masak hari Jumaat, tapi suami ada hal pulak.
Lastnya makan kat luar.
Hari Sabtu pulak dia kerja dari pagi sampai ke malam.
Tapi rajin sikit lea stim ikan kembung dengan segala sayur lea masukkan.
Tapi stim ikan jelah.
Hari ni pulak, lepas je sembahyang subuh, tido semula...ambik jam 9 baru sedar.
Dengan baring-baring lagi.
Yang lucunya suami kat ruang tamu time ni lea leh sms
dia suh dia kuar minum je ngan kawan2x dia.
Dia pulak membalas tu.
Lastnya ayang cepat mandi, kita g IOI MALL PUCHONG, abang nak bayar bil tipon.
Harus laju lea mandi dan bersiap.Jam 1015 bergerak ke IOI.
Hahahahaha.Orang baru nak bukak kedai.
Singgahlah dekat FOOD COURT.
Minum pagi dan makan tengah hari sekali dekat situ.
Suami pergi Johor jam 3.30 tadi.
Untuk makan malam, tak taulah nak makan apa setakat ni.
Nak keluar?.....Malas nak start keta.

STOK BUAH DURIAN

Bila dah reti bukak buah durian sendiri,
bila suami takde kat umah,
masa diisi dengan membuka buah-buah durian yang ada.
Letak dalam tupperware siap-siap.
Letak dalam peti sejuk.
Nikmat betul makan semalam.
Dikira-kira adalah dalam 2 bijik lea makan.
Manis,rasa pahit-pahit sikit, rasa lemak sikit.
Memang secukup rasa.



Sabtu, 9 April 2011

JOM JOIN BLOGLIST FROMMETOYOU

Salam semua.

Semalam lea telah di tag oleh KAK WHITECAPPUCCINO untuk















Jumaat, 8 April 2011

RINDU PADANYA



Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu


Tiba-tiba rasa rindu sangat kat mak lea...

Khamis, 7 April 2011

GURU PATAH HIDUNG DI TUMBUK ANAK MURID

Dalam BULETIN UTAMA dilaporkan seorang guru wanita di Perlis patah hidung akibat ditumbuk oleh seorang murid.
Sebabnya...guru tersebut menyuruh murid tersebut ke bilik disiplin.

Mana perginya sifat hormat pada guru.
Dulu masa lea sekolah, nengok cikgu dari jauh pun dah takut.
Lalu depan cikgu pun tunduk je.
Murid-murid sekarang....
Tak taulah......

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Apa perasan korang

Bila kita bercakap dengan seseorang tetapi dia tak nak pandang kita langsung

Bila bercakap pulak , pedasnya ayat......

Selasa, 5 April 2011

BURUNG KAKAK TUA


Inilah koleksi terbaru FRIDGE MAGNET lea.
Dah minat, pergi mana-mana pun mesti terbeli kalau ternampak.
Suka nengok burung-burung kak tua ni.
Comelkan.

Ni dah dekat sisi peti sejuk.



Yang ni pulak suami dah beli magnetik whiteboard.
Dah penuh pun.
Ingat nak stop kejap beli, tapi tak boleh jugaklah.


SELAMAT PAGI SEMUA

Salam semua.
Selamat pagi.
Hari ni dah 5 April dah.
Tak lama lagi Jun.
Sekejap je rasanya kan.
Pencapaian tahun ni? Nampaknya tak nampak lagi.
Kesihatan tahun ni amatlah tidak memuaskan.
Mintak2xlah lepas ni janganlah sakit lagi.
Letih dah rasanya.

Isnin, 4 April 2011

SAYA RINDU SANGAT DEKAT 'YB'NI


Acah je...bukan YB mana pun.
En.Sham ni haaaaa.....
Kalau dia g surau ke,g kenduri ke,kalau dia pakai baju melayu sekali dengan samping, takpun pakai baju melayu ngan kain pelekatnya, dengan songkok tinggi dia tu, mesti orang dok panggil dia YB.
Sampai di kalangan kawan-kawannya panggil lea ni datin.
Naik segan dah rasanya.
Sekarang ni pun dia aktif sangat dengan
PERSATUAN PENDUDUK,
RUKUN TETANGGA
RELA
GENG PTT WIRA PUTERA
UMNO
AJK SURAUNYA .
Gaya dah kalah YB.Sibuk sangat.
Tapi dia cakap dia suka,Meramaikan kawan katanya.Memang lea akui.Kalau dok makan kat mana-mana kat taman tempat duduk ni ada je yang menegur.Ada je yang angkat tangan.
Suami selalu cakap, tak rugi ramai kawan.
Kadang-kadang kalau kita apa-apahal di tengah jalan ada je yang akan menghulurkan bantuan.
Lea akui jugak tu.
Lea pun seronok jugak sebab meramaikan lagi kawan-kawan di kalangan isteri kawan-kawan suami.
Semuanya pangkat akak je pada lea.

Dulu lea akui lea selalu bising, selalu membebel jugak.Sibuk sangat.Tapi sekarang lea paham.Kita hidup dalam masyarakat.Kita tak boleh hidup sorang-sorang.Ada masa kita akan perlukan mereka semua.Yang penting jangan jadi kera sumbang.

IBUK IBUK BAPAK BAPAK


Tadi dekat opis dapat ole-ole dari rakan rakan sepejabat yang pergi SURABAYA.
Kalau tak lea pun pergi sekali.
Tapi kebetulan masa mereka pergi tu mak dan pak lea datang.
Jadi tak jadilah turut serta.
Takpelah...Lain kali leh join rombongan yang lain.Insyaallah.
Terima kasih IDA, CT dan AYU untuk ole-ole ini.
Perasan tak?Semuanya berasaskan batik INDONESIA.

Ahad, 3 April 2011

ALHAMDULILLAH...DAH SIHAT SIKIT

Salam semua.
Rindu nak menaip dekat blog kesayangan ni.
Nak tergelak pun ada ngan suami.
Dia dok tanya apa usernama blog lea.
Lea cakap sama macam emel.
Rupanya dia dok buat entry.
Dia cakap saja nak cuba menaip dalam blog ni.
Ok jugak katanya.
Tu cakap kat dia, buatlah blog satu.
Dia cakap , taknak abang.Takut tak berupdate bertahun karang.
Berblog ni kena rajin update katanya.
Aáh betul kan.Kena rajin update.