MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 31 Mac 2011

TUAN PUNYA BLOG KENA REHAT...

Tuan punya blog badannya panas

Tuan punya blog demam

Tuan punya blog selsema

Tuan punya blog batuk

Tuan punya blog sakit tekak

Tuan punya blog badannya lemah

Tuan punya blog takleh bangun

Sian ngan tuan punya blog


Tukang tolong update-Suami tuan punya blog-

Rabu, 30 Mac 2011

BILA DAH TERINGIN SANGAT

Ni cerita minggu lepas.
Cakap dengan suami teringin sangat nak makan lemang.
Tuo-tup dia balik kerja dia bawak lemang balik.
Tapi pencicahnya takda.
Bila dah teringin, nak sangat makan, makan macam tu pun dah sedap sangat.





Isnin, 28 Mac 2011

MUSIM DEMAM DAN SELSEMA

Lea dua minggu lepas dah demam dah.2 hari MC.
Hari ni suami pulak dah.
Suami kalau demam ke, selsema ke, lea cukup susah hati.
Sebab dia jarang sakit.
Kalau dah sakit, teruk......
Risau sangat kalau dia dah demam.

Masak bubur ala bubur MCD untuk orang demam.
Dan lea tumpang sekali makan.
Jadinya tak masak hari ni.
Makan bubur je.

SEKEJAP JE ISNIN BALIK

Pa kabar semua?Lea hari ni macam biasa.Hari Isnin ada malas sikit dan ngantuk banyak.
Mak dan bapak dah balik semalam.Rasa sunyi sangat-sangat kat umah.Kalau tak tiap-tiap pagi adalah mak ketuk pintu bilik.Bangun, mandi , sembahyang subuh nengok nasik goreng dah siap terhidang.Itulah mak lea.Dari lea zaman sekolah lagi memang macam tu.Sentiasa bangun awal dan awal-awal lagi semua kerja rumah dah siap.

Lea?hihihihi.Ada mak naik lemak sikit dan bertambah-tambah lemak dibadan.Semua dah mak buat.Sampaikan malam semalam cari jug air tak jumpa.Entah mana mak simpan.Terukkan.Dah tak ambik tahu langsung pasal barang kat umah.Bukan lea tak nak buat.Tapi kepantasan mak lea buat kerja rumah mengatasi segalanya.Last-last dia cakap.Biar mak buat.Biar mak buat.Biar mak buat.Rasa serba salah sebenarnya.

Ahad, 27 Mac 2011

MAK N PAK DAH BALIK KUCHING

ETD 1840
AK5218 KUL-KCH


Dalam masa 1 jam 1/2 dari sekarang mak dan bapak akan tiba dekat Kuching.
Sedih je rasa hati tadi.
Menitis jugak air mata.
Yelah.....
17 hari rasa sekejap benar.

ALHAMDULILLAH.SELESAI SEMUANYA....

Alhamdulillah.Lama dah berniat nak buat kenduri dekat rumah.Hari Jumaat malam lepas baru tertunai.Kebetulan mak ada dekat sini.Tu yang buat tu. Buat kenduri doa selamat sikit sempena anniversary kami, birthday lea dan birthday suami. Buat bacaan yassin dan tahlil jugak. Suami jemput jemaah surau dan rakan2x terdekat. Tak jemput org perempuan pun.Yelah rumah kecik.Tu pun kesian nengok org lelaki bersesak dalam rumah.Menu hari tu nasi beriani ayam.Order je.Nak memasak memang tak sempat, lagipun rumah kecik.Periuk , kuali pun takda yang besar-besar.Insyallah.Ada rezeki nak buat lagi. Mungkin dekat rumah baru kot.Insyallah.

Align Center



Sampai dekat luar rumah

Mak dengan maya.

Mak dan ayah keletihan. sian...tapi mereka nak jugak tolong kemas barang

Mak paling last makan.

Sabtu, 26 Mac 2011

JOM MAKAN STEAMBOT

Khamis lepas sempena birthday suami dan kebetulanlea lepas gaji , makan g makan steambot dekat MAEPS, SERDANG.Mak lak suka makan yang rebus2x ni.Kami sampai situ jam 5.30.Duk kat sana sampai 7.30.Macam-macam pilihan makanan yang ada..Nengok budak-budak aiskrimlah jadi pilihan. ABC pun ada.Pendek kata macam-macam ada.

Orang yang bertambah usianya hari tu

Pilihan kuah sup dan tomyam

Mak dan bapak


Jumaat, 25 Mac 2011

TUNGGU RASA LAMBAT, TAK TUNGGU CEPAT PULAK

2-3 minggu lepas sangat tak sabar menunggu 10hb.Sebab mak n pak nak datang.Seronoknya rasa.Menghitung hari memang masa terasa terlalu lama kan.Hari ni hari ke15 mak dan bapak kat sini.Sekejap benar rasa.Rasanya baru semalam dia datang sini.27 ni dah nak balik Kuching dah. Rasa tak nak je melalui 27hb tu.Sebab......

-lea akan rasa sunyi sangat-
-mak dah takda untuk lea peluk, lea cium awal pagi.:-)-
-takde lagi masakan mak yang sedap2-
-takde lagi mak yg leh leh lea bercerita mlm-mlm-
-takde lagi ayah yang leh lea usik-
-balik kerja jumpa rumah kosong je.sebelum ni mak dan pak tersenyum je bila kami ber2 balik rumah-


Takpe.Tahun depan mak datang lagi ye.Leh kita jalan-jalan lagi.Dah plan nak berjalan jauh ngan mak tahun depan.Mintak mereka sihat-sihat je.

Khamis, 24 Mac 2011

CERITA TENTANG TIANG RUMAH

RUMAH KECIL TIANG SERIBU
RUMAH BESAR TIANG SEBATANG
LAGI KECIL DITIMANG IBU
SUDAH BESAR DITIMANG ORANG


Dulu mak kadang-kadang kalau mendodoikan adik ada jugak dia bawak lagu ni.
Tapi betullah kan.
Terutamanya anak perempuan.
Bila dah kahwin akan dibawah jagaan suami.
Tulah orang selalu cakap.
Anak 10 sekalipun, lastnya mak ayah akan tinggal berdua jugak.

SELAMAT HARI LAHIR

Alhamdulillah.Hari ni 24.Mac.2011 genaplah 30 tahun usia suami.
Hehehehe.Lea tua 4 hari dari suami.
Selamat Hari Lahir Abang.
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sihat selalu.
Terima kasih kerana jaga ayang dengan baik selama ini.



Rabu, 23 Mac 2011

CERITA BERMULA DENGAN BUDU

AUTO PUBLISH ENTRY

Time lunch pergi beli makanan seperti biasa.Suka beli dekat tempat makcik biasa.Dah ambik lauk semua, last sekali lea ambil ialah budu.Makcik tu dok perati je lea ambik. Dah tu dia tanya, anak ni org Kelantan ke?Bukan lea jawab.Dah tu dia kata, ingat orang Kelantan tadi sebab beli makanan je mesti beli budu. Hihihihi,Adakah muka ku ini muka KELANTAN?Org cakap lea jawa tu adalah.Mka mertua mula jumpa cakap lea ni jawa. Tang mana jawanya pun tak tau.

Tulah kan, kalau makan budu ingat orang Kelantan.
Kalau suka makan tempoyak mesti org cakap tak orang PERAK , orang PAHANG.
Kalau orang Sarawak mcm lea ni pulak? Hehehehe.Apa pun makan tolak batu di jalan dan kayu di hutan.Sebab gula batu dan ubi kayu lea makan. Sekarang ni dah tak kisah dah kan makan makanan dari negeri lain. Macam lea, fav.lea,

Laksa Penang
Nasi Kerabu
Nasi Dagang
Ikan Patin Gulai Tempoyak
Budu (sudah semestinya)
Yong Tau Fu


Makanan Sarawak...

Laksa Sarawak suka gak makan tapi kurang sikit sebab bersantan
Mi Kolok kalau supnya sedap oklah.Kalau tak...tak habis pun semangkuk kecil.
Tapi yang semestinya menjadi kegemaran ialah umai obor-obor , umai ikan dna umai udang.
Sedapnya......
Dekat umah dah ada dah obor2x.Mintak mak belikan .Dia beli 2kg hari tu. Heheehehe.
Suami pun suka makan gak.

KORANG LAK MACAMMANA?

Selasa, 22 Mac 2011

YANG SENTIASA DIKENANG

AUTO PUBLISH ENTRY

Pergi je KLUANG tempat yang harus lea lalu ialah INTAN.
Tempat lama ni.
Kat sinilah lea INDUKSI UMUM selama 2 minggu.
INTAN jugaklah jabatan pertama lea berkhidmat di perkhidmatan awam.
Dulu kerja dekat INTAN SARAWAK.
7 tahun bekerja disana.
Banyak pengalaman di kutip.
Dari KMKnya sekarang dah jadi KIK kan.
Tujuh tahunlah muka ni naik ke pentas kerana menjadi ahli kumpulan KMK.
Semangat bersepasukan sangat ketara antara kami.
Dah tu tujuh tahun jugak naik ke pentas untuk persembahan kebudayaan.
Menari, menyanyi, pukul gendang.
Hahahaha.Nak tergelak rasanya bila mengingatkan semua tu.
Bekerja di INTAN juga sangat sangat menyeronokkan.
Mungkin takkan jumpa lagi pengalaman sebegitu lagi.




AYOR ITAM

Balik dari kenduri di SIMPANG RENGGAM, singgah KLUANG.
Tempat lama...hihihihi.Lepas tu ke AYER HITAMlah kita.
Kalau dekat sini, biasalah kan pemandangannya.
Mak pun banyak dok mengangkut pasu-pasu untuk di bawa balik ke Kuching.
Sesekali orang tua berjalan.
Ayah pun sama.
Suka mengemas dan menghias rumah.
Nasib baiklah hujan dah turun sikit.
Kalau tak lagi lama lagi banyak ayah n mak membeli.
Bukan apa, kesian mereka nak bawak balik banyak sangat barang.
Dengan barang kahwin adik lagi.Barang yang mereka beli.







Isnin, 21 Mac 2011

KUEY TEOW DOLI

Time g TAIPING hari tu mak nak sangat makan KUEY TEOW ni.
Dia cakap dah lama sangat dia tak makan.Lebih kurang 33 tahun lepas.
Dia cakap rasanya masih seperti dulu.
Lea lak pertama kali makan dekat sini.
Jadi rasanya...oklah...dan yang buat sedap jugak tu, kerangnya banyak.
Lain kali kalau g TAIPING, harus pergi sini jugak.




KU GEMBIRA DISAMPINGMU

Ku gembira disampingmu
Tiap waktu disayangi
Kudibelai dan dimanja
Dengan kasih mu yang murni


Bersama-sama mereka membuatkan lea senyum sampai ke telinga.
Lea rasa happy sangat-sangat.
Time anniversary lea n suami mak, pak n pak mak mertua bersama meraikan.
Semalam time birthday lea mak pak pun ada bersama.


Mak ku sayang

Ayah ku kasih

Happy dapat bergambar begini

Tanpa mereka takdalah lea

Suka gambar ni.Suami,mak n pak.Tersenyum je mereka

Ahad, 20 Mac 2011

giveaway 3 sponsor: LIST OF WINNERS!


Alhamdulillah.
Sangkut lagi.Dua kali dah.hehehehe.
Tq abang eeq.


TODAY IS MY BIRTHDAY

Hari ni lea genaplah 30 tahun.
Tua dah lea kan.
Takda apa yang lea harapkan.
Cuma
Disihatkan tubuh badan
Dimurahkan rezeki
Sentiasa bahagia dan gembira
bersama
suami, keluarga,kawan-kawan dan mereka yang disekeliling lea.

Hadiah?
hehehehe
Dah tua dah pun.
Tak mengharap pun.
Cukuplah ingatan suami kejutkan lea ditengah malam wish
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.
Senyum sampai ke ke telinga.
Cukuplah mak wish lea
SELAMAT HARI JADI.SEMOGA DAPAT BABY GIK. Hehehehe.Insyaallah mak.
Ayah?
Senyum je.SELAMAT HARI JADI katanya.
Dikelilingi insan yang lea sayang sangat memberi makna pada lea.
Sangat menggembirakan hati ini.

Cuma satu yang dipinta
Moga keimananku PADANYA sentiasa kuat dan utuh.
Amin....

Sabtu, 19 Mac 2011

RAJA LAWAK MUSIM KE5


Semua sudah tahu pemenangnya kan.
Sudah rezeki MAN kan.
Raja Lawak Musim ke 5 ni sudah semestinya ZIZAN DAN JOHAN yang lea tunggu2x setiap minggu.Lawak mereka kadang-kadang membuatkan lea gelak sendiri.
Tahun lepas gelagat jurinya ARWAH DIN BERAMBOI sangat mencuit hati dengan gayanya yang gila-gila.
Tetapi tahun ni, hehehehehe DAVID TEO pulak yang mencuri perhatian dengan pantunnya yang kadang-kadang lari betul bunyinya.
Tapi sebagai anak Melayu bangga jugak bila bangsa asing mencuba untuk berpantun ini.
Tapi dia kena haluskan lagi tatabahasanya.Takpe...sekurang-kurangnya dia mencuba.
Tahun depan tak tahu lagilah mcm mana.
Kita TUNGGU....

ROMANTIK KAN MEREKA?

Suka lea nengok gambar-gambar mak n pak lea ni.
RomantiK jugak mereka ni.
Walaupun selalu gaduh gaduh manja.
Sweet sangat.
Suka pulak mereka bergambar kali ni.
Gambar ni diambik dekat LUMUT





FRESH FROM THE OVEN

Wajah-wajah dalam perjalanan ke SIMPANG RENGGAM.
Baru ambik jap tadi.
Lea mcm muka siapa ek?
Mak ke ayah?



PERJALANAN DI AWAL PAGI

Time ni dalam perjalanan ke SIMPANG RENGGAM.
Singgah dekat Kluang.
Dan petang nanti Insyaallah terus ke JB.
Perjalanan yang sangat panjang dan pasti memenatkan dengan kesihatan yang sangat-sangat tidak mengizinkan.

Jumaat, 18 Mac 2011

FROM TAIPING WITH LOVE

Sudah lama mak nak pergi ke TAIPING ni.Tempat dia dulu-dulu.
Alhamdulillah.Rasa gembira sangat sebab dapat gembirakan hati dia dengan membawa dia berjalan ke TAIPING.
Nampak rasa gembiranya.
Terserlah pada wajahnya.
Punyalah dia mencari kuaters tentera tempat dia dok dulu akhirnya terjumpa jugak.
Nun jauh di atas bukit.
Takde apa yang lebih menggembirakan hati anak bila melihat kegembiraan pada wajah ibunya.
Mak...lea sayang mak

Mak kesayangan lea


Hero-Hero ku.
Suka nengok gambar mereka berdua.

Mereka kesayanganku

ALIA ZAHRA

Alia Zahra.Sepupu lea paling kecik.Baru 2 tahun usianya,Duk dekat Sungai Siput Perak.Sangat suka nengok kelatahnya yang manja.Suka sangat kat suami lea.Mana bang shamnya pergi, situlah dia ada.
Malam bermalam dekat Sungai Siput kami nak g THE STORE sebab beg baju suami tertinggal kat Teluk Intan.Tak pasal-pasal kena beli baju baru.Alia ni pun nak megikut jugak.Dekat THE STORE lea berlari saja dok mengejar ALIA ni.Hilang manjang.Dia suka sangat dok pergi celah-celah kain baju.Cuma nampak kaki saja.
Kami nak pergi TAIPING dia pun nak pun nak ikut jugak.Dipujuk2x senyap jugak akhirnya.
Tapi bila nengok gambar ni rindu sangat kat dia.








Rabu, 16 Mac 2011

MAK DAN PAK



Dah 31 tahun perkahwinan mereka.
Kadang-kadang nak tergelak nengok mak dan ayah.
Ada masanya gaduh manja.
Ada masanya bergurau senda.
Kadang-kadang cakap pun macam orang nak gaduh.
Yelah....ayah dah tak berapa nak dengar sekarang.
Karang kalau kita besarkan sikit volume suara dia cakap kita meninggi suara.
Kalau tak tinggikan suara susah jugak.
Lain ditanya lain dijawab.
Lain kita nak dia buat lain dibuat.
Tu yang buat lea n suami gelak nengok gelagat mak dan pak kat umah.
Suami selalu tanya.

KITA BERDUA KALAU DAH TUA NANTI MCM MANALAH PULAK YANG KAN?



Isnin, 14 Mac 2011

NASIB BAIK....

Dalam perjalanan ke SUNGAI SIPUT dari KAMPAR, kami singgah dekat Kuala Kangsar dari sebelah keluarga biras.

Dah sampai dekat sebuah rumah kenduri ni.Temanya ungu.Dah parking, dah turun dari kereta, dan nasib baik rumahnya di bawah bukit.Abang ipar dah call dah kat mana.Dia tanya dekat mana?Suami cakaplah dah sampai.Dia cakap mana?Tak nampak pun.Sudah....kami dah sa;lah rumah.Nasib baik kami tak sampai lagi dekat rumah pengantin.

Lucu benar rasanya.Kalau dah sampai, dah duduk, dah makan, kalau org tanya cakap jelah kawan pengantin.


mak n mak mertua

susana



nilah pengantin yang betulnya

SINGGAH KAT KAMPAR

Dalam perjalaan ke Sungai Siput kami singgah dekat KAMPAR .
Kakak ipar ada tinggal dekat KAMPAR.

Nilah mak n pak bersama keluarga kak ipar .Dekat sini ada 3 je anaknya.Dia ada 6 anak.
Akak ipar kahwin dengan india masuk islam. Jadinya muka anak-anaknya semua ikut muka ayahnya. Anaknya 5 lelaki dan sorang je pompuan. Anak-anaknya ni sungguh pun lelaki tapi sangat sangat pandai membuat kerja-kerja rumah.Boleh diharap oleh mak dan ayah.


ENTAH BILA NAK JUMPA LAGI

Hari kedua di Teluk Intan.
Kami nak meneruskan perjalanan ke SUNGAI SIPUT.
Sebelum meneruskan perjalanan mak n pak dan mak n pak mertua ambik gambar sebagai kenangan.
Jumpa kali pertama 5 tahun lepas.
Lepas ni tak taulah bila nak jumpa lagi.
Insyaallah.
Panjang umur, ada rezeki akan jumpa lagi.
Minta dipanjangkan umur semuanya.


pak n pak mertua

Alhamdulillah.Dapat mengambil gambar mereka berempat selepas 5 tahun lepas.

Mak n pak di rumah mertua

Sabtu, 12 Mac 2011

PAK MERTUA BELANJA MAKAN

Semalam pak mertua belanja kami makan.
Yelah..dia baru dapat duit felcra.
Ajak makan, terus cakap jom.
Suami nak bayar dia cakap tak payah.Abah belanja hari ni.


Tauke besar yang belanja

Lea order nasi ayam

Dan semestinya sate kak mun