MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 28 Februari 2011

MALAM PENGHAGRAAN

AUTO PUBLISH

Selepas seminar dijalankan, pada sebelah malamnya pulak diadakan MALAM PENGHARGAAN bagi para bersara, yang meninggal dunia dan yang tela berhenti selepas 15 tahun berkhidmat.

Time ni sekali lagi menjadi urusetia pendaftaran. Seronok melihat para pesara yang datang.Terasa diri mereka dihargai. Terpikir pulak tentang diri ini, lagi 25 tahun lagi akan berkhidmat.Insyaallah jika umur panjang.


Tetamu yang hadir.
Dewan yang lengang sudah dipenuhi dengan jemputan.


SEMINAR DI PETANG AHAD

AUTO PUBLISH

Jadi urusetia untuk pendaftaran seminar.
Ramai jugak yang datang.Lebih 300 lebih orang.
Penceramahnya..
RIDUAN TEE.Tak sempat nak ambik gambar.
Sibuk sangat.Tapi seronok sebab boleh kenal ramai orang.
Kadang-kadang kenal melalui nama, dengar suara dekat telefon.
Tapi kali ni boleh bersua muka.

AuditoriuM tempat seminar.Lea jaga pendaftaran jadinya dok kat luar je.

Ambik gambar ngan ida selepas selesai urusan pendaftaran

Persiapan untuK malam pulak.Urusetia pendaftaran ngan cenderahati

Keadaan dewan yang masih lagi lengang.


Ahad, 27 Februari 2011

LEPAK MAKAN BURGER

Malam-malam jika boring sangat dekat rumah lea dan suami suka g Putrajaya.
Perjalanan pun tak jauh.Dalam 10 minit je.
Beli burger malaysia 2.Beli air bungkus.
Dok lepak dekat ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA.
Ramai gak orang yang dok lepak situ malam-malam.
Ada yang bawak keluarga.
Suka sebenarnya tengok lampu-lampu kat Putrajaya ni .





PERARAKAN MAULIDUR RASUL LAGI

Semalam PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK TAMAN PUTRA PERDANA membuat perarakan maulidur rasul untuk kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun.Perjalanan sejauh 1.4 km.Korang boleh bayangkan lah nak menjaga budak2x ni.Tapi nasib baik jugak mak n pak mereka mengiringi mereka juga.

Yang lucunya mana yang dilihat dah tak larat tu angkat terus letak dalam van.Dahlah panas time ni.Tapi semangat mereka tu....suka nengok. Yang menjaga keselamatan mereka pun kena jalan 1.4 km jugak.Berasa jugak... hehehehe.



Sabtu, 26 Februari 2011

SUPER SUPER BZ

Tak sabar nak nunggu isnin ni.
Sebab semuanya dah settle.
Tinggal nak buat bedah siasat je kot.
Minggu ni bz sgt sgt.
Esok kena kerja lak.Dari tgh sampailah ke tengah malam kot.
NI GAMBAR JUMAAT TIME BUDAK OPIS TENGAH SEDIAKAN HADIAH-HADIAH

Jumaat, 25 Februari 2011

SALAM HARI JUMAAT

Assalammualaikum dan selamat pagi semua.
Seronoknya sebab hari ni dah hari jumaat.
Maknanya esok cuti.
Tapi ahad lak lea kena p kerja gak.
Takpelah.
Sesekali.

Ok semua.
Mulakan hari anda dengan senyuman k.

Khamis, 24 Februari 2011

JOM KITA BER DOMINOS PIZZA

Hari ni balik kerja, singgah kat Dominos Pizza Puchong.
Dekat sangat-sangat dengan rumah.
Malas nak masak punya pasal.
Penat sangatlah rasanya.
Lagipun pinggang sakit semacam je.Align Center



Tak noleh kiri kanan lagi tu..

TAK SABARNYA

Settle sudah booking flight untuk mak dan pak datang.
Tak sabarnya tunggu 10 hb ni.
Mereka dekat sini sampai 27hb.
Jadinya 17 hari mak n pak kat sini.
Boleh bawak mereka balik kampung jumpa besan.
Mak pun teringin dah nak jumpa besan.
Lama dah tak jumpa besan.
Rindu sangat sangat kat mak dan pak.
Banyak tempat dah plan dah bawak mereka jalan-jalan.
Yang penting mak nak ke TAIPING.
Tempat dia time muda remaja dulu.

Puas pujuk mak suh dia datang sini.
Last-last termakan pujuk jugak.
Yelah sesekali biarlah mereka datang sini.
Bagi mereka jalan-jalan kat sini.


Rabu, 23 Februari 2011

TAK SIHAT HARI NI

Pinggang sangat sangat sakit.
Nak duduk pun sakit.
Tak larat ni.....

Selasa, 22 Februari 2011

KUEY TEOW LAGI

Semalam jiran bagi kuey teow yang tak digoreng lagi sebanyak sekilo.
Banyak tu kan.
Dia bagi dekat semua yang ada dekat surau semalam.
Jadinya menu malam ni kuey teow lagilah.
Hari ni cuma letak sotong.
Masak untuk ngam-ngam 2 orang. Nak buat banyak rencah tak cukup.
Dah tu jiran pulak hantar kuey teow .Ada udang, ada kerang.
Jadi ada 2 jenis kuey teow goreng yang berlainan pesyen malam ni.
Rezeki.Tak habis lea leh panaskan esok.Wat bekal.
Tak elok membazir kan.


DALAM BELON@KAPAL TERBANG

Lea teringat suatu peristiwa bila lea baca entri SANGAT SELESA NAIK MAS dekat blog KOMENSEN .

Cerita ni nak tergelak pun ada.Kesian pun ada.
Time ni lea naik flight dari Kuching ke KL.
Naik BISNES CLASS.Dulu kalau first flight ke KL , kalau kita naik dengan bisnes class kita cuma tamabah RM15 je dari tiket ekonomi yang dah kita beli.
Merasa jugaklah naik banyak kali BISNES CLASS ni dulu.Heheehehe.Berlagak je bunyinya.Sanggup tu naik first flight.Awal pagi tu....

Kalau dekat bisnes class, kita akan di bagi tuala panas.Apa fungsinya lea pun tak tau.
Adalah sorang pakcik ni, duduk sebelah row seat lea.Bila pramugari bagi tuala panas tu, dia tanpa memeriksa terus makan tuala tu. Lea tercengang.Terkedu sekejap, Org lain yang nampak kejadian tu boleh gelak .Lea pun gelak gak.Tapi gelak dalam hati je. Sebab kesian tau nengok pakcik tu.

Lepas tu pakcik tu nengok lea dan cakap.

Pak cik manalah tau itu tuala.Ingat kuih gulung tadi.Dahlah panas.

Isnin, 21 Februari 2011

MAKAN MALAM KAMI

Malam ni lea masak kuew teow je. Permintaan dari suami.
Lea ok je.Senang sikit nak masak.
Dalam peti sejuk ada isi kerang,ada udang ada sotong dan ada sotong kembang.
Suami cakap cuba try letak sikit sotong kembang.
Sedap jugak rupanya.
Sekejap je masak. Senang dan simple.
Jemput makan semua.

MENU KU DI TGH

Hari ni makan mi ladna je.Teringin pulak nak makan.
Dok renung-renung,
Dok lihat-lihat cara pekerja kedai membuatnya,
Dah tu dok belek-belek mi ladna tu
rupanya sangat senang membuatnya.
Tapi....
M banyak sangat dalam badan.
M.A.L.A.S

PERARAKAN MAULIDUR RASUL PART 4

Bermulalah perarakan.
Sepanduk dengan pelbagai jenis.
Baju pelbagai warna.
Kemeriahan sangat terasa.
Yang paling menyentuh hati alunan salawat keatas Nabi Muhammad S.A.W sepanjang perjalanan selama 50 minit dengan perjalanan sejauh 2.4 km.
Gambar akan menceritakan segalanya.














SUNGGUH BERSEMANGAT AKU

Selalunya hari ISNIN, Lea sangat-sangat malas nak pergi kerja,
Monday Blues. Nak bangun dari tido pun malas yang amat sangat.
Tapi....
Hari ni berlainan sangat.
Jam 4 memang sudah semestinya sedar dari lena.
Mandi, bersiap dan panaskan PAU YIK MUN yang dibeli dekat TANJUNG MALIM hari tu.
Panaskan 3. 1 untuk suami.2 untuk lea bawak bekal.
Lepas suami solat subuh terus gerak g opis.
Sampai-sampai dekat opis, lif pulak tak beroperasi lagi.
Kenalah naik tangga setinggi 3 tingkat.
Lenguh kaki semalam pun tak hilang lagi.
Tambah pulak lengih naik tangga.
Takpe...boleh jugak buat senaman pagi.
TAK LAMA LAGI SLIMLAH LEA.

ahaks....hihihihi


PERARAKAN MAULIDUR RASUL 1432 PART 3

Alhamdulillah.Kami dah sampai dekat masjid. Sementara menunggu kumpulan lain datang, kita ambik gambar dulu sebagai kenangan.

Nilah semua para suami yang terlibat.

Ni pulak para isteri.

Ni pulak anak-anak yang terlibat

Posing sekejap. Nak menunggu orang lain berkumpul

Bergambar ngan anak yob

Disediakan sarapan pagi.Nasi lemak ,karipap ngan air teh.Alhamdulillah

Ahad, 20 Februari 2011

PERARAKAN MAULIDUR RASUL 1432 PART 2

Selepas semuanya berkumpul kami pun memulakan perjalanan ke MASJID PUTRA PERDANA.Ingatkan naik kereta tapi tak.Berjalan kaki jugak.Perjalanan adalah lebih kurang 10 minit.Berasa jugak kaki ni.Tapi perjalanan yang menyeronokkan.Semangat berkobar-kobar tu.

Masih lagi di dalam Ruvena Villa

Kaum wanita

Tak lama lagi sampailah kat masjid

Nilah masjidnya.Time ni tak ramai lagi org datang

PERARAKAN MAULIDUR RASUL 1432 PART 1

Hari ini adalah Hari Perarakan Maulidur Rasul di TAMAN PUTRA PERDANA.
Jam 7.00 pagi kami semua berkumpul di Dewan Ruvena Villa.
Ada yang telah lama lea kenal.
Ada yang baru pertama kali lea jumpa.
Kalau dah kenal sekurangnya bila berjumpa boleh bertegur sapa ataupun sekurangnya berbalas senyuman.

Suami bersama rakan yang turut serta

Kaum wanita menunggu dengan sabar

Yang lelakinya juga sabar menunggu

Di sudut lain ada yang tengah menyediakan sepanduk


HAPPY BIRTHDAY YAN


Hari ni hari lahir adik lea MAZIAN yang ke 24.
Tak lama nak kahwin dah.
Bulan Jun nanti.Dah tak lama dah tu kan.

Buat YANN

SELAMAT HARI LAHIR AKAK UCAPKAN.
SEMOGA PANJANG UMUR
&
DIMRAHKAN REZEKI SELALU.
MENJADI ANAK YANG BAIK KEPADA
MAK & AYAH KITA




Sabtu, 19 Februari 2011

KASYAF IMANI


Sapa yang ada nengok cerita ni malam khamis lepas.
Lea leh terlupa ngan cerita ni walaupun memang nak sangat sangat nengok cerita ni.
Lastnya nengok setengah je cerita ni.
Banyak sangat babak yang menyentuh hati bila nengok cerita ni.
Ada ketikanya menitis jugak air mata.

Yang paling lea ingat babak kasyaf berbual ngan kawannya tentang kematian kawan mereka.
Tentang alam kematian.
Sebelum tu si mati boleh membayangkan dia berenang-renang di neraka kerana dosa yang menimbun.Itulah yang Kasyaf katakan, jika dia tau dia nak mati esok, adakah dia akan menyatakan atau membayangkan yang sedemikian.

KALAULAH KITA TAU BILA AJAL KITA..........

Jumaat, 18 Februari 2011

7.30 MALAM BARU KELUAR DARI OPIS

Alhamdulillah.
Dapat jugak siapkan semua sebutharga sebelum jam 9 malam.
Itu adalah target lea.
Jam 7.30 dah leh keluar dari opis.
Takut sebenarnya nak stay sebab dah gelap sangat.
Lampu automatik jam 6-7 mesti terpadam.
Pemilik bangunan yang padamkan.
Nasib baik untuk bilik mesyuarat ada lampu sendiri.
Tapi tak berani dah nak masuk bilik.
Takut lea, karang tertengok , terpandang sesuatu.
Lea ni ada masa berani , tapi banyaknya takut lah.
Tapi yang penting sekarang
Lea dah dekat rumah.
Dah mandi.
Dah makan.
Jap lagi nak tido.
penat sgt....

HARI NI SANGAT BZ

Pengalaman pertama membuka peti sebutharga.
Banyak jugak yang kena dibuat.
Baru habis satu sebutharga.
Petang karang nak buka lagi satu.
Orang lain lunch jam 12.15 tengahari, lea lak jam 1.30 petang.
Ni mau balik malam ni.

Pengalaman baru.
Boleh belajar benda baru.
Sekurang-kurangnya kita tahu.

Khamis, 17 Februari 2011

PENAT SANGAT KE??

A'ah hari ni lea sangat-sangat penat.
Dengan sakit pinggangnya...Yelah..time ni tengah masanya.
Rasa nak balik je tengah hari tadi.
Tapi fikir juga.
Kerja banyak.Takkan nak tinggalkan macam tu je.
Nak kena siapkan.
Bos yang nak sign surat esok takde.
Harus mengejar tandatangan dia hari ni.

Petang tadi selesai juga semuanya.
Alhamdulillah...
Esok baru nak fakskan.

Rabu, 16 Februari 2011

ANDAI KU TAHU BILA TIBA AJALKU...

Al-fatihah.Hari ni seorang haji di kejiranan lea telah kembali ke rahmatullah.
Dia selalu azan dekat surau dekat tempat lea tinggal.
Agak rapat dengan suami.
Suami cakap dia baik dan agak pendiam.
Tapi kadang-kadang suka bergurau.
Dah dekat seminggu di hospital.
Tak sedarkan diri dan bergantung dengan alat pernafasan.
Tapi takdirnya hari ni dia pegi juga.
Suami dok sampaikan dekat lea.
Sedekahkan apa yang kita mampu.
Tapi kali dia lea menitiskan air mata.
Tak tau kenapa.Mungkin terbayangkan dia melambaikan tangan dekat suami ketika kami lalu dihadapan rumahnya bila kami keluar.
Terbayang-bayang lea tika dan saat dia melambaikan tangannya itu.

Al-fatihah.
Moga rohnya dicucri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman.

TIKET BELON TENGAH MURAH

Sapa-sapa anak perantau yang nak balik kuching, air asia tengah mengadakan promosi.
Untuk maklumat lanjut lawatilah laman web dibawah.

http://www.airasia.com/my/en/home.html

Selasa, 15 Februari 2011

JOM KITA MINUM PETANG

Petang tadi jauh sikit lea dan suami minum petang.Kami pergi ke Puchong Perdana.Pergi sana sebab nak makan roti nan.Roti nan kat sana sedap sikit.Makan roti nan mesti share ngan suami.Sebab banyak sangat.

Hari ni lea order teh ais.Fav.lea ni.


Kali ni order cheese nan.Sedap jugak rasanya.


Dan semestinya ayam tandoori. Yang lea suka sosnya tu.Mayonis ngan daun pudina.Pergh...Sedap.

MAULIDUR RASUL

Hari ni HARI MAULIDUR RASUL.
Cuti umum.
Dekat tempat lea takde perarakan dibuat.
20 hb ni baru ada perarakan.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Isnin, 14 Februari 2011

AMBAL

Pergi pasar borong semalam lea seronok sangat sebab jumpa ambal.Dekat sini tak taulah org panggil apa.Dekat sarawak. kami panggil ambal.Sangat sedap direbus saja atau buat tumis kering.Dekat sana kadang-kadang dibuat masak kari kering.Harga dekat pasar borong semalam sekilo RM12.Oklah...Kalau dekat sana sebakul kecil org jual tepi jalan kalau dekat area santubong dalam 6-8 ringgit.Jom kita makan ambal.


HARAP SEMUANYA OK

'Dia 'pergi hospital petang ni tadi.
Ada appointment ngan doktor.
Risau jugak di hati ni.
Tak senang duduk dibuatnya.
Tak senang hati rasanya.
Call tadi tanya, dah check ke?
Dia cakap dah.
Tanya doktor cakap apa?
Nanti cerita katanya.
Bunyinya macam sedih je.
Bunyi macam susah hati je.
Mintak-mintak takde apa.

SEUTAS GELANG ZAMRUD

Kisah ni lea pernah baca 9 tahun lepas. Tadi terjumpa lagi kisah ni.Sekadar untuk berkongsi.

Sapura menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak kari kapitan kepala ikan merah kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya.. malam ini Fadley suaminya yang tercinta akan pulang.

Sengaja Sapura mengambil cuti kerja setengah hari. Hari ini anak anaknya Sukinah dan Rosli siang-siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Fadley.. lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu… malah tiga hari lagi genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka.

Alhamdullilah. . walaupun perkahwinannya dengan Fadley mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya.. ternyata Sapura tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa Sapura anaknya yang berkelulusan universiti.. jatuh hati dengan Fadley yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah. Sapura faham.. bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang Fadley tidak akan dapat membahagiakan Sapura anaknya yang cuma seorang itu.. dengan gaji Fadley sebagai kerani. Tetapi Sapura sudah nekad. Dia tahu Fadley bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita cita dan matlamat hidup yang tinggi.

Buktinya Fadley sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting..Fadley menyintainya sepenuh hati. Perlahan Sapura mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang tuanya, Sapura diijab kabulkan dengan Fadley dalam majlis yang penuh ceria.

“Assalamualaikum. …..” kedengaran suara memberi salam. Sapura tersentak.

“Abang! Walaikumsalam. ..” senyumnya melebar melihat Fadley dibelakangnya. Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah di dahi Sapura. “Terperanjat Pura!Bila abang masuk? Pura tak dengar bunyi pintu dibuka pun?”. “Saje aje. Nak suprisekan Pura!” Fadley membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Sapura. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Fadley. Mungkin Fadley beli “perfume” yang baru dari Penang , fikir Sapura.

“Eh! kata abang berangkat pagi ni.. takkan baru pukul tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?” “By air…” ringkas jawapan Fadley. “Habis kereta abang?”. “Pada Mat Noor…” jawab Fadley. “Oh patutlah..” Sapura hanya menganggukkan kepala.

Dia kenal benar pada Mat Noor.. salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun.. Mat Noor menumpang kereta Fadley. Sementara Jeffri rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu.. menumpangkan Awang Sabaruddin rakan kongsi mereka yang ke empat. “Hah! Jeffri tak ikut abang balik ke?. Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu….”
tanya Sapura.

Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Jeffri, rakan baik suaminya itu yang masih membujang. “Nanti dia datang…… .” ujar Fadley. “Mana budak budak Pura…?” tanya Fadley. ” Ada dalam bilik..tidur kepenatanlah tu….main basikal satu hari.” “Basikal?” tanya Fadley.

“Hah ah.. ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu..” jawab Sapura sambil meletakkan milo ais kegemaran Fadley di depannya. “Abang laparlah..belum makan. Pura masak apa?”. “Ah…. Pura masak lauk favourite abanglah…” senyuman Sapura melerek. “Kari kapitan?” teka Fadley. ” Apa lagi……” “Bagus jugak tu… Pura siapkan makan. Abang nak tengok budak budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang….”. “Habis dengan lamanya tak rindu ke?” usik Sapura. “Tersangatlah rindu…..” jawab Fadley lalu mengucup dahi isterinya lagi. Sapura tersenyum melihat Fadley berlalu. Kasih sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Fadley yang penyayang.

Fadley terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi disaat ini mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. Fadley merenung kedua dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Dikucupnya pipi mereka bergantiannya. Airmatanya tiba tiba mengalir. Apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya?. Itulah yang selalu Fadley fikirkan. Dia tahu.. Sapura seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun rintangan pasti Sapura dapat mengatasinya. Namun nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian. Sapura masuk ke bilik anak anaknya perlahan-lahan. Sempat dia melihat Fadley menyeka airmata. Sapura hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat Fadley menangis selain selepas waktu mereka sudah siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga menikahi Sapura walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah Sapura. “Bang…. kenapa ni…?” Fadley mengangkat muka memandang Sapura.

“Pura…kalau apa apa jadi pada abang.. Pura jagalah anak-anak kita baik-baik. Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya.. .” ujar Fadley lembut. “Eh….apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan. Pura dah siapkan tue”. Pura janji dengan abang dulu….” rayu Fadley. Sapura merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Fadley hari ini. Tidak pernah seingatnya Fadley berperangai pelik seperti ini. “Yalah…Pura janji. akhirnya Sapura bersuara tidak mahu memanjangkan teka teki ini lagi. “Pura…abang ada belikan Pura sesuatu….” ujar Fadley sambil menyeluk poket seluarnya.

“Eh……gelang zamrud….” senyum Sapura tatkala melihat seutas gelang
tangan zamrud yang berkilauan. “Pura ingat tak gelang nie?”. Gembira benar hati Fadley melihat keriangan di wajah Sapura. “Ingat!!!!!” Sapura mengerutkan dahinya sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung pada gelang itu. “Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai mas di Komtar? Pura suka sangat tengok gelang tu. Masa tu.. abang tak ada duit nak belikan Pura. Tapi abang janji pada diri abang.. satu hari abang akan belikan juga gelang tu untuk Pura.

Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan Jatt.. abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli….”. Terpegun Sapura mendengar cerita Fadley Sungguh tidak disangka setelah sekian lama.. Fadley masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih sayang Fadley selama ini sudah cukup buatnya. “Terima kasih bang….” Sapura memeluk suaminya.

“Happy seventh anniversary sayang….I love you…”. bisik Fadley ke telinga Sapura. “I love you too..” balas Sapura. Air jernih mula tergenang di anak matanya. Dalam kesyahduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang. “Jeffri agaknya tu….” bisik Fadley. “Tak pa. Biar Pura yang buka pintu….” Sapura bangun melepaskan pelukannya. “Pura….”Fadley menyambar tangan Sapura. “I love you…very very much…..” Fadley mengucup tangan Sapura.. penuh kasih. “Me too..” jawab Sapura pendek.

Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya. Sebaik saja pintu terbuka.. terpacullah wajah Jeffri dengan rambut yang kusut masai. “Hai..Jeffri. Apa kena dengan kamu? Selalunya “smart” memanjang. Hari ni lain macam aje?” usik Sapura. Jeffri hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melabuhkan punggungnya di sofa.

“Puraa…can you please sit down..”, pinta Jeffri. Sapura mengerut dahi. Apa kena dengan si Jeffri ni agaknya? detik hatinya.. “Please…I have something very important to tell you…” pinta Jeffri lagi. Sapura semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. Jeffri tertunduk.

Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya. “Pura…apa pun yang Jeffri nak sampaikan ni.. Jeffri nak Pura sabar dan bertawakal. Terimalah dengan hati yang tenang…” perlahan ayat yang keluar dari mulut Jeffri. “Apa yang you merepek ni Jeffri?”. Teka teki terus bermain di benak Sapura. “Pura……. Fadley… …Fadley kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Pura…” tersekat sekat kekata itu keluar dari mulut Jeffri. Sapura tertawa kecil.

Sandiwara apa pulak yang Jeffri lakonkan nie..mengarut betul? Fadley kan ada di rumahnya tika dan saat ini. “Apa ni Jeffri…kalau nak bergurau pun biarlah bertempat… ” balas Sapura. “I’m serious Pura…..Jeffri yang saksikan sendiri.. “Sapura terpegun. Mana mungkin Jeffri berkata benar sedangkan suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak-anaknya, gurauan apakah ini..gumamnya sendiri… “Jeffri….. apa yang Jeffri repekkan ni…Fadley kan dah balik.

Dia ada dekat bilik anak I.. I baru berbual dengan dia” ….”Apa? Fadley dah balik?” terbeliak mata Jeffri. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala Fadley di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang terakhir. Malah dia sendiri melihat bagaimana Fadley dirempuh lori tanah ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Bukit Merah tadi. Dan setelah jenazah Fadley dibawa ke hospital dengan diikuti Mat Noor dan Awang Sabaruddin, dia terus memecut menuju keJohor Baru untuk ke rumah Fadley. Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Sapura sendiri. Dia tahu betapa
wanita ini menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah ini dia telah menelefon Mat Noor untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Fadley pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin Fadley pulang ke rumah?

“Jeffri…you dengar tak apa Pura cakap? Fadley dah balik…” Sapura mengejutkan Jeffri dari lamunannya. “Pura….Jeffri tak tahu apa nak kata apa. Tapi percayalah, Jeffri sendiri yang melihat kejadian itu. Fadley meninggal di pangkuan Jeffri… “Bohong…Fadley dah balik…Nanti biar Pura panggil dia….”

Sapura semakin binggung. Apa tujuan Jeffri ..bercerita yang bukan-bukan padanya?. Pantas dia menjenguk ke bilik anak anaknya. Fadley tiada di situ. Ah! Tentu Fadley di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga sambil memanggil nama Fadley. Tiada respon, Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu Fadley mungkin ke sana . Tiada juga.

Akhirnya setelah penat mencari.. Sapura terduduk di ruang makan. Disamping makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan kanannya. Apakah benar yang Jeffri sampaikan? Mimpikah dia? Jeffri hanya memerhati gerak geri Sapura. Pilu hatinya melihat Sapura berlari ke sana sini mencari Fadley yang dikatakan sudah pulang. “Pura…arwahnya mengamanatkan sesuatu…” Jeffri menghulurkan kotak berwarna merah. Sapura hanya mampu memandang tanpa suara. Dia masih binggung. Namun kotak yang Jatt hulurkan disambut juga.

Perlahan lahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang zamrud. Terlopong mulut Sapura. “Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. Kelmarin masa arwah beli,Jeffri pasti benar ada seutas gelang zamrud bersama subang tu…tapi puas Jatt cari.. tak jumpa juga” sayu je suara yang keluar dari mulut Jeffri. Sapura memandang Jeffri. Terkedu. Air jernih sudah deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Fadley.

Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya. “Ini ke Jatt?” tanyanya
perlahan. Jatt tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya semasa Fadley
membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus putus Fadley menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Sapura. Tapi macam mana pula benda itu boleh berada pada tangan Sapura?.

Apakah benar keterangan Sapura bahawa Fadley sendiri yang pulang menghadiahkan gelang itu kepada Sapura? Kalau benar.. bagaimana? Yang nyata di bumi Allah ini tiada yang mustahil dengan izinNya. Sapura hanya mampu menangis. Dia memandang kari kapitan yang belum tersentuh dan milo ais yang belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis.

Kalau benar Fadley sudah tiada….sebagaimana kata Jatt.. siapa pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya? Sungguh sukar untuk Sapura menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang rumahnya
di penuhi dengan bacaan surah Yassin.. Sapura masih mengharap akan
kepulangan Fadley.. sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Fadley tiba di rumah.. barulah Sapura yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya…

SUNYI SEPI HARI NI

Hari ni semua kakitangan ada perjumpaan dengan KP pada sebelah petang .
Paginya pulak ada yang meeting, ada yang akan buat persiapan untuk petang nanti.
Tinggallah beberapa orang sahaja petang ni.

Ada yang mengambil kesempatan mengambil cuti hari ni.
Ada yang memang sudah mengisi borang.
Ada pulak yang EL hari ni.
Ada jugak yang MC hari ni.
Yelah esok cuti MAULIDUR RASUL kan.


Hari ni pulak 14.02.Ada jugak yang menyambutnya.
Semalam suami dan beberapa orang yang lain buat operasi di kawasan kejiranan.
Lea sedar jam 4.00 pagi bila suami masuk ke bilik.
Bila masa dia kuar pun lea tak sedar.
Suami cakap ada jugak yang kena cekup semalam.
Dan semestinya anak melayu kita yang beragama islam.
Dan terselit jugak mat dan minah indon yang tak bawak permit yang dikatakan tertinggal dekat rumah.
Macam-macam..

Sabtu, 12 Februari 2011

GUBAHANKU

Tadi tengok talk show SITI.Pembukaan dengan lagu GUBAHANKU.Tadi betul2x menghayati lagu tu.sedap jugak bunyinya.






Gubahanku

Ku tuliskan lagu ini
Ku persembahkan padamu
Walau pun tiada indah
Syair lagu yang ku gubah

Ku ingatkan kepadamu
Akan janjimu padaku
Hanyalah satu pintaku
Jangan kau lupakan daku

Walau apa yang terjadi
Tabahkan hatimu selalu
Jangan sampai kau tergoda
Mulut manis yang berbisa

Setahun kita berpisah
Serindu terasa sudah
Duhai gadis pujaanku
Cintaku hanya padamu

HARI SABTU PUNYA MENU

Hari ni lea tak masak.
Lauk semalam ada lagi.Panaskan je.Jangan membazir.Lagipun masih elok .Suami pun cakap tak payah masak.Oklah tu kan.Dapat rehat sikit dan tumpukan perhatian mengemas rumah.Buang apa yang patut dibuang.Baik buang awal-awal.
Lauk lea semalam ialah...........................

ikan kembung masak lemak

ayam goreng kunyit

sayur kangkung tumis belacan

Jumaat, 11 Februari 2011

PAKAI SAMPING

Lea bila nengok gelagat 2 org ni memang nak gelak.
Suami ngan anak sedara.
Yang menolong tu kalau dia yang pakai samping lea yang teruk nak menolong dia.
Sampai 3-4 kali baru betul dok betulkan samping.
Time ni anak sedara jadi pengapit kawannya yang kawin.
Yang buat susahnya kat sini, anak sedara tu kurus sgt.
Macam nak terlondeh je dah.