MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 30 Januari 2011

NAK RAYA JUGAK KE??


Hari ni suuami g gunting rambut.
Gayanya mcm dia nak beraya jugak.
Nilah kedai fav. dia.
Dia paham n tahu style suami mcm mana.
Yang kita ni kenalah menjadi peneman kat kedai tu.
Nasib baik banyak majalah HAI & URTV yang boleh dibaca.
Semuanya keluaran terbaru lak tu.
Jadinya tak payahlah beli.
G teman suami ke sini boleh baca sekali majalah yang ada

SELAMAT PENGANTIN BARU

Hari ni hari perkahwinan NISAH & ZAIDI
di KUCHING.
Sedihnya tak dapat datang.
Lea & Suami jauh nak datang.
SELAMAT PENGANTIN BARU
BUAT KALIAN BERDUA.
SEMOGA IKATAN YANG DIBINA KEKAL UNTUK SELAMANYA.


Sabtu, 29 Januari 2011

LIMAU

Pergi bengkel semalam ada masalah dekat kereta.
Ddk sekejap situ.
Dah biasa ngan bengkel tu.
Tokei tu suruh makan limau.
Banyak lak tu berkotak2x.
Mula-mula ambik sebiji.
Pergh...Manisnya.
Last2x, makan punya makan sampai lima bijik.
Dah tu terkejut nengok.
Dalam hati mcm sendiri punya limau.
Cakap ngan tokei, sorilah termakan banyak pulak.
Takpe kak, dah dibeli untuk makan bukan untuk pameran.
Pandai pulak cina ni cakap.



Jumaat, 28 Januari 2011

LAKSE

Betul ke sebutannya dalam dialek KELANTAN.
LAKSAM.
Lea suka makan laksam.
Dulu kat opis lama adalah kawan yang jual.
Sedap gak laksam dia.
Semalam jumpa kat kedai akak tak jauh ngan rumah.
Sedap gak.
Tapi laksamnya agak tebal.
Kalau nipis sikit lagi sedap.

KURSUS SEMALAM

Kursus semalam betul-betul mengingatkan lea dengan kerja lama lea .
Memasukkan maklumat kursus.
Memasukkan koding kursus.
Memasukkan objektif kursus.

Seronok pulak rasa.
Yelah.Terkenang kembali kerja lama.
Zaman mula-mula mengenali alam pekerjaan.
.
Kelas kosong.Peserta lain minum pagi.Lea malas nak keluar.Lagipun kenyang lagi



SAYA MENANG RM 5000!!!!

Dapat message di bawah dari AYURASHIDAH

ada surprise utk awak ye :
http://ayurashidah.blogspot.com/2011/01/pemenang-rm-5000.html

Terkedu sekejap.Bila masa masuk GA/CONTEST kat blog dia.Masuk blog dia selalulah.Ada entri dia yang menarik.Tu yang letak link blog dia kat BLOGLIST. Rupanya sebab ni lea dapat RM 5000 (tambah titik kat tengah2x ye).

http://ayurashidah.blogspot.com/2011/01/pemenang-rm-5000.html

Terima kasih ye ayu.
Pagi-pagi jumaat dapat msg yang sangat-sangat mengejutkan.

Khamis, 27 Januari 2011

HARI NI HARI APA?

Taulah hari ni HARI KHAMIS.
Esok HARI JUMAAT.
Jadinya????
MALAM NI MALAM JUMAATLAH. (jgn pikir kelain)

Malam ni nak tido awal.
Rasa penat sangat2x.
Esok suami balik.
Seronoknya.
Taklah sunyi kat umah.
Dia takda memang rasa sunyi sangat dah.



SAYA KURSUS HARI NI

Hari ni KHAMIS 27.01.2011 saya berkursus di KL.
Diharap kursus hari ni ok.
Tak membuat lea ngantuk.

Rabu, 26 Januari 2011

KITA IKUT PERATURAN TAPI....

Kita berhenti bila lampu merah
tapi
orang yang langgar kereta kita dari belakang
bila lampu merah.

Kita betul di jalan lurus
tapi
yang keluar simpang main kuar je.

Kita boleh keluar dari simpang tengok kereta kiri dan kanan
tapi
yang berjalan kaki main lintas je.

Kita ikut peraturan ikut kanan jika hendak memotong
tapi
punya laju potong kereta kita ikut kiri.


Kita dah ikut peraturan
tapi kerana yang lain main ikut suka
kita juga yang kena.



MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA.

Jangan terpedaya dengan tajuk di atas.


Lea suka makan sayur rebung.
Masak lemak campur pucuk manis sedap.
Masak lemak campur perut sedap.
Dihidangkan bersama ikan masin.
PERGH......Sangat-sangat menyelerakan.
TETAPI
Makan rebung anginlah...
Dan takda teman nak makan.
Suami g Johor.
Nanti nak wat gaklah.
Teringin sangat dah rasa ni.



Isnin, 24 Januari 2011

BABY SAWI

Kalau pergi mana-mana kedai nak beli sayur, BABY SAWI je lea beli.Ada nama lain kan.Tapi lea suka panggil BABY SAWI.
Lea suka makan.Kadang2x celur macam tu je.Kadang-kadang masak ngan sos tiram.
Suka cari yang comel-comel je.
Kalau masak jangan terlalu masak.Suka makan kalau batangnya yang rangup.
Korang lak suka sayur apa?


PANAS/HUJAN/MENDUNG

Panas takpe.Mendung pun takpe.
Tapi janganlah hujan petang ni.
Lea takut nak drive time hujan.
Macam-macam dipikir.
Tu yang kadang-kadang air mata mengalir sama macam lebatnya hujan.
Yang paling lea takut bila air bertakung kita lalu.
Sebab pernah ada pengalaman dengan suami, waktu malam, hujan lebat.
Lalu dekat takungan air.Dah tak nampak jalan
& masuk ke lorong yang bertentangan.
Nasib baik takda kereta time tu.
Suami muka dia dah pucat dah.
Lea lagilah.....

TEH TARIK SATU!


Nikmatnya kalau pagi-pagi boleh menikmati teh tarik di kedai mamak.
Order sekali ngan roti canai kosong.
Kadang-kadang tak cicah kari dan dhal pun sebab sedap di makan begitu sahaja.
Pagi tadi tak sempat nak singgah.
Petang karang kalau sempat singgahlah.

Ahad, 23 Januari 2011

KURIK KUNDI


Lagu ni antara lagu SITI NURHALIZA yang lea minat sebab banyak dialek kat lagu ni.
Ok...kita layan.....







Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisar kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Oh... oh... oh...
Kalau rendah masih jadi intan

Teratak mahligai bak dipayung teduhnya
Bila budi melingkar anak asuhan
Adat yang lama berbudi berbahasa
Akar kehidupannya

Yang kurik kundi yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Oh... oh... oh...
Pantun lama tinggi kiasannya

Berpantun seloka sambil menari canggung
Serentak melangkah rentak timur diarak
Gurau senda
Sopannya dijaga
Sepakat makin kukuh terikat

Hang dok pi hang dok mai
Lagu tu lagu mana
Pi sini pi sana depa menghela sakan
Awatlah dok kalut megah condong ke barat
Mai kita...

Pakat tarik ramai-ramai
Biar ke timur condongnya

( Perak )
Ada...O...ada E...
Bunyinya tidaklah serupa
Erti tidak berbeza

Betui yong betui sungguh
Betui ape di kate

Selembut tarian hoi...
Nak muda berlotah
Tutur bahasanya

Maghi yop maghilah yong
Maghi kita memikio
Parit dengan kuala
Cakap tidak serupe...(ateh)

Dihitung beratus beratus bilangan
Digali beratus-ratus terpendam
Saga dalam lagu pada indah syairnya
Kundi dalam tarian
Indah lenggok tarinya
Aduhai indahnya...

( Negeri Sembilan )
Mana usang diperbarui
Mana lapuk hai dikajangi
Mana elok dipakai ondeh dipakai
Kalau singkat cantik manis
Disambungkan...
Kalau panjangan cantik manis...
Mintak dikerat...

Yo sungguh yo bonar
Kato sungguh dikato

Muafakat ya tuan
Ibu adat di ondeh tidak dilupa

Tak boghodat
Minum tidak bergula
Tak bobudi
Pohon tidak berbuah
Tak boghodat
Minum tidak bergula
Tak bobudi
Bagai pohon tidak berbuah

Yang kurik kundi yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Oh...oh...oh...oh...
Pantun lama tinggi kiasannya

( Kelantan )
Teghtek teghning oghe kito
Hok tu keno jago
Jange sapa berlete kale
Luar napok come jange dale
Habih kuca lembe
Luar napok come
Jange dale habih kuca lembe

( Sabah )
Membubutlah bayu
Lalu limpas siring semalu
Mengalai bagai tari sesuku
Tari sesuku

( Sarawak )
Selembut madah begitu taghi
Sek ada sakit ghasa di hati
Kame` nyambut madah tuan hulurkan
Kita` nyambut madah kame` hulurkan

Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisah kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Oh... oh... oh...
Kalau rendah masih jadi intan

Yang kurik kundi yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Oh... oh... oh...
Pantun lama tinggi kiasannya

JOHAN & ZIZAN



Nape lea suka tengok RAJA LAWAK.
Sebab ada JOHAN DAN ZIZAN.
Lawak mereka kadang-kadang lebih lawak dari peserta.
Lawak spontan merekalah yang lea tunggu-tunggu.
Tapi bila mereka dalam filem atau telemovie tak menjadi sangat.
Nak kena berdua jugak kot.
Tapi JOHAN dalam
HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH best..........
Zizan takde ke filem yang betul betul boleh melihat lawaknya yang selalu membuat lea ketawa sorang.

Sabtu, 22 Januari 2011

KU DI ALAM FANTASI



Entah tak tau nak buat apa.
Ni jelah jadinya.
Lea pun tak tau apa motifnya gambar ni.
Dah macam budak kecik dah gayanya.
Yang sebenarnya...
LEA SANGAT BOSAN MALAM NI.



SAYA SAYANG SANGAT KAT DIA



Saya sayang sangat dekat dia.
Siapa lagi kalau bukan MR.SHAM.Suami lea.
Tanpa dia hidup lea akan sunyi.
Takde orang nak usik lea, nak sakat lea.Sampailah lea merajuk.
Tapi seronok bila kena pujuk.
Lebih 6 tahun mengenali dirinya.
Sudah lebih 4 tahun hidup bersamanya.
Dia menjaga lea dengan baik sekali.
SAYANG SANGAT DEKAT DIA.


Tapi kenapa lea jiwang semacam malam ni?

KANAK-KANAK MERENTAS DESA


Pagi tadi nak kuar lama juga menunggu depan pagar depan.
Bagi peluang kanak-kanak yang berlari untuk acara merentas desa.
Teringat zaman sekolah dulu.
Tapi tak pernah masuk pun.

Nilah kanak-kanaknya.
Merentas Desa?Bukan merentas
TAMAN PUTRA PERDANA ke?

MENU HARI INI SABTU 22.1.11

Alhamdulillah.Jam 12 dah siap masak.
Senang rasa dihati.
Masak yang simple2x je.
Dok habiskan lauk dalam peti sejuk.
Teringin nak makan kerang.
Tu yang beli jugak tu.
Menu hari ni....
*
*
*
*
*
*


IKAN KERAPU SWEET SOUR


BABY SAWI NGAN SOS TIRAM


KERANG REBUS


DAN SEMESTINYA PEKASAM.PEMBUKA SELERA





JEMPUTAN KAHWIN


Dapat jemputan kahwin kat facebook dari KUCHING Sarawak pada 30hb Januari ni.
Alahai...jauh benar nak pergi.
Mak bagi tahu kat Kuching ada jugak dia hantar.
Atas nama ayah dan nama suami.
Sedihnya tak dapat pergi.
Mereka sekeluarga dah lea anggap macam keluarga sendiri.
Takpelah.Lea wakilkan family lea je datang.
Kalau dekat pasti akan datang jugak.

KORANG PERASAN TAK?
KAD JEMPUTAN KAHWIN KAT SEMENANJUNG NI BEZA SIKIT NGAN KAD JEMPUTAN KAT SARAWAK.
TENGOK KAD JEMPUTAN NI.
ADA NAMA-NAMA
AL WAKIL
&
PEMANGKU KERJA

Jumaat, 21 Januari 2011

MARI MENGARANG (ADA HADIAH UNTUK ANDA)....

Mari sertai peraduan ini di BLOG KAK CHIK SEROJA. Maklumat peraduan boleh di dapati di sini BLOG KAK CHIK SEROJA. Peraduan yang sangat menarik.Menguji kekreatifan andaa.Betul ke ayat lea ni. Cuba jangan tak cuba.

Terjaga ku dari lena.Nak makan apa ni?..Teringinnya nak makan TEPUNG TALAM.Tapi hanya dijual di hujung kampong.Takutlah nak pergi kesana.Dengar-dengar ada GANGGUAN SEKSUAL dari tuan kedai. Eeeee.tak nak aku pergi.Tak pasal-pasal jadi mangsa dia nanti.Lagipun awal lagi.Aku kan PERMATA ibu dan bapa aku.Kesayangan mak,ayah dan suami juga.Kena jaga diri baik-baik.

Baik aku baca surat kabar je.Dari mengelamun je macam ni. Apa MAKNA KEMBIRI ni? Kambing biri-biri kot.Mana kamus Dewan Bahasa aku ni. Entah-entah adik aku yang ambil. Dia nak buat HALWA MASKAT.Tapi…….takkan guna Dewan Bahasa.Dewan Bahasa bukannya buku resepi.Adik aku ni memanglah.Dah nyanyuk ke?Tidaklah ..muda lagi tu.

Bosannya.Baik aku online je.Buka facebook.Takpun buka blog. Aik……….bila masa KAKCIK SEROJA jual PAKAIAN UNTUK MENDAKI ni?Siap dia jadi model ni?Maju dah dia ni.Check emel lah. Suami hantar emel? Sejak bila dia rajin main emel ni.Khas buat isteriku tajuk emelnya.Senyum sampai ke telinga dah aku ni. Ada sajak? SAJAK ULANG TAHUN KELAHIRAN aku rupanya.Aah….hari ni hari jadi aku.Ni pun aku boleh lupa.Katanya lagi dia nak bawak aku tengok wayang malam ni.Filem ZOMBI KAMPUNG PISANG.Best ke cerita ni?

Sayup-sayup terdengar azan subuh.JIKA TERDENGAR SUARA AZAN BERGEMA SAYUP MENJELANG PAGI , tandanya apa?Dah subuhlah tu.Cepat…jangan nak bertangguh lagi.Mandi.Ambik air sembahyang terus. Jangan nak bertangguh.Tak elok.

RAYA CINALAH PULAK

Tok…tok…tok…pintu rumah di ketuk.

Rupanya jiran datang.

Tanya…Itu sham ada ka?

Dia takde, dia pergi surau.

Oooooo.Takpalah.Ini limau kasi sama u lah.

Ok.Terima kasih….

Sama-sama.

Setiap jiran dibaginya limau.Dalam paper bag yang sama.

Banyak jugak dibawak paper bag tu.

Dah tu pikir napa bagi limau ni.

Ye tak ye…

Rupanya tak lama lagi

TAHUN BARU CINA.

Khamis, 20 Januari 2011

KASIH DAN SAYANG



Semua kita ada perasan kasih dan sayang kan?
Kita kasih dan sayangkan ibu bapa kita.
Kita kasih dan sayangkan suami/isteri kita.
Kita kasih dan sayangkan adik beradik kita.

Kita kasih dan sayangkan keluarga kita.

Kita kasih dan sayangkan saudara mara kita.

Kita kasih dan sayangkan kawan-kawan kita.


TAPI KENAPA?

Ada juga insan yang menghantar ibu bapa ke rumah org tua tanpa memperdulikan mereka terus.
Ada juga insan yang tak mengaku ibu bapa sendiri.
Ada juga insan yang mendera anak sendiri.

Ada juga insan yang yang membuang anak yang baru lahir.


TIDAK ADAKAH?

Perasaan kasih dan sayang di hati mereka.

DUA DUA COMEL.....

Ni cover URTV keluaran baru kot.
Baca kat kedai gunting masa teman suami gunting rambut.
Ambiklah gambar dengan hp.
Comel kan?
Siti comel MIA lagilah bertambah comel.
Geram tengok dia.






25 RANDOM THINGS ABOUT ME

Dah kena tag oleh whitecappuccino dan ayurashidah
Ok.kalau nak tu apa2x mengenai saya sila baca ye.....



1.Anak sulung dari 3 beradik
2.Adik beradik semuanya perempuan
3.Asal Kuching,Sarawak
4.Suami pulak orang Teluk Intan ,Perak
5.Menetap di Puchong
6.Bekerja di Shah Alam
7.Suka makan nasi ayam
8.Hobi suka mengumpul setem dan kipas tangan
9.Sangat suka memasak
10.Sangat suka mendengar suara Zamani SLAM dan Dayang Nurfaizah
11.Lagu yang paling suka dulu,kini dan selamanya DUGAANKU dari NING BAIZURA dan IZINKU PERGI dari KAER
12.Sangat sangat dengan bisnes pengantin lagi2x part bunga telur.
13.Bercita2 nak membuka kedai menjual alatan perkahwinan bila pencen nanti.INSYAALLAH.
14.Sangat suka membaca apa juga jenis bahan bacaan
15.Suka warna BIRU, HITAM dan PUTIH
16.Suka membuat kek lapis sarawak
17.Paling tak suka membuat biskut
18.Lahir 20 Mac 1981 dan Suami lahir 24 Mac 1981
20.Nikah 11 Mac 2006 & Sanding 12 Mac 2006
21.Perkara penting dalam hidup semuanya dalam bulan MAC
22.Seorang yang pendiam sebab suami pulak suka bercakap
23.Suka tersenyum
24.Sangat suka ketawa
25.Dan suka sangat senang menitiskan air mata.Balancelah....semua ada.

Lea nak tag

DANIELA
AMIR FX
MISZ ELYN
ATIKAH

CUTI THAIPUSAM

Hari ni cuti.
Tapi dekat Sabah ,Sarawak kerja jugak rasanya.
Alang-alangkan kerja esok.
Jumaat.
Sekejap je kerja tolak rehat tengahari.
Cuti hari ni macam macam perkara boleh buat.
Nak basuh kain.
Nak kemas rumah.
Nak siapkan bunga telur.
Yang paling penting...
NAK TIDO.

Rabu, 19 Januari 2011

M.A.L.A.S

Apa ada pada malas?
Malas kerja.Kerja macam nak mati gaji banyak tu jugak.
Malaslah nak jalan.Penat...Letih.
Malaslah nak naik bas.Org ramai.Macam macam bau.
Malaslah nak bawak kereta.Jalan jem.
Tapi........
Pernah ke?
MALASLAH NAK TIDO...DAH TIDO SEMALAM.
MALASLAH NAK MAKAN...TADI PAGI DAH MAKAN
MALASLAH NAK REHAT..TADI PUAS REHAT
MALASLAH NAK GOYANG KAKI...KAKI DAH BANYAK KALI GOYANG



HANTU RAYA

Korang percaya tak kewujudan hantu raya?

APA ITU HANTU RAYA?

Hantu Raya biasanya dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Dinamakan Hantu Raya bersempena saiznya yang besar seperti penggunaan dalam bahasa Melayu Balairaya, jalanraya dan sebagainya

Hantu Raya biasanya mampu melakukan kerja-kerja berat seperti empat atau lima orang dengan mudah.

Ia boleh menjelma sebagai manusia.Ia boleh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.

Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam.

Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.

Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.

Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal.

KELEMAHAN HANTU RAYA?

Dari segi agama Islam, gunakan lada kering, garam dan arang sahaja. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.

Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini. Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya.

Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini. Insya ALLAH, doa anda dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T.


kenapa cerita hantu raya lak ni?akan dibagi tahu kemudian.

BESAR SANGAT KE SALAH AKU?

Suka,Riang,Ketawa.Marah,Geram,Sakit Hati semua ada dalam diri manusia kan.
Tengah Suka,Ketawa sangat suka untuk dilihat kan.
Marah,Geram,Sakit hati...tak suka benar nak melihatnya.
Bagi kita yang bekerja ni kalau tengah suka, riang tu tak pa tak kisah.Boleh menjadikan keseronokan kepada kita untuk bekerja.
Tapi...kalau tengah marah tu, sakit hati ke, sedih ke janganlah dibawa ke tempat kerja.
Cakap macam nak tak nak je.
Cakap boleh berpaling ke lain.
Tak pikir ke mcm mana perasaan orang yang berhadapan dengan kita tu.
Dah buat salah besar ke aku?
Apa salah aku?
Entahlah.Lea kalau boleh memang taknak menunjuk kemarahan depan orang.
Walaupun orang yang dengan kita bercakap tu buat salah, cakap baik-baik.
Hati orang kita kena jaga macam mana kita nak hati kita terjaga.

Selasa, 18 Januari 2011

HADIAH G.A ABG EEQ


Harus posing dulu.
Pertama kali dapat hadiah dari G.A yang disertai.
TQ abg eeq.
Sampainya semalam.
Tapi semalam MC.
Hari ni baru dapat hadiahnya.
Terima kasih sekali lagi abg eeq

SUNSWEET

Sudah lama sebenarnya nak beli SUNSWEET ni.Lupa manjang.Kalau g RAKSASA@GIANT dah Nampak dah.Tapi tak beli pun.Lupa sebenarnya.Dah tua dah.Tua ke?hihihi.Tapi hari ni rezeki , ada orang bagi free.

Alhamdulillah.

REZEKI JANGAN DI TOLAK

MUSUH JANGAN DICARI



KITA POSING DULU

BEKASNYA YANG COLOURFUL

HITAM, PEKAT, LIKAT DAN SEDAP