MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 18 Disember 2011

Rindu sangat sama dia....




Allahyarham Mohd.Ferozie Bin Ismail.
Dia adalah satu-satunya adik lelaki lea.
Kalau dia ada sekarang umurnya dah 28 tahun.
Tapi dia telah meninggalkan kami bila dia berusia 3 tahun sebab tumor otak.
Yelah....sebab lambat dikesan.
Dia kecik lagi.Tak tau nak bagi tahu dia sakit kan.
Bila mandikan dia, lapkan kepalanya mesti dia cakap sakit....
Pergilah bawak jumpa doktor di klinik kerajaan.
Lepas tu ke Pakar Hospital Umum Sarawak.
Sehinggalah pada suatu hari dia pengsan dan seminggu lepas tu dia terus meninggalkan kami.
Walaupun usia lea baru 5 tahun segalanya sentiasa terbayang di ruang mata lea.

Pagi ni bila bangun dari tido lea tiba-tiba teringatkan arwah.
Nakal sungguh dia dulu.
Tapi bila dirumah orang sangat tertib. Sangat-sangat mendengar kata.
Kalau diingat masa kecik dulu lea dengan arwah.....menitis air mata ini.

Sedih  bila mengingatkan layanan orang dengan lea dan arwah dulu.
Yelah...sebab kami ni miskin.
Apalah daya kami kan.
Menumpang dirumah orang semuanya tak boleh dipegang.
Bila duduk disatu2x tempat bila bangun terus je di lap.

Tapi...orang lain dilayan sebaiknya...
Pernah satu ketika bila mak rasa sedih sangat bila anak2xnya dihina, dimarah, dikeji, mak pernah mengikat tangan kami berdua supaya tak memegang barang-barang di rumah itu,,,,,
Sedihkan....
Ya Allah....lajunya air mata ini mengalir bila teringatkan semua itu.

Tapi alhamdulillah....
Bila masa semakin berjalan.
Anak-anak mak semakin membesar, alhamdulillah 2 dari 3 anak mak yang masih hidup telah berjaya di dalam kerjaya masing-masing.Boleh menyenangkan mak sedikit.Tinggal mas lagi yang masih menuntut.

Menengok yang lain....
Sedih.....Sentiasa berdoa mereka menjadi lebih baik dan mensyukuri nikmat yang ada.

Allah maha adil lagi maha penyanyang.......
Segalanya ditunjukkan di dunia.
Bagi lea...alhamdulillah.
Bersyukur dengan kurniaanNya ini.

2 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.