MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 25 Disember 2011

Dari melaka ke muar...

Semalam tak plan apa-apa terus je g melaka.
Dahlah highway jam...Bertolak jam 6.30 ptg sampai Melaka jam 9.30 petang.
Ambik...3 jam ke Melaka.Selalunya satu jam setengah je dah sampai....
Jalan...jam yang amat.
Masalahnya....cari hotellah pulak.
Dari ke 1 ** hotel sampai ke 5** hotel semuanya penuh....Aduh......
Pergi Semabok pulak.Konon-kononnya lah di pinggir bandar Melaka , pun penuh.
Kita ke Merlimau pulak....2x5 penuh.Dasyat...kan.Malam Krismas kan.
Lastnya ke Muar....Alhamdulillah  dapatlah jugak......
Jadinya checkin hotel semalam jam 1230 malam.
Jangan macam p penang hari tu jam 2 pagi baru checkin.Pergi time 1 Mei...Lagilah haru....
Lea n suami memang jenis tak pernah plan bila nak berjalan.
Time tu plan..time tulah pack barang terus pergi.
Bila dah di Muar harus dicari ialah MI BANDUNG.
Pergh...sedap....likat...pekat....
Kalau nak cari depan Medan Selera depan TM Muar.
RM4 sepinggan.
Pagi ni nak meronda di Melaka...
Jom kita....

2 ulasan:

  1. Lama dah saya tak pekena mee bandung Muar yg depan TM tu. Lea makan dgn satay sekali ke?

    BalasPadam
  2. Kalau cuti don't play2 bila pergi melancong ni. Kena book hotel awal2. Kalau tak, kenalah tidur di masjid ... hehehe

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.