MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 12 Julai 2011

CERITA KURSUS LAGI


Dalam kursus MPK dan FM kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut jawatan.Yelah...senang sikit nak buat fail meja.
Tetapi kumpulan kami pulak ada 6 orang yang sangat-sangat berlainan bidang tugasnya.
Ada jurubahasa mahkamah
Ada jururawat
Ada pegawai kimia
Ada juruteknik
Ada pegawai khidmat pelanggan
Jadinya setelah berbincang kami telah sepakat untuk membuat fail meja Jururawat U29 iaitu proses kerja
MEMBERI UBAT SUNTIKAN KEPADA PESAKIT.
Setelah siap semuanya rasanya setiap daripada kami boleh kot memberi suntikan kepada pesakit.Hehehe.Fail Meja yang disediakan sangat lengkap bagi proses kerja memberi suntikan kepada pesakit.
Dan itulah tujuan Fail Meja disediakan.
Tujuannya ialah untuk memudahkan pegawai baru tahu untuk membuat sesuatu kerja tanpa perlu bertanya.






Nilah ahli kumpulan kami.
Ada seorang jururawat lelaki.
Hihihihi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.