MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 23 Jun 2011

GAMBIR SARAWAK


Bila balik ke Kuching benda nilah yang sering dikirim oleh kawan2x suami.
Untuk apa, idaklah lea tau.

KEGUNAAN GAMBIR SARAWAK

Gambir Sarawak sangat berkesan untuk melegakan sakit gigi. Cara penggunaan yang mudah dengan hanya menghancurkan gambir hingga menjadi habuk yang halus lalu diletakkan di dalam gigi geraham yang berlubang. Kira-kira 5 minit selepas itu gigi akan berasa berdenyut-denyut dan kesakitan gigi akan beransur hilang sedikit demi sedikit.

Gambir Sarawak juga boleh digunakan untuk kanak-kanak berkhatan. Kaedah penggunaanya ialah dengan cara menghancurkan gambir tersebut sehingga halus lalu dibancuh dengan sedikit air dan disapukan pada kemaluan kanak-kanak tersebut. Kesan dari penggunaan gambir ini ia boleh menjadi kebas dan tahan sakit. Fungsinya hampir sama seperti ubat bius tetapi penggunaan gambir Sarawak ini agak memanaskan apabila terkena pada bahagian kulit.

Selain itu juga gambir Sarawak ini boleh digunakan untuk melegakan sakit sementara sebelum di bawa ke hospital seperti terkena gigitan binatang yang berbisa seperti ular, kala jengking atau sengat ikan seperti ikan keli, ikan sembilang dan sebagainya.

Bagi masyarakat pendalaman di negeri Borneo ini mereka menggunakan gambir Sarawak untuk menghilangkan rasa sakit ketika membuat lubang telinga (bertindik). Kaedah ini sama seperti ubat bius iaitu untuk mengurangkan rasa sakit ketika proses menindik dilakukan.

Populariti gambir Sarawak mula naik apabila penggunaan gambir ini amat berkesan bagi pasangan suami isteri dalam melakukan hubungan intim. Ramai kaum lelaki yang mencari gambir Sarawak ini di pasaran semata-mata untuk memberi kepuasan kepada pasangan mereka di dalam melakukan hubungan intim.


6 ulasan:

  1. org lelaki mmg suka benda tu ye lea....pernah baca dlm paper salah guna padah jadinya

    BalasPadam
  2. Glemer gambir sarawak tok kat senanjung.. Kat sitok k singo jak.. haha..

    BalasPadam
  3. baru tahu kegunaan gambir serawak ni, tp tak pernah tengoklah pulak

    BalasPadam
  4. @AmirFX benar kata kitak mir. mun kita sik disingo bah

    BalasPadam
  5. @sayangsayangibu mcm nilah rupanya...banyak kegunaan gak gambir ni

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.