MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 15 April 2011

TAK SABARNYA TUNGGU JUMAAT DEPAN

Time ni waktu lunch.
Baru ada mood nak update blog.
Entahlah dalam masa bekerja rasa malas lak dah.
Lagipun kepala ni pening yang amat.
Macam-macam hal.
Dah dekat 4.30 petang tu rasa seronok sangat.
Yelah...leh balik tenang pikiran.
Nak rehat otak yang dah memikir macam-macam.

Sebab apa tak sabar tunggu jumaat depan?
Sebab malamnya lea akan terbang ke Kuching.
Balik Jumaat malam.
Balik sini Ahad petang.
Nasib baik rumah memang betul2x di bandar raya kuching.
Taklah jauh sangat perjalanan.
25 minit dah sampai kerumah dari airport.
Kalau dok jauh tu pikir jugak nak balik hujung minggu.

Tujuan nak balik, lea n suami nak tengok perubahan Bandar Kuching selepas pilihanraya.
Hahahahaha.Takdalah.Balik sebab rindukan mak , ayah, keluarga , rumah, katil, bantal, tilam, cadar , makanan mak masak dan macam-macamlah.

Suami nak sangat balik kampung.
Dia cakap, dari kita berjalan tak tentu tempat baik kita balik kampung je.
Betul jugak.
Kalau jalan jalan hujung minggu, dengan minyak, tol, makan minumnya, tiket wayang, makanan time nengok wayang kadang-kadang cecah RM100++ jugak.
Jalan-jalanlah dekat AIR ASIA.
Jumpa lak tiket murah.
Oklah tu.
Nampaknya tahun ni banyak kalilah balik Kuching sebab dah ada 3-4 tiket di beli.
Mak dah bising.Dia kata bazirkan duit je.
Takpelah mak.Dapat tiket dalam 80.+++.
Oklah tu kan.
Balik nak jumpa keluarga je pun.
Ingat nak bawak mak mertua balik sekali, tapi dia tak berapa nak sihat.Sian pulak.

Lalalalalala.....
Gembira rasa dihati.
Nak peluk cium mak ayah puas-puas.
Rindu sangat kat mereka ni.

10 ulasan:

  1. tumpang gembira lea dpt balik kg... munna teringin juna nak ke sarawak... nak tgk Kucing sana comel tak

    BalasPadam
  2. @munnakucing kat sini comel2x.hehehehe.sesekali tu datanglah kat sarawak kak

    BalasPadam
  3. selamat mengundi....buatle pilihan yang terbaik.

    BalasPadam
  4. Mun ada perubahan lepas pilihanraya nang betullah pilihan sidak pengundi ya.. haha.. Nway, selamat berangkat ke kuching... yerrr.. Wish awal takut lupak...

    BalasPadam
  5. wah..best eh...kmk mun balit belawai pun dalam 1jam setengah dah sampai rumah...direct dari aport ke rumah..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.