MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 23 Mac 2011

CERITA BERMULA DENGAN BUDU

AUTO PUBLISH ENTRY

Time lunch pergi beli makanan seperti biasa.Suka beli dekat tempat makcik biasa.Dah ambik lauk semua, last sekali lea ambil ialah budu.Makcik tu dok perati je lea ambik. Dah tu dia tanya, anak ni org Kelantan ke?Bukan lea jawab.Dah tu dia kata, ingat orang Kelantan tadi sebab beli makanan je mesti beli budu. Hihihihi,Adakah muka ku ini muka KELANTAN?Org cakap lea jawa tu adalah.Mka mertua mula jumpa cakap lea ni jawa. Tang mana jawanya pun tak tau.

Tulah kan, kalau makan budu ingat orang Kelantan.
Kalau suka makan tempoyak mesti org cakap tak orang PERAK , orang PAHANG.
Kalau orang Sarawak mcm lea ni pulak? Hehehehe.Apa pun makan tolak batu di jalan dan kayu di hutan.Sebab gula batu dan ubi kayu lea makan. Sekarang ni dah tak kisah dah kan makan makanan dari negeri lain. Macam lea, fav.lea,

Laksa Penang
Nasi Kerabu
Nasi Dagang
Ikan Patin Gulai Tempoyak
Budu (sudah semestinya)
Yong Tau Fu


Makanan Sarawak...

Laksa Sarawak suka gak makan tapi kurang sikit sebab bersantan
Mi Kolok kalau supnya sedap oklah.Kalau tak...tak habis pun semangkuk kecil.
Tapi yang semestinya menjadi kegemaran ialah umai obor-obor , umai ikan dna umai udang.
Sedapnya......
Dekat umah dah ada dah obor2x.Mintak mak belikan .Dia beli 2kg hari tu. Heheehehe.
Suami pun suka makan gak.

KORANG LAK MACAMMANA?

6 ulasan:

  1. hahhaa..kmk org madah org johor sb suka makan tempe..hehhe

    BalasPadam
  2. @whitecappuccino ikan terubuk masin, kek lapis pun tak pernah makan kak?

    BalasPadam
  3. Makan obor-obor..? err.. first time dengarrr huhu

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.