MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 21 Januari 2011

MARI MENGARANG (ADA HADIAH UNTUK ANDA)....

Mari sertai peraduan ini di BLOG KAK CHIK SEROJA. Maklumat peraduan boleh di dapati di sini BLOG KAK CHIK SEROJA. Peraduan yang sangat menarik.Menguji kekreatifan andaa.Betul ke ayat lea ni. Cuba jangan tak cuba.

Terjaga ku dari lena.Nak makan apa ni?..Teringinnya nak makan TEPUNG TALAM.Tapi hanya dijual di hujung kampong.Takutlah nak pergi kesana.Dengar-dengar ada GANGGUAN SEKSUAL dari tuan kedai. Eeeee.tak nak aku pergi.Tak pasal-pasal jadi mangsa dia nanti.Lagipun awal lagi.Aku kan PERMATA ibu dan bapa aku.Kesayangan mak,ayah dan suami juga.Kena jaga diri baik-baik.

Baik aku baca surat kabar je.Dari mengelamun je macam ni. Apa MAKNA KEMBIRI ni? Kambing biri-biri kot.Mana kamus Dewan Bahasa aku ni. Entah-entah adik aku yang ambil. Dia nak buat HALWA MASKAT.Tapi…….takkan guna Dewan Bahasa.Dewan Bahasa bukannya buku resepi.Adik aku ni memanglah.Dah nyanyuk ke?Tidaklah ..muda lagi tu.

Bosannya.Baik aku online je.Buka facebook.Takpun buka blog. Aik……….bila masa KAKCIK SEROJA jual PAKAIAN UNTUK MENDAKI ni?Siap dia jadi model ni?Maju dah dia ni.Check emel lah. Suami hantar emel? Sejak bila dia rajin main emel ni.Khas buat isteriku tajuk emelnya.Senyum sampai ke telinga dah aku ni. Ada sajak? SAJAK ULANG TAHUN KELAHIRAN aku rupanya.Aah….hari ni hari jadi aku.Ni pun aku boleh lupa.Katanya lagi dia nak bawak aku tengok wayang malam ni.Filem ZOMBI KAMPUNG PISANG.Best ke cerita ni?

Sayup-sayup terdengar azan subuh.JIKA TERDENGAR SUARA AZAN BERGEMA SAYUP MENJELANG PAGI , tandanya apa?Dah subuhlah tu.Cepat…jangan nak bertangguh lagi.Mandi.Ambik air sembahyang terus. Jangan nak bertangguh.Tak elok.

4 ulasan:

  1. Terima kasih Lea kerana sudi menyertai peraduan itu. Kreatif juga Lea ni... :)

    BalasPadam
  2. lea..kita join juga contest ni, best pulak...hehe

    BalasPadam
  3. @kakcik dah lama tak mengarang begini. mcm merapu pun ada kak cik

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.