MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 31 Disember 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011



SELAMAT TAHUN BARU 2011
DARI LEA DAN SUAMI.
SEMOGA TAHUN 2011
MEMBAWA
SINAR KEBAHAGIAAN,
KEJAYAAN,
KEGEMBIRAAN,
KEPADA
ANDA & KELUARGA


HAPPY NEW YEAR!!!!!!

SELAMAT TINGGAL 2010

Esok kita akan masuk ke TAHUN BARU 2011 yang kita belum tahu apa yang akan kita lalui.
2010...akan ditinggalkan dengan penuh kenangan dan pengalaman.
Alhamdulillah.
Segalanya amat baik bagi diri ini sepanjang tahun 2010.
Walaupun belum punyai rezeki lagi untuk menambah bilangan ahli keluarga
tapi lea dan suami amat dan sangat sangat bahagia.
Dalam kerjaya alhamdulillah.
Ada perubahan di dalam gred jawatan.
Tidak pernah terpikir, tidak pernah menduga.
Mungkin rezeki pada diri ini.
Sama jugak dengan suami.
Tapak yang dibina, alhamdulillah membuahkan hasil padanya.
Memberi kepuasan kepada dirinya.
Lea seronok melihat apa yang diimpikannya, diingininya, dicitakannya telah menjadi kenyataan,
Tidak ada yang lebih menggembirakan apabila melihat kegembiraan dan kebahagiaan pada dirinya.
Alhamdulillah.
Azam 2011 dientry akan datang .............

NASI GORENG DABAI

Pagi tadi sebelum suami g Melaka dia request nak makan nasi goreng dabai.
Terkejut gak lea.
Nasib baik dabai ada lagi dalam peti sejuk.
Memang buat stok pun.
Dabai hanya ada kat Sarawak.
Kat semenanjung ni non ado.
Kat sana pun bermusim gak.
Lidah Sarawak, sarawak jugak.
Tapi suami pun suka makan dabai ni.
Sedap di buat nasi goreng n ditumis bersama bawang,cili n ikan bilis,
Kalau yang masih buah tu sedap diselur n makan gitu je.
Cicah ngan kah rojak pun sedap.


Lea suka kalau buat nasi goreng.Buat pedas2x sikit.Sikit je.

Nilah buah dabai yang dah dimasinkan.
Ni mak poskan utk lea.

YE...YE...ABANG BALIK

Senyum sampai ke telinga lea semalam.
Tengah mamai lepas makan ubat terdengar bunyi grill di buka.
Sapa lak ni.
Tadi suami call esok baru dia nak balik.
Rupanya suami yang balik.
Saja nak surprise bininya.
Adui...dengan muka nak tido.
Dengan sanggulnya mcm org berpantang.
Dengan berkain batik.
Suami leh gelak nengok.
Tapi.....malamnya dia dapat call.
Kena pergi Melaka hari ni.
Ada site yang kena buat sebelum 1.1.11.
Muncung baliklah lea.
Tapi bila dipikirkan dah kerja dia.
Takpelah.
Jadinya awal pagi nilah dia pergi Melaka.
Tapi balik harilah.
Tugas hari ni nak membasuh baju yang satu beg dia bawak dari Johor.
Mendobilah jawabnya hari ni.

Khamis, 30 Disember 2010

CUTI, CUTI DAN CUTI

Hari ni dalam seminggu hanya 1 hari je lea kerja.
3 hari dapat MC.
Esok dapat cuti free.
Alahai demam, sembuhlah cepat.
Ingat hari ni dah nak p kerja dah.
Tapi badan panas lagik.
Sampai menggigil.
Tak sukanya sakit2x.
Pergi klinik , doktor bagi ubat, makan ubat dah tu tido je dah.
Rasa takde arah tujuan dah dok tido je.
Bangun tido lapar.
Nasib baik ada beli nasi bungkus lauk asing pagi tadi.
Boleh buat alas perut.
Esok cuti.
Tapi suami masih kat johor.
Kalau tak leh balik kampung.
Rindu pulak kat Kampung kat Teluk Intan.

Rabu, 29 Disember 2010

DI SATU MALAM....

Handphone jenama SONY ERICSON berbunyi dengan irama lagu yang liriknya sebegini

Nothing’s gonna change my love for you
You oughta know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I’ll never ask for more than your love.


Lea:Assalammualaikum

Suami:Waalaikumsalam.Ok dah ke?Dah makan?Dah makan ubat?

Lea:Dah semua.Oklah sikit rasa.Tapi badan rasa panas lagi.

Lea:Bang...napa ek kalau abang outstationn je mesti ayang demamlah, sakit matalah.Selsema teruklah.

Suami:Tu tandanya aura abang ni kuat.

Lea:Chaitt....perasannya dia.Abang ada taknak pulak sakit.Leh manja2x sikit. Ni tak nak makan tu makan ni semua kena buat sendiri.Beli sendiri.

Suami:Ayang, ayang ni dah terlebih rindu ni.Lain kali klu abang outstation ayang ambik kain pelekat yg tak basuh lagi ayang ciumlah buat peneman tido.Rasanya takkan sakit2x lagi kalau abang outstation.

Lea:Yelah tu.Bila nak basuhnya.

Suami:Abang balik, ayang basuhlah.Kalau seminggu outstation seminggulah tak basuh.

Lea:Kalau 3 bulan?

Suami:3 bulan lah.

Lea:HAH.............

Suami:Hehehehehe.

Ada ke suruh buat gitu.Nak try gaklah nanti.Tapi tak nak kain pelekat.Baju dia boleh.Sebab bajunya lepas guna pun sentiasa wangi.Sedap lak baunya tu. Hahahaha.


Selasa, 28 Disember 2010

AWARD DARI EINA


1) Ucapan anda
Terima kasih eina atas award ni

2) berikan 4 ciri wanita/lelaki idaman untuk dijadikan isteri/suami.
Jujur
Ikhlas
Bertanggungjawab
Boleh buat lea gelak
dah jumpa semua ni pada suami lea

3) berikan 1 tips untuk mengekalkan hubungan dengan pasangan.
Jujur pada diri sendiri dan pasangan

4) pernah anda terjumpa doa pendekat jodoh dan putus cinta

Tak terpikir pun

5) letakkan 10 link pilihan anda dan bagitahu merekAa telah memeYnangi award ini.




SEMUA INGAT DAH BERBADAN DUA

Kadang2x nak tergelak pun ada.
Sudah menerima beberapa panggilan telefon dari teman rapat
pasal entry ni TAK SEDAP BADAN NI.
Semua tanya dah mengandung ke?
Takde rezeki lea lagilah kawan2x.
Kalau boleh lea pun nak mengandung nak ada anak.
Cuma boleh berdoa dan berusaha.
Minta kawan2x doakan sekali ye.
Lea demam biasa je.
Tak tahan kena hujan.
Tu yang teruk ssgt ni.
Jarang demam tapi sekali kena teruk sgt2x dah.
Dah pergi klinik.
Dapat MC 2 hari.
Mintak cepat baiknya.
Kat opis banyak kerja lagi tu.

SEMUANYA DARI MAMAT KHALID

Lea suka nengok filem arahan MAMAT KHALID ni.
Semuanya komedi ringan,
suasana kampung
dan
yang paling best mesti ada loghat PERAK yang sangat2x pekat.

MAN LAKSA
Hahahahaha.
kadang2x gelak sorang.
Walaupn sentiasa ada siaran ulangan kat ASTRO.
Suka part penyanyi yg bawak anak n part penyanyi yang bukak baju n seluar tu.
Hahahaha

Filem ni. hehehe.
Paling kuat gelak part tgh gaduh ngan zombie dan mereka tersusun mcm tugu negara.
Loghat PERAK semakin pekat dalam cerita ni.
Awie pun best gak.
Dari awal cerita sampai habis cerita berkain pelekat je.

Filem ni, memang kuat betul gelak dalam panggung.
Lucu sgt.
Yang paling ingat dialognya.
'siapa setuju angkat tangan mcm ucup'
hahaha.
Dan lagu enjit enjit semut.

semua org ada citarasa masing2x kan.
mcm lea , mask pawagam nak gelak je.
tak nak memikir sebenarnya dgn cerita2x serius ni.

Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"


Nak gak join giveaway bujang yang 1 ni.
Trang tang tang lagi tu.
Hehehehe.
Hadiahnya sangat menarik.
Sesuatu yang menarik untuk permulaan tahun 2011.
Khas buat abang eq

abg eeq ku yg 1
bagilah hadiah tu walaupun 1
untuk pembukaan tahun 2011 di bulan 1
buat diriku yang 1
gembirakan hatiku yang 1
tak sabar nak tunggu 1.11.11
di waktu pagi jam 11.11
adakah hadiah utkku walaupun 1
tapi jawapannya hanya pada abang eeq yg 1
sekian terima kasih.


hahahahahha,
sakit2x pun lea leh merepu ni.

ok...ni syarat-syarat penyertaan ye

1. Jadi Followers eqbalzack.com.
DONE
2. Buat 1 entry bertajuk Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"
DONE
3. Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com.
DONE
4. Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu.
EINA


Isnin, 27 Disember 2010

LEPAK DI LCCT

Semalam pakcik datang dari Kuching nak p Langkawi ada meeting.
Flight dari Kuching jam 2 tapi flight ke Langkawi jam 7++.
Sampai LCCT jam 4.
Dia call suami ajak jumpa.
Yelah...sian jugak dia sorang2x dok nunggu kat LCCT tu.Jam 3.30 dah bertolak dari rumah.
Dekat sngt LCCT dengan rumah sekarang.
Tapi semalam hujan turun dengan lebatnya.
Dah parking dekat LCCT tu meredah hujan nak pergi kat tempat pejalan kaki tu.
Dah nak sampai bangunan terminal tu meredah hujan lagi sekejap.
Nilah kot sebab hari ni memang rasa tak sedap badan.
Lepas tu carik pakcik n terus pergi food court lepak kat sana.
Air dah 2 gelas sorang.Lepas tu order KFC.
Lepas tu pakcik order lak YEE MEE.
Dah hujan, rasa sejuk dan semestinya lapar.
Habis semuanya.
Jam 7 barulah pakcik check in ke Langkawi.
Satu tau kalau guna AIR ASIA Kalau kita dari Kuching ke Langkawi kita kena check in kat Kch untuk flight ke KL dan di LCCT untuk ke Langkawi.
Jadinya 2 kali check in.
Kalau naik MAS sekali je check innya.
Yelah...sesuatu tu mesti ada lebih dan kurangnya.



TIME NI HUJAN LEBAT.
TAPI MANA HUJANNYA ...TAK NAMPAK PUN.
CAMERA TIPON KURANG CANGGIH.
HAHAHAHA

PAKCIK N SUAMI.
JAUH SUNGGUH MENINGGALKAN KU DIBELAKANG

TAK SEDAP BADAN NI....

Hari ni kepala rasa pening sgt.
Memang rasa tak sedap bdn dah.
Tapi pergi kerja gak sebab mikir kerja banyak.
Tapi la ni memang dah tak lalu dah.
Tunggu suami dtg ambik nak p klinik.

HARI BARU MINGGU TERAKHIR 2010

Salam semua.
Isnin dah kan.
Isnin depan di TAHUN 2011 dah kita.
Macam mana dgn tahun 2010 ni.
Tercapai azam?
Mesti banyak kenangan pahit, kenangan manis sepanjang tahun ni kan.
Takkan manis je kan.
Sekejap betul masa berlalu.
Tahun depan bermakna bertambah setahun lagi umur kita.
Tua lagi setahun.
Nak buat mcm mana kan.
Dah putaran masa, putaran waktunya begitu.

Ahad, 26 Disember 2010

MENU DI HARI SABTU

Hari sabtu mood memasak memang terlebih rajin sikit.
Macam-2x dipikir.
Nak dibuat.
Dan sebenarnya nak menghabiskan stok yang ada dalam peti sejuk.
Yelah.Hari ni hari ahad nak membeli stok baru dekat pasar borong.
Semalam buat
TOMYAM
IKAN CENCARU BAKAR
SAMABL KICAP
TELUR DADAR
Sayur takde sebab lea dah masuk sekali dalam tomyam tu.

TOMYAM YANG PEDAS N MASAM MANIS

IKAN CENCARU BAKAR

SAMBAL KICAP YANG MESTI ADA

TELUR DADAR.SUAMI REQUEST NAK BANYAK BAWANG



NAK DAPAT JIRAN BARU

Tak lama lagi nak dapat jiran baru.
Tapi berlainan blok. Pengantin baru.
Baru nak beridup sendiri.
Teringat dulu time lea baru pindah sini. Ogos 2006.
Rumah sewa ni pun suami baru masuk gak.
Kosong je rumah.
Nasib baik ada gak barang suami time dia dok bujang.
Adalah katil double decker, washing machine, tilam, bantal, periuk mak mertua bagi. Dapur abang ipar bagi. Suami beli peti sejuk 2nd hand je.
Nak goreng ikan, kuali takda.Goreng dalam periuk, hancur ikan lea goreng. Suami takde, pergi kerja. Terus start kereta.
Beli kuali kecik je.Murah sikit.
Time ni semua nak jimat.
Semua yang nak beli plan dulu.Kira budget.
Yelah.Lea n suami bukanlah org senang.
Nak masuk umah cuci kaki je.
Tapi sekurangnya tau hidup sendiri biar pun mula2x amat sukar sekali.
Alhamdulillah.
Dah dekat 5 tahun menyewa dekat sini.
Insyallah tahun depan mungkin rumah sendiri dah.
Tapi sebenarnya seronok dok RUVENA VILLA ni.
Masyarakatnya memang best. Semua kaum boleh bersama.
Lagilah semua ahli Rukun Tertangga, Persatuan Penduduk dan sekarang Wira Putra pulak.
Wira Putra?
Nantilah lea cerita apa tu WIRA PUTRA.

JALAN-JALAN CARI LAKSA

Semalam teringin sgt nak makan laksa.
Ingat nak makan dekat 2x umah je.
Rupanya suami bawak makan dekat JALAN T.A.R.
Sukanya hati.
Pergi jam 9.30 mlm.
Time ni org pun dah beransur pulang.
Memang lea dan suami pergi TAR, time gini baru g.
Org tak ramai dah.
Nasib baik gerai laksa tak ramai org.
Lagi satu yang kami cari POPIA BASAH.
Bolehlah tahan kesedapannya.
Tapi POPIA BASAH tak leh lawan TELUK INTAN punya.
Memang sedaplah.
Dengan udang keringnya.
Bila nak balik TELUK INTAN ni....

LAKSANYA YANG SEDAP.MAKAN NGAN OTAK UDANG.LAGILAH SEDAP

POPIA BASAH YANG TERSANGATLAH BESAR.

Sabtu, 25 Disember 2010

JOM KENALI REMPAH RATUS

Korang kenal tak rempah ratus ni.
Mesti ada yang kenal n mesti yang tak berapa nak kenal.

Ni kayu manis

Buah Keras

Bunga lawang

Buah pelaga

Cengkih

Apa lagi ek rempah ratus ni?
Sebenarnya banyak lagi ni.
Ingat dulu nenek tukang buat ubat org beranak.
Selalu suruh ayah beli rempah ratus ni.
Macam macam nama.

Jumaat, 24 Disember 2010

MERRY CHRISTMAS


Buat semua yang menyambut KRISMAS.
MERRY CHRISTMAS.


We wish you a merry Christmas
We wish you a merry Christmas
We wish you a merry Christmas
And a happy New Year.

SUKANYA HATI NENGOK MEREKA SINGGAH

Sukanya nengok 'mereka' singgah kat blog lea yang tak seberapa ni.
Tapi bila mereka dah singgah nampak
cantik dan berseri seri lak blog lea ni.
Hehehehe
Alhamdulillah.
Tapi tadi kan,
lea tergelak
bila suami terbukak blog lea ni
dia leh cakap
mcm website MAYBANK.
Hahahaha.
Ada ke mcm tu.







MENU TGH NI


Tgh ni le turun bawah beli roti ni je.
Pergi dekat Kedai Swiss Bake.
Lea suka makan roti ni.
Apa nama ntah.
Tak silap lea MEXICO BUTTER .
Rasanyalah.
Lea suka sebab kat belah atasnya rangup je.
Harga RM1.80 je satu.

SELAMAT PENGANTIN BARU



Selamat Pengantin baru buat adikku yang sorang ni.
Maya n Zam.
Sori tak dapat datang hari tu.
Nak sangat datang tapi abang sham ko tu bz sesangat.
Nengok gaya YB pun kalah.
Insyallah time majlis besar nanti akak akan datang.

Selamat Pengantin Baru.
Semoga Ikatan Perkahwinan Kalian Berdua
Akan Kekal
Untuk Selamanya


CERAHNYA HARI INI

Cantik sgt2x hari ni.
Ngan cahaya mataharinya.
Bersinar menyinari seluruh alam.
Hari ni lea segar yang amat.
Alhamdulillah.
Yahoo...esok cuti.
Saya nak berehat sepuasnya dekat rumah.
Suami pun bz esok.
Kawan2x lak, esok plan nak kemana?

200 BLOG


Semalam 100 blog.Hari ni 200lah pulak.
Entah sempat ke idak ni masuk dlm senarai 200.
Teman nerai jelah.

Khamis, 23 Disember 2010

GEMBIRANYA RASA DIHATI

Hari ni hari Khamis.
Esok Jumaat.
Maknanya?
Lusa cuti.
Tak sabar nak nunggu Sabtu.
Leh rehat kat umah.
Lepas Subuh leh baring2x balik.
Silap2x terlelap terus.
Nikmatnya rasa.
Suami awal2x dah ckp minggu ni abang ada program.Kemas Surau.
Takpelah bang.
Pergilah bang.
Agenda lea pulak/
Nak TIDO.

SAYALAH BLOGGER ITU



monalea
http://ceritakami81.blogspot.com/

monalea
http://ceritakami81.blogspot.com/

monalea
http://ceritakami81.blogspot.com/

monalea
http://ceritakami81.blogspot.com/

monalea
http://ceritakami81.blogspot.com/

monalea
http://ceritakami81.blogspot.com/

monalea
http://ceritakami81.blogspot.com/

monalea
http://ceritakami81.blogspot.com/

monalea
http://ceritakami81.blogspot.com/

monalea
http://ceritakami81.blogspot.com/

HUJAN YANG TURUN.....


Rasa malas nak bangun pagi tadi.
Syok woooo tido.Sejuk....
Lagilah cik abang ada kat sebelah.
Hahahaha.
Tapi bila memikirkan tanggungjawab kepada agama,bangsa dan negara
harus ku tempuhi juga.
Skema nya ayat tu....hehehehe
Sepanjang perjalanan memang hujan turun dengan lebatnya.
Mata lea dah ngantuk semacam je dah.
Dengan sejuk hujannya.
Dengan sejuk aircondnya.
Nak tutup aircond kereta kang panas pulak.
Tapi lea gagahi jugak membuka mata.
Buat2x segar depan suami.
Kalau tau lea ngantuk mau kena kutuk.
Ok semua.
Selamat mulakan hari baru.

HUJAN -SUDIRMAN
Hujan yang turun bagaikan mutiara
berkilau bersinar berkerdipan
subur menghijau dan bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi diwaktu hujan turun
menyirami ketandusan hati...
dan hujan turun turut mengiringi
engkau... pergi

Selembut hujan bercurahan begitulah cinta ini
semeesra bumi yang disirami begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
bersama pergi bersama rindu
kau datang dan kau pergi jua
rindu...lagi

Selembut hujan bercurahan begitulah cinta ini
semeesra bumi yang disirami begitulah hati ini


Hujan yang turun bersama air mata
bersama pergi bersama rindu
kau datang dan kau pergi jua
rindu...lagi... rindu...lagi



Rabu, 22 Disember 2010

NAPE TAK HARI ISNIN KE?JUMAAT KE??

KRISMAS
25 DISEMBER 2010
SABTU


NEW YEAR
01 JANUARI 2011
SATURDAY


Nape tak isnin ke?jumaat ke? Kalau tak leh direct cuti 3 hari terus.
Ni sabtu.Memang dah cuti pun.
Tapi yang syoknya kalau isnin.
Memang hari isnin rasa malas na nak bangun .
Kalau dah subuh tu rasa nak tido balik je.
Nape ek?Isnin memang rasa malas semacam je.
Mungkin dah 2 hari cuti tu yg jd malas tu.
Nak wat mcm mana kan.
Kalau leh ubah hari2x kat kalendar tu syok jugak.
Tak boleh jugak.
Kang satu dunia berubah ....
Hahaha.Apa lea merepek ni.
Nak cuti punya pasallah ni.


JOM BERKENALAN

Lea dah kena tag oleh eina.nilah jawapannya ye eina.
Q1:APAKAH STATUS ANDA (SINGLE,BERPUNYA,BERKAHWIN,BERCERAI) ?Saya adalah isteri kpd En.Sham.Jadinya saya dah kahwinlah......

Q2:CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA (ASAL,PEKERJAAN,BELAJAR KAT MANA,BILANGAN ANAK,CITA-CITA DAN BANYAK LAGI)
Saya asal Kuching Sarawak.Kerja biasa2x je.Belajar pun taklah setinggi mana.Cita2x dulu nak jadi cikgu.Tapi...tak tercapailah pulak.Takpelah.Dah rezekinya begini.Alhamdulillah.

Q3:CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA
Blog ni lahir April 2009.Takde benda2x khusus nak disumbat dlm blog ni.Apa yg lea nak taip lea taip je dalam ni.Banyak kenangan terindah kat sini.Harap kekallah bersama lea sampai bila-bila.Layoutnya, backgroundnya sentiasa berubah mengikut mood.



Q4:APA PANDANGAN ANDA TENTANG DUNIA BLOG
Dengan blog ni lea kenal ramai kawan baru.
Adik2x kat Kuching pun dah da blog sendiri.
Bolehlah lea tahu perkembangan mereka kat Kuching.

Q5:NASIHAT ANDA KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BARU NAK BUAT BLOG
Bagi yang baru berjinak ngan dunia blog ni, jadilah diri anda sendiri.Jangan menipu,jgn berpura-pura sebab benda beginilah akan diketahui org akhirnya.

Q6:NYATAKAN KEUNIKAN YANG ADA PADA BLOG ANDA
Entahlah.idaklah lea tau nak menjawab.Mungkin simple je kot.Entahlah.Asalkan org cepat nak bukak blog lea ni.Kawan2x.Cepat ke lambat nak bukak blog lea ni?
DAN SAYA TAG PADA 4 ORANG UNTUK JOIN NI
yann
ayu
umie
masz

MCD DITGH

Alhamdulillah.
Hari ni lunch ngan MCD.
Ada staf kat office belanja.
Budak ofis pergi MCD dekat bawah sampai bawak troli.
Jauh gak perjalanan kat bawah tu.
Buat ayu, terima kasih.




SAYA BEKAL LAGI HARI NI

Menu lea pagi ni.
Nasi lemak,sambal sotong ngan telur mata.
Masak sendiri tau.
Percaya?Sila jgn percaya.

Mana nak carik santan jam 4 pagi.
Lea beli je kat akak kat tepi simpang dekat ngan umah.
Akak ni nasi lemak dia sedap.Wangi je bau.
Awal pulak habis tu.
Kalau hujung minggu jam 9 pg jgn tanya lagi dah.
Mesti sold out punya.
Dia dah tau kalau lea dtg mesti lea bagi tupperware kat dia.
Lea sebenarnya tak reti nak makan dalam bungkusan kertas tu.
Macam budak kecik mesti berselerak.
Kalau makan dalam kertas tu pun mesti nak kena alas ngan pinggan.
Jadi jalan penyelesaiannya letak dalam tupperware.
Selamat.
Org2x kat opis ni ingat semuanya lea masak sendiri.
hehehehe.
Harus berterus terang.
Mana yang kita masak , kita cakap kita masak.
Mana yang beli ckp kita beli cuma letak dalam tupperware,
Sekian terima kasih.




Selasa, 21 Disember 2010

ALHAMDULILLAH

Sebenarnya idaklah mengharap sangat.
Tapi rasa seronok tu ada bila ada 3 BE yang menyinggah kat blog lea yang tak seberapa ni.
Tak sangkalah pulak kan.
Blog ni pun lea saja suka2x nak buat.
Sebab membolehkan lea ingat apa yg berlaku pada lea sejak setahun yang lepas.
NUFFNANG terima kasih ye.....



SAIZ KAKI GAJAH...org cakap...

Boleh pulak selipar wat hal time ni.
Boleh terputus.
Lea kat opis pakai selipar je.Bukan selipar jepun tu.
Tapi selipar yg ala2x bertumit gaklah.
Tapi kasut tumit n tertutup memang sedia ada kat opis.
Kalau ada meeting, jumpa bos, g kerja luar pakailah kasut tu.
Tapi kalau kat opis selipar tu jelah.
Senang nak bergerak.
Nak ke bilik fail pun jauh.
Ke tandas nun jauh di belakang.
Jadinya bila selipar dah putus kenalah dok cari penggantinya.
Nasiblah dekat PKNS ni adalah kedai kasut.
Semua kedai kasut dipergi.
Semuanya takde saiz.
Maklumlah kita ni kakinya besar ye adik2x,kakak2x.
Kita saiz 8,9,10.Ikut patern lah.
Macam kaki gajah.
Bukan senang tau nak cari yang saiz besar2x gini.
Last2x kat BATA jelah yang ada.Takpelah.Buat pakai kat opis ni je.
Tapi tapaknya licin sikitlah.
Ni yang kena bawak suami g JUSCO ni cari yang lain.
Hahahaha.
Alasan...nak menyoping...

HARI NI SAYA BEKAL

Hari ni saya bekal tau.
Jangan tak percaya.
Seawal 4 pagi dah bangun nak siapkan sarapan.
Awal pagi dah menumbuk bawang,cili & ikan bilis.
Lesung batu lea alaskan dengan kain setabal hampir 5 inci supaya time menumbuk awang,cili & ikan bilis org bawah tak dengar.
Kena paham org bawah mungkin tgh tido lena.
Jadinya nilah yang lea bawak g opis.

Tada...........Nasi Goreng pedas.
Memang sangat pedas.
Tapi syok gak sesekali makan pedas begini.
Tapi lea tak tahan makan pedas.

Bersarapan ngan air ribena.
Sangat suka minum air ni sekarang.
Macam kanak kanak riang dah rasa.
Kanak kanak ribena,


Isnin, 20 Disember 2010

KOPOK SOTONG

Setelah hampir sebulan membeli kopok sotong ni dekat Pangkalan Feri dekat Lundu,
baru petang semalam lea berkesempatan nak menggoreng kopok ni.
First time jugak makan kopok sotong ni.

Ni dia bungkusan kopoknya.
Keluaran kampung Sileng Melayu Lundu.
Kampung kelahiran diri ku

Gambar atas kopok sebelum di goreng.
Gambar bawah kopok selepas digoreng.


Makan dengan acar timun air tangan ibu kesayangan.
Acar yang mak buat adalah acar yang paling sedap yang lea pernah makan.
Suami lea pun suka makan acar ni.

Ahad, 19 Disember 2010

SAYA SEDIH SGT NI.....

Hari ni ada Program Sehari Bersama SPR dan JPN dekat Taman Putra Perdana.
Lea pun semangat ni nak pergi.
Sampai-sampai jam 10.30 tengok org....mak ai ramainya.
Takpelah isi jelah borang.



ni org ramai tgh mengisi borang SPR untuk pertkaran alamat mengundi


ni pulak tgh tunggu turn nak masuk dalam bas Jabatan Pendaftaran Negara


Yang buat saya sedih


Tujuan lea datang nak tukar alamat dekat cip IC.
Alamat kat luar masih kekal alamat yang sama.
Tapi......dah turn lea, cip IC rosak kata Pegawai JPM tu.
Kena tukar IC.Kalau tukar IC alamat kena tukarlah.
What to do, tukar, tukarlah.
Tapi hati ni sedih yang amat.
Alamat dekat IC akan jadi yang dekat atas tu.
Takde lagilah alamat my home town,KUCHING, SARAWAK.


hanya tinggal kenangan je lepas ni IC ni.
Lucu na muka lea time ni.
Kena pakai tudung kat JPN ni.
Time ni tudung lea pakai cerah sangat.
Ni gambar 4 tahun lepas.......

SEDIHNYA...................