MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 31 Oktober 2010

SARAPAN DI PAGI AHAD



Tengah masak di dalam kuali dengan minyak yang panas.
Masak yang simple je.
Jemput udang.
Letak daun bawang,bawang , cili, telur sebiji garam secukup rasa dan semestinya udang.


Jangan di lihat pada warnanya
tapi nikmatilah pada rasanya.
Sedap ......
Dan semestinya lembut sampai ke petang.
Salah satu air tanganku yang sangat disukai oleh suami.
HahahaHeheheheHuhuhuhuHihihihihi

ROTI NAN DAN AYAM TANDOORI

Malam tadi selepas balik dari PASAR BORONG SELANGOR
singgah dekat kedai mamak kat Puchong Perdana.
Teringin gak nak makan roti nan dan ayam tandoori.
Selalunya bila makan roti nan dan ayam tandoori ni
mesti share ngan suami.Memang tak leh nak habiskan seorang.
Besar sangat dan ayamnya pun banyak.
Sharing is caring ma......hehehehe.






Sabtu, 30 Oktober 2010

PASAR BORONG SELANGOR

Tadi pergi PASAR BORONG SELANGOR.
Beli lauk untuk seminggu.
Beli ikan kembung kembung nak wat asam pedas esok.
Beli ikan tongkol.Ingat nak wat kari nanti.
Beli ikan selar.Ingat nak wat masak sambal.
Semuanya RM 20 sahaja.
Dah tu beli udang nak wat jemput2x esok.
Ayam ada lagi.Tak yah beli kali ni.
Cukup semua dah utk lauk seminggu.
Sabtu depan pergi lagi.


selalu beli dekat brother ni je.suami siap suruh dia siang dan buang perut semua.



Jumaat, 29 Oktober 2010

ESOK HARI PENENTUAN...


Align Center

RENUNGAN HARI JUMAAT



Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Menolong orang jangan harap balasannya
Biar dengan ikhlas janganlah separuh hati
Tiap yang berbakti Tuhan maha mengetahui

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Kesucian diri itulah sifat paling suci
Senyuman dibibir keindahan budi bahasa
Keluhuran hati kita akan berbahagia

Sikit sama dirasa
Fakir jangan dilupa
Hidup kita hanya sementara
Manusia bersaudara
Kasih sesama kita
Jauhi dari bersengketa

*********************
Ingatlah teman
kala kita suka ada yang duka
kala kita kenyang ada yang lapar
sesama insan saling memerlukan
ingat....
mungkin rezeki dia datang melalui kita
renungkanlah....





Khamis, 28 Oktober 2010

DUA MAKHLUK ANEH


Hari sabtu lea layan kedua2x kartun ni.
Lepas margrib je terus nengok SINCHAN.

7.30 malam lak DORAEMON.

Memang cerita budak budak.

Tapi buat lea gelak

Walaupun cerita tak masuk akal
takpelah...
sekurangnya terlupa masalah diluar.

Macam budak kecik takpelah.

Itulah suami selalu kata.

HARI KEDUA KURSUS

Hari ni bertolak jam 7.30 pagi ke INTAN Bukit Kiara
dari pejabat di Shah Alam.
Jam 7.30 pagi.Semua tahu..semua org nak g kerja.
Jalan punyalah jem.
Huhuhu.Sabar jelah.

Rupanya jalan senang je.
Tapi yang tak lalunya...jem...
Kalau tak jem dah drive sendiri dah.

Sampai jam 8.25 pagi.
Kelas start jam 9.00.
Takpelah...breakfastlah dulu.
Lapar...tak makan apa-apa kat umah tadi.

Rabu, 27 Oktober 2010

KURSUS HARI PERTAMA


Kembali ke jabatan lama.
Jabatan pertama sebenarnya.
Ingat org tak kenal lagi dah.
Rupanya masih ada yang kenal diri ini.
Masing masing tanya kabar?
Kerja kat mana?

Kursus?????
Mula mula blur jugak.
Tapi lama lama..alhamdulillah dapat terima.
Satu ilmu baru hari ni.Alhamdulillah.

PERSIAPAN PERKAHWINAN




Dulu masa nak buat persiapan perkahwinan web di ataslah tempat lea merujuk.Yelah ngan pengalaman kawan kawan.

Di sini lea senaraikan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian khas untuk bakal pihak pengantin perempuan yang lea dapat dari website di atas.

PRA PERKAHWINAN

Kursus perkahwinan

Kad jemputan

Setem

Cincin kahwin


BARANG HANTARAN

Sirih junjung

Potpourri

Al-Quran

Sejadah

Samping

Songkok

Kain pelekat

Baju Melayu

Tuala

Kasut

Jam

Satu set penjagaan diri

Kek

Pulut kuning

Puding

Cokelat

Buah-buahan


JURUANDAM

Pelamin

Baju songket

Bunga pegang

Bunga pahar

Bunga telur/cenderahati tetamu

Jurusolek

Baju nikah & baju persalinan

Hiasan bilik tidur

Pintu gerbang

Barangan hantaran

Hiasan hantaran

Solekan pengapit dan flower girls


ABADIKAN MEMORI

Videografi yang siap disunting

Jurugambar


KANOPI

Kanopi

Kerusi dan meja

Alas meja

Kipas siling

Lampu

Upah pekerja


KATERING

Nasi dan lauk pilihan

Buah-buahan

Air (kordial)



HIBURAN

Kompang

Silat pengantin

Cak lempong

Kumpulan marhaban/berzanji


HAL-HAL LAIN

Penyambut Tetamu

Kerusi dan Meja

Alas meja

Skirting

Scallop

Kerusi banquet

Bunga bouquet

Lauk pengantin

Penanggah


Jangan ambik mudah.Walaupun nampak simple kalau dah dibuat last minit haru jugak.