MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 30 September 2010

DEKAT 5 TAHUN DAH



Semasa membuat pembersihan komputer di opis ni terjumpalah gambar kahwin dalam satu folder.Tersenyum sendiri lea dibuatnya.4 tahun lepas.11 Mac 2006.Alhamdulillah..dah dekat 5 tahunlah.Dua2xnya pun kecik je time tu.Lepas tu ntahlah...Bila org tanya kenapa berisi sgt ni? Jawapan standard.Hati senang.Makan minum ada org jaga.Yelah.....dia suka dok beli lauk, isterinya pulak pantang nengok lauk banyak banyak dalam peti sejuk.Masak jelah.

Tapi dulu fail gak masak ni.Ada je tak kena ngan selera dia.Nak tak nak kena menuntut ngan mak n pak mertua.Alhamdulillah sekarang bolehlah...Takde komplen dah hanya pujian je diterima.Mana taknya masak apa yang dia suka je.Hari2x kena ada lauk masak sambal, masak lemak n gulai tempoyak.Tak kisah ikan,ayam,daging , udang n sotong.Dah tu letaklah sebotol kicap manis.Dah tak dan nak letak kat tempat lebih kecik.Lagi laju dia makan.Rahsia memikat selera En.Sham.Lagi laju dia makan.

Masakan kegemaran lea, time suami outstation je lea masak.Tapi kalau dah teringin sgt masak jugaklah time dia ada.My ayam masak kicap. Masak kicap dia lain.Lea punya lak lain.Apa apalah kan.Tak kisahlah nak makan pe.Janji keharmonian rumah tangga tu tetap ada.Yang penting lea bahagia, lea seronok, lea senang ngan apa yang dimiliki sekarang.Alhamdulillah.Syukur atas pemberianNya.




KHAMIS-30.09.2010

Salam semua.Tinggal beberapa hari lagi lea kat sini.Banyak benda nak disettlekan.Kerja kena kasi siap semuanya.Baru hati senang nak ke tempat baru. Nota serah tugas kena di buat.Rasanya tak banyak kerja pengganti lea kena buat sebab kerja lea ni tak dibawa keesokkan harinya.Hari ni buat hari ni juga kena dihabiskan.Tapi yang penting rekod kena up to date .




Rabu, 29 September 2010

JOM MINUM PETANG





Jom minum petang.Jam 2 pun di kira petang gak kan.beli kat cafe je.Kopok lekor RM 1= 5 keping.Cekodok lak RM1=10 cekodok.Cukuplah kami ber5 di dalam bilik ni.





alhamdulillah..nak berKEMASlah

Salam semua.Alhamdulillah.Ditempatkan di Jabatan yang memang lain dari jabatan lea sekarang.Tapi...di SHAH ALAM.Putrajaya ke Shah Alam.Dok Puchong.Puchong dengan Shah Alam...oklah.Dah biasa pun g Shah Alam.Kalau dah di tempat baru, kena awallah keluar rumah.Tempatnya tak jauh pun tapi jem.Takpelah.Dah biasa keluar awal.

Tempat baru suasana baru.Sepanjang 11 tahun berkhidmat dengan kerajaan, baru 3 jabatan yang lea pergi. Dari jabatan pertama di Kuching, mohon tukar ke Putrajaya sebab suami kat sini.Alhamdulillah cepat pulak proses pertukaran.Sedih sangat nak meninggalkan tempat lama yang banyak mengajar lea.Tujuh tahun dekat sana.Tapi demi suami, lea berhijrah ke tempat baru.

Penempatan kedua , alhamdulillah.Kerja yang sangat mudah dari tempat yang lama. Yelah...dekat HQ.Jadi khusus kat satu satu bidang tugas je.Tak macam dekat tempat lama, kerja lea rojak.Pentadbiran,Service,Kursus,Stor,Kewangan sampaikan jadi PA pun lea.Tapi sebenarnya syok dekat state, semuanya kita tahu.Dan itu sedikit sebanyak membantu lea lulus PTK dengan cepat.

11hb ni di tempat baru pulak.Tak tahulah mcm mana bidang tugasnya.Dengar taklimat semalam, besar juga tanggungjawabnya.Tapi bagi lea, dimana mana pun kita duduk, asal pandai bawa diri, hormat org sekeliling kita, kerja di buat sebaik mungkin, alhamdulillah....kita akan seronok dengan semua tu.

Lepas ni berKEMASlah kita ye.Selamat tinggal blok D6.4 tahun dekat sini.Sanggup datang awal sebab nakkan parking terbaik.Takut susah nak kuar...Nak parking kat basement tak larat lak menolak kereta besar besar.Banyak kenangan kat sini.Suka, duka, pahit, manis semuanya ada.Berjumpa kita di Shah Alam.

Selasa, 28 September 2010

BERDEBAR DEBAR RASA DI HATI



Salam di pagi selasa semua.Sekarang lea tengah berada di tempat di atas.Berdebar rasa di hati.Di manakah diri ini akan ditempatkan.Ok...nanti update lagi ye.







Isnin, 27 September 2010

PEMBUKA SELERA



Sabtu lepas, lea dah tak tau nak makan apa.Suami dah cakap dah nak makan pucuk ubi masak lemak, nak ikan sepat goreng ngan sambal belacan.Tapi lea nak ada benda lain gak yang boleh membuka selera.Dok memikio tu teringat ngan cencaluk pemberian jiran di dalam peti sejuk.Apa lagi, potong cili, perah limau gaul ngan cencaluk.Fuh....sedap wa kata sama lu. Tanpa ku sedar dua kali tambah nasi.Lauknya cuma kuah masak lemak ngan cencaluk.





HARI BARU MINGGU BARU

Salam semua.Hari baru minggu baru.Tak lama lagi nak masuk di bulan baru.Tengah makan nasi goreng ni.Nasi goreng pedas yang tersangatlah pedas.Tu suami yang cakap.Pedas pedas sedap tapi dia tak tahan dah ngan kepedasan itu.

Semalam lea cuti memasak.Yelah...banyak jemputan di rumah terbuka sempena hari raya.Jemputan pertama perasmian kilang /jamuan hari raya di Shah Alam.Banyak mak mak datin yang datang.Dan yang lea tunggu2x Datuk Siti Nurhaliza.Comelnya dia.Cantiklah dia.Lea yang pegang kamera boleh terlupa nak ambik gambar dia.Manislah siti tu.Senyum je.

Balik balik dari majlis tu, pergi rumah jiran kat atas rumah lak.Seronoknya bila menu kegemaran lea ada.Mi Bandung.Sedap sangatlah kak zah masak.Tapi kak zah ni memang pandai masak.Ada jugak lontong, tapi perut tak leh terima lagilah.

Sebelah malam pulak, jemputan dari Persatuan Penduduk dekat tempat abang ipar.Walaupun kami duduk di kawasan kejiran yang lain, kami suami isteri selalu g program di tempat abang ipar ni.Kadang2x org ingat kami duduk sini.Menu semalam,nasi minyak,ayam masak merah, jelatah, rendang dan mcm mcm lagilah.Ramainya org datang.Ramai muka baru.Muka yang lea tak kenal.Tapi takpe..lehlah kenal org baru.



nasi goreng yang tersangat pedas.Org ngantuk yang masak.Terlebih cili di letaknya.


Jumaat, 24 September 2010

KENAPA SAYA SUKA MESIN BASUH SEPARA AUTOMATIK

Dapat artikel ni dari emel.Dan semuanya ada kena mengena dengan lea.Lea memang tak suka mesin automatik.Suami dah ofer nak beli mesin automatik time mesin basuh yang lama rosak.Tetap nak yang separa automatik.K...kita bacalah artikel di bawah.


Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri.

Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan.

Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adalah sedikit sahaja. Ianya sudah tentu akan membazirkan tenaga elektrik dan air.

Tetapi semuanya bergantung kepada cara hidup dan kesukaan masing-masing. Berikut adalah perkara-perkara yang boleh dipertimbangkan supaya MBSA anda tahan lama:

1. Walaupun MBSA anda boleh menampung berat sehingga 8.0kg, perlu diingat bahawa berat 8.0 kg itu termasuk air tadahan. Bukannya 8.0 kg pakaian kering semata-mata. Perkara ini sering disalahtafsirkan. Secara analoginya, apabila mesin terpaksa menampung lebihan beban, motor yang berpusing terpaksa bekerja dengan lebih keras. Ini menyebabkan jangka hayat motor tidak akan lama. Oleh itu yang terbaik kurangkan sedikit beban daripada yang disyorkan

2. Setiap kali selepas membasuh, amalkan supaya sentiasa mengelap mesin terutamanya di bahagian luar. Barulah nampak seperti sentiasa baru. Sekali-sekala berus di celah-celah mesin menggunakan berus gigi atau berus lukisan.

3. Walaupun kita sekadar manggunakan MBSA, tidak salah jika kita menggunakan sabun yang khusus yang digunakan untuk MBA. Ini untuk menjaga bahagian motor pada MBSA kita supaya lebih tahan lama.

4. Setiap kali membasuh, pastikan anda periksa setiap poket supaya tidak ada benda-benda seperti duit syiling atau brooch. Dikhuatiri benda-banda ini akan masuk ke bahagian motor dan merosakkannya.

5. Berhati-hati dengan butang-butang pada pakaian anda. Seelok-eloknya kita tukar mode operasi MBSA pada mode gentle. Ini kerana mode normal biasanya akan berpusing dengan laju dan keras. Oleh itu, butang-butang pada pakaian kadangkala akan tertanggal dan memasuki bahagian motor. Cara terbaik, setiap kali membasuh anda harus dengar-dengarkan MBSA anda membasuh. Kalau ada bunyi yang aneh, cepat-cepat periksa.

6. Pastikan MBSA anda diletakkan di tempat yang rata. Anda boleh menggunakan level untuk menentukannya. Jika ada senget sedikit, anda boleh meletakkan benda-benda yang sesuai di tapak MBSA anda. Jika tidak rata, untuk jangka masa pendek MBSA anda akan cepat rosak. Terutamanya di bahagian pengering.

7. Bahagian pengering sangat sensitif. Anda wajib mengiraikan baju sebelum dimasukkan ke drier. Drier tidak akan berpusing dengan sempurna sekiranya pembahagian berat di dalam drier tidak seimbang. Nampaknya itu sahaja tip-tips untuk kali ini puan-puan dan tuan-tuan. Selamat membasuh! Enjoy!!!

ALHAMDULILLAH...JUMAAT DAH HARI NI

Bertemu lagi di hari Jumaat.Pagi yang sgt cantik dan indah.Esok dan lusa cuti.Yabedabedu.Leh rehat. Penat sgt sgt dah minggu ni. 28 hb ni pulak...lea akan taulah di mana diri ini ditempatkan.Mintak2xlah dekat Putrajaya jugak.Tak kisahlah jabatan/kementerian mana pun.Tak nak dah berjauhan ngan suami.Dah berasa dulu berjauhan.Hari hari bertemankan air mata.Siapa yang pernah melaluinya akan paham apa yang lea katakan ni.

Al-fatihah.Pagi pagi sampai kat opis di bagi tahu oleh pengawal ayah kepada teman sepejabat telah meninggal dunia. Pagi tadi jam 5 dia meninggal.Di hari baik, Hari Jumaat penghulu segala hari.


Khamis, 23 September 2010

RUMAH TERBUKA JPM DI PICC

Salam semua.Hari ni lea baru masuk opis.Semalam MC.Selsema, hidung tersumbat ngan penat hari selasa tu pun tak hilang lagi.

Hari Selasa tu rumah terbuka JPM.Menu kami seperti biasa.MEE BANDUNG.Sedap....Lea seperti biasa, org dapur..Lepas je PM jalan jalan ke gerai gerai, org pun mula menyerbu gerai kami.Tak menang tangan dah kami.Penat memang penat sgt sgt.Tapi penat yang sangat menyeronokkan.




















Isnin, 20 September 2010

ISNIN DAH MAI....

Salam semua.Berjumpa di hari baru dan minggu yang baru.Hari ni semua yang bercuti raya dah kembali bertugas.Jalan pun dah sesak tadi.

Al-Fatihah.Semalam dapat sms dari Puan Yana.Suami CC Rusilawati meninggal pagi semalam.Alhamdulillah berkesempatan jugaklah semalam untuk menziarahi cc dan keluarga.Dah tau dan dekat pulak ngan rumah.Semalam jumpa jugaklah En.Mahmud,En.Hamid,En.Zakaria ngan Rizal.CC Rus sgt sgt tenang.Lea harap CC Rus akan tenang n tabah menghadapi hari hari mendatang.



Ahad, 19 September 2010

BERCAKAP DENGAN HAIWAN



DR.DOLTILLE.Boleh bercakap dengan haiwan.Boleh memahami bahasa haiwan.Kalaulah lea punya kebolehan sebegitu, lea nak cakap ngan paus, jerung ke, bawak lea merentasi LAUT CHINA SELATAN nak balik KUCHING.Boleh? Nak cakap ngan burung2x tak boleh.Tak terbawa ,mereka ngan lea ni.Mau patah sayapnya.Cuma angan angan.Cuma di dalam cerita.



PENAT SANGAT SANGAT

Badan dah pnat,lenguh sgt2.tadi wat open house.alhamdulillah ramai kwn2 n sdara yg dtg.start masak jam 11 pg.siap jam 3.sian maya,yg terawal dtg x trlayan.tp maya paham kan maya.menu hari ni,nasi minyak,ayam masak merah,rndang dging,sayur cmpur,mihun goreng,laksa n lmang.dah mcm bibik lea masak.rumah tutup jam 12 tgh mlm.tp seronok sgt.jran2 smua dtg.penat yg sgt2 menyeronokkan.

Sabtu, 18 September 2010

JOM KITA FREEKAN WILLY..



Salam semua.Ni lea nak cerita pasal DVD je.DVD cerita budak2x.Tapi rumah lea takde budak.Lea yang jadi budaknya.Kalau g kedai lealah yang tukang pilih DVD budak2x ni.Yang tukang bayar, suamiku MR.SHAM.Dia layan je minat bininya ni. Ni pulak DVD FREE WILLY. Jumpa je DVD ni terus beli k.Cerita ni lea nengok zaman sekolah rendah dulu kot.Tengok pun yang pertama je dan tak tau pun kewujudan siri yg ke 2 dan ke 3.Yang ni pulak lea takde gelak, tapi air mata yang menitis.Lea sensitif tau orgnya.Lembut hatinya...hahahahha.Dok memuji diri sendiri.Tapi betul kot... hehehe



HOME ALONE LAH PULAK HARI NI .....




Hari ni dah siap semua kerja rumah.Suami dok tido tu.Lea lak dok layan DVD HOME ALONE.Hehehehe.Satu lagi koleksi DVD yang lea syg sgt2x.HOME ALONE ni lea suka sgt2x nengok yang ke3 tu.Sepuluh kali nengok, 10 kali lea gelak.Biarlah pun, kalau dipikir 2x bukannya logik pun.Tapi sekurangnya ketawa boleh hilangkan penat badan, penat pikiran,rasanya semuanya bebas.Rasa ringan sgt sgt WALAUPUN berat taklah turun turun jugak.Rasanya sudah lama tak layan DVD2X ni.Yelah dengan kesibukan yang tak pernah habis.



Jumaat, 17 September 2010

LAYAN DVD MALAM MALAM




Seronoknya..esok cuti.Malam ni lea takde benda nak buat.Suami g dok bawah ngan geng2 yang semuanya veteran dari dia.Rasanya suami lea sorang je yang umur 20+.Yang lain semuanya 30an dan keatas.Takpe..kadang kadang kawan ngan org2x otai ni ok.Yelah mcm2x pengalaman hidup mereka yang boleh kita jadikan pengajaran.Lagipun mereka ni suka bercerita kisah dulu2x, zaman susah dulu2x.

Yang lea ni pulak, sekarang dok layan DVD di atas.10 kali nengok pun lea leh nengok lagi.Lea sebenarnya suka layan cerita WALT DISNEY ni.Entahlah..suka layan cerita budak2x. Dah hobi, dah minat.Dah tu gelaklah sorang.Kadang2x suami cakap lea ni mcm budak budak.Kalau hari Sabtu tu DORAEMON n SINCHAN.Tak pernah miss tau. Takpelah kan.Bukannya kacau org pun.



HUJAN DI PAGI JUMAAT




Lebat betul hujan pagi ni.Rasa malasnya nak g kerja.Kalau ada partner2xku kat opis rasanya EL lea hari ni.Nikmat betul rasa leh tido, leh tarik selimut.Tapi bila memikirkan diri ini berkhidmat untuk agama,bangsa dan negara , lea gagahkan diri juga utk mandi dan bersiap untuk g kerja.



BERAYA DI SRI KOTA

Semalam tgh syok memasak di dapur , suami balik dr dewan.Cakap ecah call suruh datang rumah.Call lea banyak kali tak jawab.Mana nak menjawab,telepon dalam handbag di dalam bilik. Hehehehe.Memang selalu kena marah ngan suami pasal tu.Dah sampai umah terus lupa pasal handpone k.

Siap siap masak, lea ngan suami bertolak dalam 1.30 lepas zohor.Sampai dekat SRI KOTA, bertembung lak ngan kak zah n family.Satu liflah kami.Sampai2x je dok nengok si ecah ni tersengih je menyambut kedatangan kami.

Menu semalam kat umah ecah, mi goreng,laksa ngan mihun goreng.Lea lak mesti cari mihun sebab mihun mak ecah ni terbaik wok...sebab ecah selalu bawak g opis.First time jumpa mak ecah.Lembut je orgnya.Anaknya pulak, very very the brutal punya org.Tapi nampak sgt, anak manja betul.Tak kisahlah anak bungsu.



mi goreng...suami cakap sedap..

mihun yang semestinya memang sedap

laksa lak...sedap kak zah cakap, tapi....tersangatlah pedas.i like...walaupun lea ni hantu laksa tapi semalam makan mihun je.



Khamis, 16 September 2010

LEA RINDU KAT MEREKA




Align CenterMemang org nampak lea senyum suka,ketawa riang tapi di dalam hati lea rasa sedih, rasa sayu dan rindu sangat sama insan di atas.Mak,bapak,mas,yan n amir.Dah duduk jauh, blog dan facebook je pengubat rindu.Tapi takpe...bulan 11 ni balik raya haji.Dapatlah jugak melepas rindu kat mereka.Dengar suara kat telefon pun dah rasa semacam dah.

Selama 25 tahun lea duduk ngan mak ayah.Tak pernah berjauhan.Jauh2x pun seminggu dua sebab berkursus kat semenanjung.Tapi dah ketentuanNya..bertemu jodoh dengan org perak.Berpindah ke semenanjung 5 bulan selepas kahwin.Masa dekat airport masa nak masuk departure hall, mak memeluk diri ini dengan begitu erat sekali.Masih lea ingat saat itu.Ye...mulai saat itu bermulalah fasa kehidupan diri yang baru.Belajar hidup sendiri.Sampailah sekarang.Dah 4 tahun dah berlalu.Macam macam pengalaman,pengajaran yang lea perolehi.Sangat sangat mengajar lea dan mematangkan diri ini.




BBQ LAH PULAK










Setiap kali turn kami beraya di Teluk Intan suami akan buat BBQ .Selalunya pada malam raya ke 3.Tetapi tahun ni buat awal sebab abang ipar nak balik ke Sungai Siput pada raya kedua.Malam raya pertama dah buat BBQ.

seperti tahun sebelumnya chiken wing adalah menu utama.Tetapi tahun ni ada pertambahan, udang dan daging kambing.Petang raya pertama kami dok terjah GIANT TELUK INTAN untuk membeli barang barang yang hendak di bakar nanti.Chefnya sudah semestinya CINTA HATIKU.Hahahaha.MR.SHAM BIN DIN yang dibantu oleh ALONG.Lea lak, tukang makan yang sgt setia....







SELAMAT HARI MALAYSIA

Selamat hari malaysia semua.cuti lg kita hari ni.
Sebagai rakyat malaysia yg berasal dari bumi kenyalang, lea bangga menjadi rakyat malaysia. lea merasa juga pembangunan di sarawak.teringat dulu di kampung lea rumah rumah dihubungi dgn jambatan kayu,tetapi kini jalan dah ditar cantik.SRB RAKYAT TUPONG.Sekolah rendah lea.dulu bngunan kayu je.tapi sekarang bangunan batu yg trsegam indah.TERIMA KASIH MALAYSIA

Rabu, 15 September 2010

KELUARGA BAHAGIA KAMI......



Raya ni lea dikelilingi oleh anak anak seramai 10 orang.8 orang tak dapat balik beraya.Sedihnya rasa hati...Hehehehe.Anak buahlah.Belah suami.Anak sendiri?Belum rezeki lagi.Tengah berusahalah ni....:-) di samping berdoa.

Belah suami memang ramai.Yang ada ni dari dua keluarga je.Dua keluarga lagi tak dapat balik.Kalau belah lea, takde lagi.Adik adik pun tak kahwin lagi.OTW tahun depan bulan 6.Insyallah.

Seronok budak budak ramai ni.Riuh rendah jadi rumah.Pagi raya dah dok ngikut ke sana ke mari.Makcu....nak duit raya.Makcu tu lealah.Lea lak cakap kalau nak duit raya, kena berbaris, cium tangan dan pipi sekali.Bagi yang kecik kecik lagilah.Dah tu masing masing dok mengira duit raya.Dok masing masing cakap dia punya duit raya lagi banyak.

***korang perasan tak tv kat belakang.pa mertua terpaksa gantung tinggi tinggi.cucu ramai balik.maklumlah tv baru. hehehehe




NAMA KITER DILA....



Assalammualaikum.Nama kite Nur Dalila binti Kamil.Umur kite..3 tahunlah.Anak sedara Acu ngan Makcu yang paling kecik.Kite sukee bergambar.Makcu pulak suke ambik gambar kite.

Pada waktu malam pulak kan...kite suke cangat2x masyuk bilik makcu sebab makcu sukee cerita kat kite pasal hantu pocong.Eeee....kite takutlah.

Kiter comel ke tak cumel? Cakaplah ...comel ....Okeylah ...jgn luper ...bagi duwit raya kat kiter tau.Kiter ni budak tecik lagi....Yang bace blog makcu kiter ni semuanya org tua2x kan?Kan....kan...kannn.Kena bagilah kat budak tecik...