MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 31 Ogos 2010

TAU FOO FA



Salam semua.Tau foo fa ni selalu suami lea yang beli.Lea pernah makan.Tapi time tau foo fa ni panas.Langsung tak minat.Tapi suami lea dia beli kat pasar ramadhan, letak peti sejuk, lepas tarawih baru dia makan.Nengok dia makan, mcm sedap je.Mintaklah sikit.Rupanya sedap time sejuk...Sekarang lea jugak kalau g pasar ramadhan, selain drpd beli air soya, tau foo fa ni jugak yang di beli Satu bekas RM1.20 je.Anda mau????



APA MENU PETANG NI??





Hari ni nampaknya berbuka sesorang je lea.Suami g Johor.Ada site kat sana.Dah sorang sorang ni tak reti dah nak memasak.Tak tau nak masak apa dah.

Nak masak apa ye....Di dalam kepala ni dah dok memikio nak buat nasi goreng je.Senang...Dan yang pennting...lea teringin sangat sangat nak minum sirap bandung.Pergh.....kalau dapat ni kan syok...Susu F&N ada, sirap pun ada.Boleh buat sendiri ni.











JOM ANYAM KETUPAT

Salam semua.Apa kabar hari ni semua.Buat apa hari ni?Pergi ke Bukit Jalil ke?Lea hari ni mcm biasalah..mengemas rumah bagai.Lepas tu beli riben, nak buat ketupat utk di bawa ke opis esok hari.Berenti jap, sebab nak call mak mertua. Tiba tiba lea terlihat sesusuk tubuh dok gigih mengayam ketupat.



Dari jauh.............

Zoom dekat sikit


Gigih betul dia...



Ye!!!!!!Alhamdulillah.Dok perati isteri ngayam ketupat, dok buat ujikaji aku sendiri..AKHIRNYA....berjaya jugak.

Nak tergelak aku nengok suami lea ni.Patutlah...mata tak berkelip dok perati lea ngayam ketupat.Dok tanya tu tanya ni.Rupanya.....Dia ckp jgn masuk kat blog...segan dia.Tapi lea cakap takpe...dah tua leh tengok ..kali pertama menganyam ketupat yang menjadi....


Isnin, 30 Ogos 2010

SEMANGAT MERDEKA



Esok Hari Kebangsaan....Hari Kemerdekaan negara kita yang ke 53 tahun.Sama usia mak...Tapi mak lagi bulan 7.Takpe...yang penting sama tahun

Korang dah tengok kan gambar di atas .Semangat kemerdekaan bilik kami.Bilik operator ngan bilik surat.Buat simple je sebab boss tak suka benda gantung2x.Ikut jelah.Ni pun penat gak.Nak memprint nak mengunting nak menggantung. Tapi memang betul betul simple.Sekali tengok mcm Kelab Negeri Selangor lak.

Apa apa pun...yang penting SEMANAGAT KEMERDEKAAN tu kan. Tema bagi tahun ini 1Malaysia Menjana Transformasi.K....SELAMAT HARI KEBANGSAAN yang KE53. MERDEKA ! ! ! !

HARI INI HARI ISNIN

Assalammualaikum semua.Alhamdulillah bertemu lagi kita d hari dan di minggu yang baru.Hari ni dah 30 Ogos 2010 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1431H.Dah 20 hari dah kita berpuasa kan.Sepuluh hari lagi kita akan menyambut Syawal.

Syawal tahun ni insyallah akan di sambut dengan penuh kesederhanaan.Keperluan mak mertua, kueh muih , alhamdulillah sudah disediakan. Keperluan keluarga kat Kuching insyallah otw.Nanti kirim je ngan kawan adik.

Tahun ni tahun ke3 aku beraya bersama keluarga mertua.Insyaalah... tidak akan seperti tahun pertama dulu.Menangis di pagi raya.Tahun kedua ok dah...Ini tahun ketiga...Rasanya lagi ok kot.Yang penting di pagi raya aku ngan suami kena call family kat Kuching mohon ampun dan maaf.Tapi...air mata pasti menitis gak bila mendengar suara mak dan ayah.

K....pagi pagi takmo nak sedih sedih.Yang penting kita happy.Mulakan hari ni dengan senyuman.


tuan umah di pagi Isnin.Selamat pagi semua.....berisinya aku....huhuhuhu.





Ahad, 29 Ogos 2010

PECAH KACA PECAH GELAS....



Malam ni ni lah aktiviti aku.Menulis, mengegam sampul dan melekat setem untuk menghantar kat raya.Sekarang penghantaran kad raya sangat kurang di praktikan.Jualan kad raya jugak tak sebanyak dulu.Yelah...sekarang zaman teknologi canggih...Emel, sms, mms dan mcm mcm sss...lagilah.


Walau apa pun org nak kata aku tetap nak teruskan tradisi ini.Tradisi yang mengingatkan aku zaman sekolah dulu.Zaman PECAH KACA PECAH GELAS, HABIS BACA HARAP BALAS. Hehehehe.Memang mengumpul kad raya je dulu.Dah tu gantung kat ruang tamu.Aku ada 3 beradik.3x lak pompuan. Banyak gaklah kad raya yang kami dapat. Gantung kat dinding, gantung kat bunga hiasan. Hehehehe.Kenangan....



Sabtu, 28 Ogos 2010

PERKONGSIAN PENGALAMAN

Assalammualaikum semua.Tadi memang betul aku layan mata aku.Dari 2.15 petang sampai 5.15 petang.Haa............ambik .Dengan tak sembahyang asar lagi, tak masak lagi....adui....3 jam aku layan mata aku tadi.Nasib baik ayam dan ikan keli aku dah kuarkan.Jam 5.45 aku mula masak.Yang penting sekali nasi kena masak dulu.Dah tu baru start masak lauk.

Tada......6.30 petang dah siap semua k. Menunya...ayam masak kicap, ikan keli masak sambal, telur hancur dan kailan ikan masin.Jam 6.35 petang aku ngan suami pergi bazar ramadhan.Beli air soya, tau fu fa dan murtabak.

Nasib baik sempat wat semua.Sedap sangat tido tadi.Tapi serius tau...pening kepala jugak aku tadi.Tapi layan jelah masak.Alhamdulillah... sekarang boleh dikatakan cepat jugak aku kat dapur.Dulu masa mula mula datang sini...1 lauk sattu jam aku masak k.Lambat sangat sangat.Kalau merasa tu mau 10 kali rasa.Masin ke tak.Tawar ke tak.Manis ke? Adui....Tapi setelah 4 tahun berlalu, sekarang boleh agak agak je dah.Alhamdulillah....

Memang salah aku lah dulu.Pergi kerja mak dah wat sarapan.Balik kerja mak dah siapkan makan malam.Jarang kedapur.Ke dapur pun goreng telur, masak maggie.Dah tu kahwin....berhijrahlah aku ke semenanjung ni.Dapat lak suami yang jenis makan kat umah.Berselera kampung lak tu.Memang banyak yang aku kena belajar. Fav. suami...masak sambal , kari kicap dan gulai tempoyak.Mak aku dulu masaknya...goreng, rebus dan kukus jelah.Jauh sangat bezanya.Jadinya...kalau balik kampung suami , aku dok tukang peratilah mak mertua , pak mertua kakak2x ipar masak.Sekarang alhamdulillah...gulai tempoyak,masak sambal dan daging kari kicap aku sudah mendapat kepujian dr suami WALAUPUN dari 10 markah tu dapat 8.Oklah tu kan.Dari dapat kosong kan

Aku bercerita ni sekadar nak berkongsi dengan teman-teman terutamanya yang masih bujang.Ada peluang nak belajar masak tu belajarlah.Kalau dapat suami yang tak cerewet oklah....kalau dapat yang cerewet....mau menangis jugak nak melayan.





NAK MASAK PE NI??

Salam semua.Apa plan di buat Sabtu ni.Aku hari ni dok umah je.Suami ada kerja lak.Takpelah...Leh aku menyetelkan apa apa yang tak setel lagi nih.Kerja umah semua dah siap.Kemas umah, basuh kain, sidai kain....apa lagi ek nak dibuat?Mata ni pun dah berat semacam dah.Kalau di layan maun tido ni.Tapi aku tak nak layan dulu.Tunggulah lepas zohor ..lehlah layan untuk sejam ke dua jam je

Dah tu nak masak lagi.Hari ni aku tak tau nak masak pe.Semalam dah buat hati lembu masak kari kicap,kari ikan tongkol n masak lemak sayur manis.Hari ni tak tau lagi dah.Aku dah kehabisan menu ni dah.Dalam peti sejuk ada lagi ayam, ikan selar, ikan sardin yang kecik2x tu.Kalau goreng garing...nasi panas...makan ngan kicap pun sedap

Pikir lu lah apa nak di masak.Pasar ramadhan pun kena g gak sebab aku nak beli air kacang soya yang aku rasa dah hari hari aku beli.Sedap......



Jumaat, 27 Ogos 2010

BUBUR LAMBUK






Time puasa gini bubur lambuk ni mesti popular kan.Sana sini bubur lambuk.Masjid ni bagi...masjid tu bagi...dan kadang kadan org persendirian pun bagi.Bersedekah.....Buat amal jariah di hari baik dan di bulan baik ni..

Tapi aku kurang arif sikit sebab pelbagai versi bubur lambuk yang aku lihat.Ada yang mcm bubur asyura n ada yang banyak kekacang.Sebab dulu masa kat opis lama wife exboss aku ada bawak bubur lambuk ni.Tapi pelbagai kekacang.Dia cakap nilah mona...bubur lambuk.Wife boss aku tu org kedah.Tapi semestinya kesemua version bubur lambuk aku suka makan.

Tapi....yang sebenar benarnya bubur lambuk tu mcm mana ye kawan kawan






PEJAM CELIK PEJAM CELIK

Sekejap benar rasanya masa berlalu.Esok Sabtu,Lusa ahad.Isnin kerja balik.Inilah kitaran masa yang kena kita lalui.Ada masanya kita berjaya menempuhi semuanya.Ada masanya berhenti di persimpangan.Jadi...sebagai insan yang lemah, kita kena redha dgn apa yang berlaku.Sesuatu yang berlaku itu mesti ada hikmah sebaliknya





BATANG BURUK

Salam semua

Kueh batang buruk...kenapa di panggil batang buruk ye.....Aku setiap tahun mesti beli kuih ni.Bukan untuk aku ...tapi untuk mak nun jauh di Kuching.Kuih ni fav .mak aku.Aku lak tak suka makan kuih ni.Idaklah teman tau nape.......

Tadi g gak kat jualan kat JAKIM cari kuih ni...tapi takdalah.....Aduh...frustnya aku.Mana nak cari ye....nak kirim ngan mak ni. Sedap ke kuih batang buruk ni ye........?



CORETAN DI PAGI JUMAAT

Assalammualaikum semua.
Hari jumaat sudah.....yahoo.....esok sabtu.leh cuti.hari ni suamiku menajdi suri rumah sepenuh masa.Hahahaha.Boleh?Yelah dia cuti.Selangor cuti hari ni...Aku lak kerja...Takpe...bertugas demi bangsa,agama dan negara.

Pagi tadi mcm biasa 4.30 pg dah bangun.Pagi tadi menggoreng nasi je. Dah tu wat telur mata.Simple je.Yelah...simple n cepat nak disiapkan.

oklah....aku tinggalkan korang dgn ayat2x di bawah yang aku copy dr facebook kawan aku. Sejuk hati pagi pagi dah baca ayat ayat ni.

Lagu yang merdu adalah azan
novel yg bagus adalah Al-Quran...
senaman yg baik adalah solat,
diet yg mujarab adalah puasa...
andai kata semua harta yg kita miliki adalah racun...maka zakat adalah penawarnya.
Jika seumur hidup kita adalah dosa,maka taubat dan bertakwa adalah ubatnya....






Khamis, 26 Ogos 2010

RESEPI CINTA

Ni aku dapat dari novel fav.aku yang aku simpan since 2002.Dah lapan tahun k usianya.Tajuk novelnya ERTI SEBUAH PERTEMUAN

1 hingga 2 jam bergayut di telefon

1 hingga 3 kajang surat cinta SEKARANG sms

1 hingga 4 guni kata kata rayuan

1 hingga 5 kolah air mata

1 hingga 6 tong kata kata sayang

1 hingga 7 helai bil telefon

1 hingga 8 perasa dan perisa angau

Campurkan semua bahan tersebut dan gaul sebati.Kemudian hiaskan cantik cantik.Selamat mencuba!!