MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 31 Julai 2010

SETEM YANG CANTIK DAN UNIK

Sebagai pengumpul setem aku memang suka melihat setem setem yang cantik begini.Sekarang pun aku dah ada 8 buku setem yang penuh dengan setem dari pelbagai negara. Kalau boleh aku nak memiliki setem setem dekat bawah ni untuk koleksi aku. Nanti nak tanya dengan budak yang tukang jual kat aku.Ada ke tak setem gini.Kalau ada mesti mahal dia jual ni.

Sebenarnya mengumpul setem ni lagi seronok kalau kita boleh bertukar setem ngan pengumpul setem yang lain.Dulu memang aku bertukar setem ngan kawan kawan n boss aku dulu.Sekarang aku main beli je.Mana yang cantik n unik.Kadang kadang dengan setem ni harga aku tolak tepi asalkan aku boleh dapatkan setem yang aku minat.Kalau dah minat n hobi aku...kadang kadang tak terkawal koborosan aku.Tetapi time ni aku stop dulu.Sekarang tengah seronok dok kumpul novel.Nanti cerita lain ek pasal novel ni.Tu hobi lain lak.

Jomlah layan je gambar2x setem ni.Bagi yang minatlah.................

























KURSUS OH KURSUS

Salam semua....

Aku tak taulah kenapa di opis ni aku jadi malas n liat nak kursus.Dulu kalau kat opis lama fuh.....kalau wajib tujuh hari kursus setahun aku lak 14 hari dah berkursus.Rajin pergi benar g kursus.

Esok aku akan BERKURSUS. Lama sebenarnya aku tak di g kursus ni.Last aku pergi SEPTEMBER 2008 dekat LUMUT. Dah setahun lebih jugaklah ...dekat 2 tahun kot.hahahaha.Punya malasnya aku.Kalau tak diwajib 7 hari berkursus rasanya aku tak pergi pun kursus ni.

Sebenarnya pekeliling untuk kakitangan awam berkursus 7 hari setahun sudah keluar pada tahun 2005 iaitu PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2005 dengan tajuknya DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM.Dekat opis lama aku memang mewajibkan semua kakitangan dan pegawai berkursus 7 hari setahun, tetapi jabatan tempat aku bekerja sekarang baru tahun ini betul betul dilaksanakan. Kalau dekat opis lama kalau tak cukup kursus utk setengah tahun dapatlah memo merah.Tapi dulu aku tak pernah kena memo merah sebab 7 hari tu sentiasa penuh.

Oklah.Nak kemas barang nak g kursus ni.Dulu jaga org kursus.Ni.kita lak berkursus.Sesekali keluar dr pejabat.Merasai suasana dan persekitaran lain.Selalunya dok dalam bilik dok nengok surat.......cop2x,sampul surat n sistem surat menyurat.

Jumpa lagi...da.....



ASYRAF IMAM MUDA




Graduan U
suluddin dan Fikah UM juara Imam Muda

KUALA LUMPUR: Rezeki menyebelahi Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, apabila dinobatkan juara Imam Muda pada pertandingan akhir di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini, malam tadi.

Graduan Usuluddin dan Fikah Universiti Malaya (UM) itu menewaskan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, untuk merebut gelaran pertama Imam Muda.

sambungan .....................

Jumaat, 30 Julai 2010

SIAPA IMAM MUDA PILIHAN ANDA



Asyraf & Hizbur

Siapa pilihan anda?????????????????
Nantilah keoutusan malam ni. di ASTRO OASIS 106.




RENDANG


Rendang adalah masakan tradisional bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya dan disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atauketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri harijadi dan sebagainya. Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak

Rendang juga disebut dalam banyak kesusteraan Melayu klassik seperti Hikayat Amir Hamzah yang membuktikan ia adalah masakan Melayu sejak 1550-an.

AHmz 10:4 ..... Buzurjumhur Hakim pun pergi pula ke kedai orang merendang daging kambing, lalu ia berkata: "Beri apalah daging kambing
AHmz 10:7 ... kambing rendang ini barang segumpal." Sahut orang merendang itu, "Berilah harganya dahulu." Maka kata Khoja Buzurjumhur, [1][2]

Rendang juga disebut dalam lagu Hari Raya yang dinyanyikan oleh Saloma.



Salam Jumaat

Assalammualaikum semua.

Bertemu kita di hari Jumaat penghulu segala hari. Hari jumaat hari terakhir bekerja pada tahun ini. Yahooo...esok cuti.Minggu depan lak nak p kursus dekat IPN.

Macam macam perkara yang berlaku minggu ni.Paling aku tak dapat lupakan ialah dugaan yang terpaksa dilalui oleh kawan aku kehilangan anak sulungnya. Entahlah...aku tak boleh bayangkan dirinya.Akan membuatkan aku menitiskan air mata. Dapat aku bayangkan dia membawa dirinya dan baby di dalam perut dok berjalan, dok naik , turun bas. Pernah sekali dua aku dan suami tumpangkan dia. Yelah..kesian nengok dia berhujan, Dengar berita mengenai dia membuatkan aku sedih dan menitiskan air mata.

Itu pasallah kalau kawan kawan kat opis dok bercerita pasal dia aku malas nak ambil pot...bukan aku tak nak peduli langsung...tapi ia boleh membuatkan aku sedih.Biarlah aku mendengar dari jauh.Aku harap dia tabah menghadapi dugaan ini. Insyaallah....ada rezeki untuk dia dan suami suatu hari nanti.

Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.




Khamis, 29 Julai 2010

NASI KERABU


Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.

Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada.



HARI KHAMIS SUDAH....

Sekejap je masa berlalu ye. Semalam hari rabu 28 Julai 2010 dah berlangsungnya APC bagi opis aku.Tahniah lah kepada yang cemerlang dan yang mendapat anjakan gaji.

Pagi tadi dah letih sangat rasanya. Yelah semalam dok ke sini dok ke sana.Balik umah memang dah tak larat dah. Nasib baik ada bawakan nasi balik semalam jadi tak yahlah masak.Lepas je isyak semalam terus zzzzzzzz.Ingat nak nengok konsert keynote semalam.Tak sempat lak dah.Dah tak sedar tido.

Pengganti aku dah ada dah.Awalnya ...sedangkan aku lom ada penempatan lagi.Takpelah...lehlah ajar kat dia kerja aku sikit2x.Kerja aku kat sini taklah susah mana.Tapi rekod kena oklah.Yelah....bilik aku tu dah kira mcm pejabAt pos kat opis aku. Tempat org tanyakan surat hilang, ada terima surat tak...surat dia hantar tak smapai...pun tanya aku.Takpe....dah fungsinya begitu.

Oklah....nak start wat kerja dah.Surat masuk petang semalam banyaklah pulak.Kena proses awal pagi ni.Kang org lambat terima aku gak yang kena. Ok semua...

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS WALAU DI MANA JUA ANDA BERADA.







sapa sapa nak beli setem..aku ada jual setem ye.banyak ni......hahahhahah
(ni stok opis punya da....untuk pos register)




Rabu, 28 Julai 2010

LEMANG



Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. DI Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. [1]

Lemang di pantai timur biasanya dimakan bersama dengan ikan bakar, tetapi di pantai barat, ia sering dihidangkan bersama rendang atau serunding.

Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia.





Selasa, 27 Julai 2010

NASI DAGANG



Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.

Nasi dagang Kelantan

Nasi dagang Kelantan biasanya bewarna merah kerana menggunakan campuran pulut hitam.

Nasi dagang Terengganu

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.

Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

Nasi dagang lain-lain

Di Johor dan sesetengah daerah di Pahang seperti Raub, Pekan, Temerloh dan Kuantan, terdapat juga versi-versi Nasi dagang yang menggunakan kuah laksa sebagai kuah pilihan.






Isnin, 26 Julai 2010

KETUPAT PALAS



Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi.

Ketupat tiga segi ialah bentuk ketupat tersebut tiga segi. Ketupat moden biasanya empat segi.






MORNING......

Assalammualaikum semua....

Bertemu kembali kita di hari baru, minggu baru.Hari ini Isnin dah semula.Terlalu cepat rasanya masa berlalu sekarang. Hari ni time g kerja tadi hujan renyai renyai....Terlewat bangun pulak pagi tadi.Yelah...sejuk....Rasanya tak nak bangun dari katil dah.Semalam sebelum tido dah plan nak goreng nasi or mi.Tapi dah lewat...tak jadilah nak menggoreng .Suami cakap tak yah jugak sebab dah lewat.Hari ni dia g Melaka lah pulak.Nasib baiklah balik hari.Harap cuaca elok kat Melaka.Kalau hujan alamatnya tido sanalah dia.

Sarapan aku hari ni , aku goreng dekat cafe je. Aku goreng mi+kue teow,ayam goreng n telur mata.Sekejap je aku menggoreng.Kos pun RM4.00 je.Badan tak penat..tapi balik dari cafe bawalah balik jugak bau asap cafe....aduh..bau dah satu badan..........Tapi...alah bisa tegal biasa ngan bau tu.

Minggu ni mungkin bz sikit.Sebab ada majlis besar kat opis untuk meraikan org org yang cemerlang dan yang lulus cemerlang dalam peperiksaan. Aku kerja kat belakang tabir jelah.Nak naik pentas pun masa nak kemas2x dewan n pentas.Untuk menjadi orang diraikan tahun ni takda lah.Takpe...bukan rezeki.Alhamdulillah pernahlah merasa sekali...tu pun kat opis lama...tahun 2003 dulu.Lepas ni tak taulah bila pulak.Yang penting tanggungjawab pada tugas dijalankan dengan sempurna, ,ikhlas dan yang penting keseronokan dalam berkerja....

Ok...awal awal pagi dah panjang pulak coretan pagi ni.Yelah...idea datang pulak dah.Sejuk sejuk gini kat opis otak pun segar bugar.

Akhir kata

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS BUAT SEMUA .MOGA HARI INI AKAN LEBIH MENCERIAKAN DIRI ANDA.SEMOGA HARI INI ADALAH HARI INDAH UNTUK ANDA.

sarapan aku pagi ni..beli je......



tuan tanah hari ini.mak ai..pipi aku...



Ahad, 25 Julai 2010





Bila nengok gambar2x di atas, aku rindu dengan suasana ni. Dua tahun sekali baru aku akan rasakan suasana ni.

Yelah...dah kahwin ngan org jauh kenalah ikut turn beraya .Tahun ni aku akan beraya di Teluk Intan rumah suami aku.Tapi takpa....asalkan aku dekat ngan suami.Tapi kesedihan akan tetap dirasai di pagi raya.Teringat masakan mak, nak cium tangan mak ayah.Nak salam ngan adik adik. Tapi takpe....sekarang zaman dah canggij.Leh 3G, VC ngan family kat kampung.

Makcik aku dua orang pun kahwin org semenanjung gak.Org johor ngan terengganu.Nasib baik turn kami sama balik.Tulah time nak berkumpul .Kalau balik kampung kat LUNDU memang riuhlah.Semuanya ada..

Dua gambar di atas time mereka beraya kat umah.Datang tak bagi tahu.Datang mengejut.Dan kami satu family pun nak keluar berjalan gak.Lastnya makan jelah apa yang ada.Tapi tak kisah.Lepas itu ada gak mrk dtg beraya sekali lagi,Tengok gambar ni tersenyum sendiri aku.




KETUPAT



Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.

Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.

Sejak 1990, ketupat yang dibungkus dalam plastik mula diperkenalkan, dan boleh dikukus dalam periuk biasa maupun periuk elektrik. Ketupat sebegini dinamakan ketupat segera / nasi himpit. Walaupun ada pelanggan yang merungut bau tidak seenak dahulu, itu tidak jadi masalah. Terdapat juga dakwaan bahawa ketupat segera dalam plastik boleh mengakibatkan barah.[1]

Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacang. Namun kini, ketupat turut dihidangkan dengan sate di gerai-gerai dan restoran seperti di Kajang.





CERITA SEMALAM...

Pagi pagi bangun, mandi, basuh kain n wat sarapan.Solat takdak...sebab cuti. Sarapan semalam? Mi goreng je. Buat simple je......Lepas basuh pinggan n sidai kain terus masak untuk menu tgh.Lauk semalam ikan masin masak lemak campur ngan terung, sotong masak sambal n telur ketuk .Simple je...Semalam siangnya tak berjalan...panas...Malam baru kuar g pasar malam Jalan TAR....Nak cari barang sikit.Biasalah...nak raya ni...hahahaha.Puasa pun x lagi kan...


mi goreng

ikan masin masak lemak campur terung

sotong masak sambal

telur ketuk

Jumaat, 23 Julai 2010

SUAMI AKU MENANTU IBU...






Bila tengok gambar ni tersenyum sendiri aku.

Dulu masa mula mula nak bawak suami jumpa family aku kat Kuching, Tuhan je yang tahu apa yang aku rasa.Serba tak kena je rasanya. Yelah..takut jugak org yang aku sayang direject family aku. Tapi bila dah jumpa Alhamdulillah...mak ayah n adik 2x leh mesra ngan suami.Suami aku ni pulak jenis mesra alam..mudah mesra.

Sekarang dah 4 tahun lebih dah jadi suami aku.Menjadi menantu kesayangan mak dan bapak aku. Entahlah..aku rasakan mak lebih banyak bercerita ngan suami aku dari ngan aku sendiri.

Tak lama lagi akan ada org baru dalam keluarga.Harap family sentiasa bahagia, happy utk selamanya.




SATE



Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.

Sate dicipta oleh para pedagang jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad 19.

Selain sate lembu dan ayam yang popular, terdapat beberapa jenis sate lain yang dijual, antaranya:

  1. Sate arnab
  2. Sate perut
  3. Sate pedal
  4. Sate kerang
  5. Sate ikan
  6. Sate ampai-ampai

Kebanyakan orang Melayu tidak makan daging semata-mata. Oleh itu biasanya turut disertakan nasi dalam bentuk ketupat. Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba. Bau yang wangi amat penting. Boleh juga didapati, sate dihidang dengan bawang merah dan timun, selain ketupat nasi atau nasi himpit.

Di Malaysia, sate sering dikaitkan dengan sate Kajang. Di Bayan Baru, Pulau Pinang ada dijual sate Kajang. Begitu juga dengan di Ipoh, Muar dan Johor Bahru.

Sate bukan menu makanan Melayu semata-mata. Sate turut popular di negara-negara Asia Tenggara lain. Di benua Amerika Selatan iaitu di negara Guyana ada juga sate, tetapi saiznya lebih besar.

Kita sedia maklum ramai orang Indonesia dibawa oleh penjajah Belanda ke Guyana untuk menjadi buruh paksa di sana. Mungkin mereka inilah yang membawa budaya sate di benua Amerika Selatan.

Di Malaysia sate dipercayai diperkenalkan oleh Haji Tasmin bin Sakiban di pusat bandar Kajang sekitar tahun 1900. Beliau menjual dari rumah ke rumah dan di sepanjang jalan, beliau akan berhenti jika dipanggil. Jadi perniagaan beliau adalah jenis perniagaan bergerak ataupun peniaga kandar. Ini merujuk kepada dua bekas yang dikandar oleh peniaga. Gambaran mengenai peniaga sate yang mengandar barang jualannya boleh dilihat di dalam filem Pontianak Gua Musang.

Anak saudara Haji Tasmin telah mengkomersilkan sate Kajang ini. Jika dahulu sate dimakan di tepi-tepi jalan dan gerai-gerai kecil, kini sate dijual dibangunan yang lebih mewah dan standard. Cara hidangan, lokasi, menu air, menu sate turut berubah sesuai dengan perubahan zaman.

Penerbangan Malaysia dan Singapore Airlines menjadikan sate sebagai menu pembuka selera untuk penumpang kelas Pertama dan kelas Bisnes masing-masing