MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 30 Jun 2010

BUKA PINTI BESI TAPI ........



Selasa, 29 Jun 2010

ANTARA DUA SORANG DAH DITANDA..

Lea ada dua orang adik perempuan.Kami 3 beradik je. Adik yang pertama namanya MAZIAN umurr 23 tahun.Dan yang bungsu MASTIJAH umur 20 tahun. Ahad lepas rombongan datang merisik, menanda adik no 2 dah datang.Majlis nikah n kahwin dah ditetapkan JUN tahun depan.Lebih kurang setahun lagi masa untuk lea n keluarga ready untuk majlis ni.

Sebagai anak yang sulung memang tugas lea untuk membantu mak ayah.Yelah mak ayah dah tua.Bukannya sihat sangat pun. Sebagai anak dah jadi tanggungjawab untuk membantu mak dan ayah. Lea pulak sebenarnya rasa nervous.Entahlah.Dulu time kahwin lea kedua dua adik kecik lagi.Masih belajar.

Start sekarang mcm mcm nak dipikir. Untuk majlis nikah,majlis sanding, bunga telurnya, katering, mak andam n pelamin bagi dia sendiri cari.Yelah..budak budak sekarang ada citarasa masing masing.Tak mcm kita dulu.Pandai mak ayah je.Yang kita ngikut je.

Jomlah kita layan gambar hari ahad tu..





nilah adik no 2 lea.MAZIAN



Yang ni pulak yang kecik sekali.MASTIJAH.Single n available lagi....

JALAN JALAN DIWATERFRONT

Sesekali balik ke Kuching banyak perubahan yang berlaku..Pasar sayur n pasar ikan yang terletak di jalan Gambier Road dah dijadikan Waterfront gak.Jadi semakin panjang dah Waterfront Kuching.Selepas makan kat VICTORIA FOREST bawak mak jalan jalan kat Waterfont.Memang cantik...Di seberang sungai ada ASTANA n DUN Sarawak.Memang cantik.Rasa bangga jugaklah jadi anak Sarawak.






Isnin, 28 Jun 2010

MALAM YANG SANGAT MENYERONOKKAN

Malamnya adik yang no 2 yann belanja makan dekat VICTORIA FOREST.Tempatnya sangat sangat best.Suasananya yang berlatarbelakangkan hutan sangat sangat menyamankan. Adik order tomyam, butter prawn,n kailan ikan masin, sup cendawan dan semestinya nasi putih. Rasanya oklah....

Seronok time ni sebab semua ada termasuk bakal adik ipar. bfnya si yann. Ok...kita tengok gambar k......





adik kesayangan n bakal adik ipar

yang tukang bayar, mak n lea


GEMBIRA SUNGGUH RASA DIHATI

Tiada yang lebih menggembirakan selain bersama keluarga tersayang.Ada mak, ayah , adik adik n suami tersayang.Hampir 4 tahun lea berjauhan dengan keluarga.Ye....sesekali memang terasa rindu sgt sgt kat mereka. Cuti selama seminggu ni akan lea habiskan sebaik baiknya bersama keluarga.

Sampai sampai ke Kuching mak pulak takde kat umah, sebab balik kampung tolong nenek wat kenduri arwah.Rindunya nak peluk dia, cium dia. Takpelah sabar...Malam kang baru dia balik.

Petang ni adik yang kecik, mas ajak jalan jalan kat MUZIUM KUCHING yang terletak di Bangunan DBKU.View kat sini cantik sebab boleh nengok hampir keseluruhan Bandaraya Kucing.Jomlah kita layan gambar.



ngan suami tersayang


azmeer yang suka berposing


di dalam cat mezeum







Selasa, 22 Jun 2010

LUAHAN DARI HATI



Assalammualaikum semua.

Lama dah tak wat entry luahan hati. Hahaha....Ok ...kita mulakan.

Setiap manusia ada had kesabarannya masing masing. Yelah selama ni lea pendamkan..Sebenarnya bukan pendamkan tapi tak nak bising bising.Dan ye..menjaga hati orang, tak nak ubah air muka org didepan org yang lain. Kadang kadang berdiam diri lagi baik tetapi kalau sudah melebihi hadnya gunung berapi pun leh meletup.Tapi kalau boleh kontrol.......

Ye...kadang kadang lea akui mulut ni kadang kadang telepas cakap jugak.Terlazer sekali dua.Kadang kadang dalam gurauan, dalam usikan.Kalau paham paham jelah.Kalau terasa diri tu minta maaf jelah. Lea ni hanya insan biasa yang tak lepas dari kesalahan dan kekurangan.Kadang kadang apa yang kita buat tu bukan kerana kita benci, irihati, dengki...tidak....cuma untuk memperingatkan sesama sendiri.

Satu yang lea ingat sampai sekarang pesan mak lea, pesan x boss lea, pesan kawan kawan yang lebih tua dahulu, bila kita buat baik ngan orang,Insyallah kita akan mendapat yang baik jugak. Alhamdulillah betul. Kalau apa yang mampu kita tolong ,...kita tolong.Kalau kita tak mampu terus terang.Kadang kadang lea selalu pikir rezeki yang kita dapat kadang kadang bukannya kita punya.Tetapi org lain cuma dia datang melalui kita.

Kehidupan kita ni ada pasang dan surutnya.Ada masa kita di bawah ada masa kita di atas.Bila kita berada di atas pandang pandanglah ke bawah jugak.Takut kita terus terjunam nanti.

Selama 29 tahun dah usia ni. Selama 10 tahun dah bekerja di perkhidmatan awam mcm mcm pengalaman dan pengajaran yang lea dapat.Macam macam perangai orang dah jumpa. Ada yang membuatkan kita suka...Ada yang membuatkan kita geram.Tapi apa apa pun ...untuk pengalaman dan mematangkan diri lea. Kita kena pikir kadang kadang apa yang kita buat tak semuanya org suka tapi nak buat mcm mana kan?Kadang kadang apa yang kita buat mengikut kemampuan kita.Jangan ada perasaan riak di hati.Jangan ada perasaan meninggi diri.Yang penting apa yang kita buat ikhlas dari hati.Ye..KITA AKAN HAPPY.

Ok...sekadar luahan hati....sekadar taipan dari jari, sekadar buah pikiran yang datang silih berganti. Yang pasti lea nak harungi nak lalui hari hari yang mendatang dengan happy disamping suami, keluarga dan kawan kawan.




Isnin, 21 Jun 2010

SUAMI TANGKAP ISTERI BERKHALWAT

Lebur hati seorang suami yang sepatutnya menyambut Hari Bapa hari ini selepas isterinya sendiri ditangkap ketika berkhalwat dengan seorang lelaki di dalam sebuah bilik hotel di Port Dickson dekat sini.

Lebih memalukan ketika ditahan kira-kira pukul 4.25 pagi oleh sepasukan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) wanita itu hanya memakai tuala manakala pasangannya berpakaian lengkap.

Kegiatan tidak bermoral pasangan berkenaan terbongkar selepas suami wanita itu sendiri melakukan intipan dan terus melaporkan perkara tersebut kepada JHEAINS.

Beliau hanya mahu dikenali sebagai, Zul, 26, telah mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata berusia empat dan tiga tahun.

Katanya, dia bekerja di Kuala Lumpur manakala isterinya yang berusia 28 tahun bekerja di Pasir Besar, Jempol dekat sini sebagai Pembantu Perpustakaan.

"Saya menyayangi sepenuh hati saya tetapi dia (isteri) bersikap sebegini dengan saya.

"Bagaimanapun, kira-kira enam bulan yang lalu saya mula mengesyaki sesuatu tidak kena dengan isteri saya apabila dia mula rapat dengan seorang lelaki yang berusia 21 tahun," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zul berkata, lelaki itu yang masih bujang bekerja di sebuah agensi kerajaan dan pejabat mereka terletak dalam satu bangunan.

"Apabila saya bertanya, isteri saya memberi alasan bahawa lelaki itu hanyalah adik angkat dan mereka juga selalu berjumpa kerana menyertai satu peniagaan jualan langsung.

"Namun, saya tidak menyangka bahawa itu hanyalah helah isteri saya dan dengan kuasa Allah semuanya terdedah semalam," ujarnya.

Menceritakan semula mengenai kejadian tersebut, Zul berkata, isterinya itu berada di Port Dickson untuk menghadiri satu kursus selama dua hari di sebuah hotel bermula kelmarin.

''Walaupun isteri saya sudah meminta izin untuk mengikuti kursus itu namun hati saya berasa sangsi dan saya memutuskan untuk 'mengintip' isteri saya.

"Ketika saya berada di luar pintu hotel secara tiba-tiba saya melihat sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki menjemput isteri saya di luar lobi hotel kira-kira pukul 11 malam kelmarin," jelasnya.

Menurutnya, dia terus mengekori pergerakan pasangan berkenaan sebelum mereka berhenti dan menyewa sebuah lagi hotel di bandar itu.

"Ketika itu badan saya menggigil kerana marah tetapi saya kuatkan semangat dan terus membuat laporan kepada JHEAINS serta polis.

"Kini setelah apa yang berlaku saya masih belum membuat keputusan sama ada mahu menceraikan isteri saya atau tidak dan cuba mendapatkan nasihat daripada keluarga sebelum membuat keputusan," katanya.


***apa nak jadilah ngan dunia sekarang ? dah ada suami buatlah ada suami.





Jumaat, 18 Jun 2010

NAK SIM CARD FREE???

Dekat umah banyak sangat dah sim card celcom ni.Yang belum digunakan k. Dah tak tau nak wat pe.............





tapi last last wat benda kat bawah ni.Yelah................sim kad memang tak digunakan lagi tapi no, nya dah tak diaktifkan k.Jadilah key chain ni.......Sapa nak? hehehehheh
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
6




MY FM

Lama dah lea tak update pasal hobi lea iaitu kumpul Fridge Magnet.Sebenarnya dah banyak bertambah cuma lupa nak ambik gambar. Yang terbaru koleksi minuman dalam botol. Beli kat UPTOWN PUCHONG.1=RM 2 , 3=RM5.Beli jelah 3 terus. Sebenarnya nak lupakan hobi ni wat seketika sebab white board tempat lea lekatkan koleksi Fridge Magnet dah penuh.Tapi tak boleh jugak menahan gelora dihati untuk membeli Fridge Magnet ni. Dah hobikan...Nak wat mcm mana.......










TELUR PADI

Lea tak taulah samaada kawan2x semua reti tak makan telur ni. Yelah dengan rupanya yang hitam silap silap dikatakan telur busuk.

Seperti abang ipar lea sendirilah...beli telur ni, rebus, bila kupas nampak hitam je. Dia cakap telur bucuk.Last last buang.

Telur padi ni tak payah di rebus k.Kupas dan boleh terus di makan.Lea suka makan gaul ngan nasi je. Tu pun dah sedap rasanya. Sapa sapa yang tak tau mcm mana rupa telur padi ni...ok...nilah telur ni.

*

*

*

*











HUJAN DI PAGI JUMAAT


Assalammualaikum semua.Time tgh dok seronok drive tadi ngan tingkap kereta terbuka...hujan turun dengan lebatnya.Alhamdulillah.Lama dah tak hujan.Boleh menyegarkan tumbuhan n bunga yang hampir layu, boleh menyegarkan mata yang hampir layu...tapi kalau hujan lagi syok tido kan.

Hujan adalah rahmat dari Allah.Kita semua maklum, hujan mendatangkan banyak faedah kepada manusia seperti mana yang tertulis didalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat ke 22

"Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah[30], padahal kamu mengetahui."

Kadang-kadang kita lupa semua dan selalu mengeluh bila hujan kerana menganggu aktivi-aktiviti kita sehari. Bahkan ada yang menyalahkan hujan. Ingat bahawa hujan itu rahmat dari Allah Ta'ala. Sepatutnya kita bersyukur dengan rahmat & pemberianNya.. Jadi, renung-renungkanlah wahai teman-teman ku




Khamis, 17 Jun 2010

JOM KITA BERSENAM














So you want to be a photographer










Gigih betulkan? Nilah yang National Geographic cari....



LELAKI VS PEREMPUAN

Betul ke ni?

Lelaki

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati.. masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?.. eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi. banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi.. buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet.. belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah
gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk.. alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa. Duduk. .
40. Alamak. Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air.. sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh.. kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2.. tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!


jangan marah,i'm just joking

KORANG NAK PAKAI KE BAJU NI?

Dapat dari emel.Cantik memang cantik tapi...tak pecah ke?Kalau pecah satu tu tak cantik dhalah baju tu.Lea vote untuk gambar yang pertama.Korang lak rasa mana yang cantik ek?