MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 31 Mei 2010

SELAMAT HARI GAWAI


Selamat Hari Gawai buat kawan kawan lea yang menyambut Gawai esok hari.Shera,Jamina,Bernedin,Daisy,Emilia,Brenda ,Melvin Selamat Hari Gawai .

Terasa kemeriahannya bila rakan rakan di Sarawak akan bercuti hari esok. Cuti 2 hari lak tu.Bestnya....Kalau lea kat sana dah ambik cuti dah .Balik kampung.......

Tapi apa kan daya....duduk kat Puchong, kerja kat Putrajaya.Mana ada cuti gawai.

Wokey...kepada yang menyambut Hari Gawai

SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI

&

kepada yang becuti

SELAMAT BERCUTI

RINDU KAT KAMPUNG HALAMAN......................uwaaaaaaaaaaa




TIDUR...


Lea tak cukup tido ni....Semalam siang, tak leh tido sebab ada benda nak buat.Malam lak g Sunway Lagoon.Balik umah dekat nak jam 12.30.Bukannya terus tido, ada lagi benda nak buat. Sedar seperti biasa jam 4.30 pagi.Tido balik ingat nak bangun jam 5.Rupanya terbangun jam 6.Melompat dari katil ke bilik air ngan kepala pening.Adui.........Ngantuk n pening kepala ni.....

MEH LEA SHAREKAN PETUA TIDUR RASULULLAH S.A.W

SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai bapa-bapa angkatât mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .

Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas , Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan”. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.



Morning semua....

Hari isnin dah kita ye.Sekejap je dah bertukar minggu.Semalam pergi nengok GAH 1 kat Sunway Lagoon. Pentasnya memang GAH, Artisnya bolehlah tahan GAH tapi yang tak GAHnya

1. Nak masuk kena lalui 3 gate.Tu pun tak boleh masuk terus.Lama kena menunggu.....

2. Kalau masuk takpelah ikut pintu depan , kalau dari parking kat luar kena masuk ikut Sunway Pyramid dah tu masuk ke dalam pun boleh tahan jauhnya nak sampai ke beach tu. Dah tu kena lalui kawasan berpasir.

3. Time balik. Apalah salahnya bagi keluar dengan pintu kuar tu.Ni tak..kena keluar ikut jalan masuk tadi. Adui.....Memang hangin satu badan.

Tapi.biasalah..masuk free.Sabar jelah.....


Sabtu, 29 Mei 2010

KELADI MERAWAN

Korang pernah tak makan keladi merawan ni. Lea pun sebenanrnya first time gaklah makan. Pergi pasar borong dan suami lea pun nampak keladi ni dan dia suh p beli.Lea cakap nak wat pe.Di cakap celur .Makan ngan sambal belacan. Ok...apa salah kan try sesuatu yang baru. Dah makan sedap rupanya.Macam rasa bendi sedikit......

Sebenanrnya kat kpg pernah tengok family mertua makan, tapi tak nak try pulak.Lea pernah tengok mereka tumis belacan.Keesokkan harinya pun suami lea wat tumis belacan dan sememangnya sedap..

nilah rupanya keladi merawan

keladi merawan yang siap dicelur

makan ngan sambal belacan pun sedap...


JOM PI SUNWAY LAGOON



Malam Kemuncak GAH 1 (Akhir)

Jom luangkan hujung minggu anda bersama keluarga berhibur dan tonton Siaran Langsung GAH 1 (Akhir).

Tarikh : 30 Mei 2010
Masa : 8.30 malam
Lokasi : Taman Tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya


Dapatkan tiket-tiket percuma di Pintu Utama Sunway Lagoon dan Balai Pengawal Angkasapuri mulai sekarang. (dah dapat tiket dah)

Sembilan buah lagu yang akan bertanding pada Malam Kemuncak Gah 1 Akhir musim ke-7 yang akan berlangsung pada 30 Mei ini bermula daripada jam 8.30 malam di saluran TV2 serta saluran ASTRO 180 Muzik Aktif adalah disenaraikan seperti berikut:

Lagu : Rawan
Penyanyi : Azharina Azhar
Lagu : Hazami
Lirik : Hazami

Lagu : Cinta Adam dan Hawa
Penyanyi : Misha Omar
Lagu : Azmeer
Lirik : Loloq

Lagu : Cinta Gila
Penyanyi : Grey Sky Morning
Lagu : Ejal GSM & Yatt
Lirik : Ejal GSM

Lagu : Tak Mungkin Kerna Sayang
Penyanyi : Alyah
Lagu : Ajai
Lirik : Habsah Hassan

Lagu : Rindu Terhenti
Penyanyi : Tomok
Lagu : Aubrey Suwito
Lirik : Tintas

Lagu : Bencinta
Penyanyi : Faizal Tahir
Lagu : Audi Mok
Lirik : Audi Mok & Faizal Tahir

Lagu : Pakai Buang
Penyanyi : Stacy
Lagu : Edry Abdul Halim
Lirik : Edry Abdul Halim

Lagu : Khatimah Cinta
Penyanyi : Sixth Sense
Lagu : 6ixth Sense
Lirik : 6ixth Sense

Lagu : Menggegar Dunia
Penyanyi : Stacy & Adam
Lagu : Edry Abdul Halim
Lirik : Edry Abdul Halim

Selain sembilan finalis yang bertanding, beberapa artis jemputan yang turut menghiburkan penonton pada malam kemuncak itu antaranya Siti Sarah, Nubhan, One Nation Emcees, Kumpulan Kristal dan Kumpulan Aisunam serta ramai lagi artis popular dijadualkan bakal menggegarkan Taman Tema Air Terbesar di Malaysia itu bersama tema fiesta.

Nantikan pertaruhan para finalis dalam merebut Anugerah Lagu Terbaik selain Anugerah Lagu Tempat Kedua, Anugerah Persembahan Terbaik dan Anugerah Lagu Paling Popular Pilihan SMS dengan jumlah wang kemenangan keseluruhannya mencecah RM 100,000.





TELUR KETUK

Dah lama lea nak wat entry ni tapi tak berkesempatan je. Telur ketuk ni lea dapat tahu dari seorang kakak yang bawak telur ni ke opis. Lea pun first time dengar...dan bila lea bukak tupperware nya rupanya sambal telur.Lea tanya mcm mana dapat nama telur ketuk, akak tu cakap ko try wat kat umah.Dia bagilah tahu bahan bahan dan cara cara membuatnya, Sebenarnya lea pun memang tak pernah wat sambal telur/telur ketuk ni.

Dan apa bila membuatnya lea ketawa sorang di dapur apabila terpaksa mengetuk sudip pada telur semua telur tu hancur.Nasib baik sudip kayu.Kalau sudip aluminium, tak tak taulah mcm mana bunyinya. Cakap dengan suami, dia boleh cakap....ala biasalah tu.Abang kecik kecik dulu mak memang selalu masak. Itulah suami lea.Bukan nak bagi tahu.Dia saja je biar lea bercerita bagai nak rak, bagi dia bak bagi tahu.


inilah telur ketuk dr air tangan puan monalea

Jumaat, 28 Mei 2010

PREVIEW LAGENDA BUDAK SETAN

LAGENDA BUDAK SETAN adalah filem yang paling lea tunggu pada tahun ini. Novelnya dah berapa kali lea baca.Novelnya lea beli time sekolah dulu. Sanggup dok simpa duit.Nasib baik novel ni kat umah kat Kuching.Kalau tak mau berulang kali gak membacanya ..Oklah kita layan PREVIEW FILEM ni.





Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak







Khamis, 27 Mei 2010

LIRIK LAGU INILAH CINTA - AKIM AF7



Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta

Chorus
Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta

Ulang Chorus

Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia

Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta




CALON CALON IMAM MUDA


SIAPA PILIHAN ANDA?



TAUFEK

NAMA PENUH: MOHD TAUFEK BIN MOHD NOH
ASAL: MERSING, JOHOR
TARIKH LAHIR: 14 JULAI 1983
STATUS: BERTUNANG
PEKERJAAN: PERUNDING MOTIVASI
PENDIDIKAN: SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM),UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA



SYAKIR

NAMA PENUH: AHMAD SYAKIR BIN ZAMRI
ASAL: MACHANG, KELANTAN
TARIKH LAHIR: 10 NOVEMBER 1991
STATUS: BUJANG
PEKERJAAN: PELAJAR
PENDIDIKAN: STPM,SMK (A) WATANIAH, MACHANG, KELANTAN



ABE SYARA

NAMA PENUH: SHARAFUDDIN BIN SUAUT
ASAL: MIRI, SARAWAK
TARIKH LAHIR: 01 JULAI 1984
STATUS: BUJANG
PEKERJAAN: GRADUAN UKM
PENDIDIKAN: IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN DAN FALSAFAH, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



NURI

NAMA PENUH: NURI ALI BIN ARBAIN
ASAL: KARAK, PAHANG
TARIKH LAHIR: 12 OKTOBER 1985
STATUS: BUJANG
PEKERJAAN: PENTERNAK
PENDIDIKAN: DIPLOMA KEJURUTERAAN TEKNOLOGI KOMPUTER,PUSAT KEMAHIRAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PAHANG



ADIB

NAMA PENUH: NIK MUHAMMAD ADIB BIN MD AMIN
ASAL: KOTA BAHARU, KELANTAN
TARIKH LAHIR: 30 OGOS 1988
STATUS: BUJANG
PEKERJAAN: USAHAWAN
PENDIDIKAN: SARJANA MUDA USULUDDIN,UNIVERSITI MUTA’AH, JORDAN



HIZBUR

NAMA PENUH: HIZBUR RAHMAN BIN OMAR ZUHDI
ASAL:BALING, KEDAH
TARIKH LAHIR: 01 APRIL 1983
STATUS: BERKAHWIN
PEKERJAAN: GURU TAHFIZ
PENDIDIKAN: SARJANA MUDA SYARIAH (TAHUN AKHIR),UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR



ARAN

NAMA PENUH: AHMAD HAZRAN BIN AHMAD KAMAL
ASAL: MANTIN, NEGERI SEMBILAN
TARIKH LAHIR: 28 NOVEMBER 1984
STATUS: BUJANG
PEKERJAAN: PEGAWAI BANK ISLAM, BAHAGIAN JABATAN SYARIAH BUKIT DAMANSARA, KL
PENDIDIKAN: SARJANA MUDA AL-QURAN WA QIRAAT, UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR



AZHAR

NAMA PENUH: MUHAMMAD KHAIRUL AZHAR BIN GHAZALI
ASAL: PADANG SERAI, KEDAH
TARIKH LAHIR: 12 SEPTEMBER 1989
STATUS: BUJANG
PEKERJAAN: MAHASISWA
PENDIDIKAN: PENGAJIAN ISLAM ZAWIYAH (PONDOK)(SEDANG BELAJAR),MADRASAH ZUHDIAH PARIT PANJANG, BALING, KEDAH




ASYRAF

NAMA PENUH: MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN
ASAL: PULAU PINANG
TARIKH LAHIR: 12 FEBRUARI 1984
STATUS: BERKAHWIN
PEKERJAAN: IMAM
PENDIDIKAN: IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN & FIQH, UNIVERSITI MALAYA



AMIRIL

NAMA PENUH: AMIRIL MD BANIN
ASAL: KUALA LUMPUR
TARIKH LAHIR: 21 FEBRUARI 1985
STATUS: BUJANG
PEKERJAAN: GURU KAFA
PENDIDIKAN: ROBI THANAWI (SIJIL MENENGAH AGAMA), SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-FALAH , PARIT TOK NGAH, PERAK



IMAM MUDALAH PULAK....


Selepas kita berAF kita ber IMAM MUDAlah pulak ye. Dan lea suka ngan rancangan ni sebab konsepnya lain dari yang lain. Jom kita tengok konsepnya mcm mana....

Konsep Imam Muda

Idea program Imam Muda ini tercetus apabila melihat anak muda zaman ini mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa, maka, Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam.

Calon-calon Imam Muda ini akan menjalani jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan praktikal dan bertulis berdasarkan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan. Mereka yang menunjukkan prestasi yang paling bawah akan disingkirkan.

Meskipun hampir kesemua mereka berpotensi menjadi seorang Imam Muda, hanya seorang yang bakal dinobatkan sebagai juara Imam Muda. Ikuti program kerohanian terbaru, Imam Muda hanya di Astro Oasis, saluran 106, Inspirasi Sanubari.

Kalendar

Imam Muda – Ujian: 24 & 25 Mei 2010 (Isnin & Selasa), 6.30 petang dan ulangan 11.00 malam, Program dua episod yang memaparkan sesi temuduga dan ujian calon-calon Imam Muda yang dijalankan di Kuala Terengganu, Alor Setar, Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Imam Muda – Kapsul: Setiap Isnin hingga Khamis, 6.55 petang dan ulangan 11.00 malam, bermula 26 Mei 2010, Program lima (5) minit yang memaparkan kelas-kelas yang diaturkan dan aktiviti harian yang dilalui oleh calon Imam Muda merangkumi pelbagai aspek kehidupan.

Imam Muda: Setiap Jumaat, 9.00 malam, bermula 28 Mei 2010, Rancangan penentuan prestasi semua calon Imam Muda selepas mereka melalui praktikal dan ujian berdasarkan tema yang ditetapkan setiap minggu.

Kemuncak Imam Muda: Siaran Langsung, 30 Julai 2010, Jumaat, 9.00 malam, Malam penentuan Imam Muda terunggul pertama.

Imam Muda – Jejak: Jumaat, 6 Ogos 2010 dan ulangan Sabtu, 7 Ogos 2010, Program yang akan mendekati juara Imam Muda. Kita akan dapat mengenali dengan lebih dekat latar belakang kehidupan Juara Imam Muda pertama kelahiran Astro Oasis.

Maraton Ulangan Imam Muda: Setiap Sabtu, 2.00 petang bermula 29 Mei 2010, Tayangan ulangan semua program Imam Muda sepanjang minggu.



HARI GEMILANG DIAN, INDRA


SETELAH gagal beberapa kali menjalin cinta, Dian akhirnya menemukan pelabuhan terakhir cintanya.

Maulana Indraguna Sutowo menjadi tempat hatinya berlabuh setelah bercinta selama dua tahun.

Kedua-duanya bertunang pada 14 Februari lalu dan selang tiga bulan selepas itu, pasangan berkenaan disatukan pula sebagai suami isteri pada 18 Mei.

Pelakon, Ada Apa Dengan Cinta?, Dian atau nama sebenarnya Dian Pramita Sastrowardoyo, 28, menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati yang juga sebaya dengannya.

Pernikahan yang menggunakan adat Jawa itu dijalankan di Hotel Dharmawangsa Kebayoran Baru, Jakarta Selatan.

Pada majlis pernikahan itu, Dian menerima sepasang telekung dan perhiasan emas sebagai mas kahwin.

Perhiasan emas seberat 185 gram itu melambangkan tarikh pernikahan mereka pada 18 Mei.

Mas kahwin tersebut diserahkan kepada bapa saudara Dian yang menggantikan ayahnya yang telah meninggal dunia.

Setelah selesai akad nikah Dian dan suaminya melakukan adat panggih (bertemu) pengantin setelah kedua-duanya dipisahkan selama tiga minggu.

Ia merupakan adat yang berasal dari Jogjakarta iaitu pasangan pengantin ditemukan semula setelah rasmi menjadi suami isteri.

Mengikut adat yang diwarisi, pasangan pengantin itu, tidak dibenarkan bertemu selama tiga minggu sebelum mereka disatukan.

Sejam selesai akad nikah, Dian keluar dari 'persembunyian' dan ditemukan dengan Maulana yang secara rasmi menjadi suaminya.

Dian yang anggun mengenakan busana pengantin kebaya off white muncul di depan Maulana dengan senyuman lebar.

Pada acara bersejarah itu, Maulana pula memakai pakaian pengantin berwarna putih dengan topi jawa dikenali sebagai blangkong berwarna hitam setelah penantian untuk bertemu dengan pasangannya berakhir.

Setelah itu dilanjutkan dengan upacara adat panggih yang bermula dengan melemparkan daun sirih di antara Dian dan Maulana.

Dian juga mencuci tapak kaki suaminya dengan air berasal dari lima sumber. Pasangan itu akhirnya duduk bersanding di pelamin di hadapan ratusan tetamu dan ahli keluarga.

Dian mengalirkan air mata semasa pernikahannya. Bukan sahaja kerana bahagia bergelar isteri kepada lelaki yang dicintainya tetapi juga terkenangkan arwah bapanya yang tidak sempat melihat peristiwa bersejarah dalam hidupnya itu.

Menurut Dian, suaminya tidak pernah bertemu dengan bapanya dan hanya melihat gambar-gambar sahaja.

Dian dan Maulana bertemu pada tahun 2007 dan akhirnya menjalinkan hubungan cinta.

Resepsi pernikahan diadakan di Pienary Hall Jakarta Convention Centre di Senayan, Jakarta.

Selepas pernikahan kedua-duanya tetap mahu menjalani hidup seperti sebelum mereka menikah dahulu.

Berdasarkan rancangan dan kata sepakat, pasangan pengantin itu akan meneruskan kehidupan mereka biarpun sudah terikat dengan komitmen sebagai suami isteri.

Baik Dian mahupun Maulana, masing-masing memahami prinsip bahawa kedua-duanya harus menghormati kerjaya peribadi masing-masing.

"Tapi yang pasti dalam kehidupan perkahwinan akan banyak perbincangan dan komunikasi untuk ambil keputusan, salah satunya tentulah tentang pekerjaan.

"Saya dan Dian dari awal sudah memahami pekerjaan satu sama lain. Kalau memang Dian masih mahu memenuhi kerjayanya tidak menjadi masalah, sebab saya juga mempunyai karier sendiri," kata Maulana.

Bagi aktres kesayangan ramai itu pula, selepas bergelar isteri, dia akan memberi perhatian pada rumah tangga.

"Yang pasti kami akan selalu mengutamakan keluarga kemudian baru kerjaya. Sebelum mengambil sebarang keputusan, saya akan berbincang dengan suami.

"Apa-apa yang akan kita putuskan pasti tergantung dengan perbincangan atau komunikasi kami berdua," kata Dian.

Pasangan Dian dan Maulana juga merancang untuk mengelilingi Laut Mediteranian sebagai destinasi bulan madu pilihan mereka.



KOS PERKAHWINAN RM4 JUTA



BAGAIKAN perkahwinan diraja. Itulah yang dapat disimpulkan mengenai acara pernikahan pasangan Dian Sastrowardoyo dengan suaminya, Maulana Indraguna Sutowo baru-baru ini.

Berdasarkan apa yang dilaporkan oleh media Indonesia, acara perkahwinan pasangan itu berlangsung dalam suasana serba mewah dan gemilang.

Difahamkan kos perkahwinan mencecah RM4 juta termasuk acara resepsi pernikahan yang diadakan di Pienary Hall Jakarta Convention Centre di Senayan, Jakarta.



HIP HIP HORREY......HIP HIP HORREY

Assalammualaikum semua.

Hari ni hari apa ye?? Birthday lea ke?Birthday suami ke?Anniversary kami ke? Hari ni hari Khamis lah.Esok Hari Jumaat.Dan malam ni malam jumaat...woit......jangan pikir ke lain ye....Betulkan apa lea taip....

Seronoknya esok cuti.Yeyeyeyeye. Wesak Day.....Yabeda bedu......Yippie........Macam lea lak sambut wesak..hahahaha. Lea bukan apa...sebab cuti esoklah lea seronok sangat. Leh rehat sepuas puas hati ini di rumah bersama sama suami tercinta...

.Wakakakaka.Feeling jiwang lak dah.Naper dah ngan lea ni......

Korang apa lak plan esok?Bercuti ke?Dok umah ke?Tengok wayang ke? Shopping ke? Sukahati koranglah ek. Janji sentiasa berhati hati di jalan raya.

Ha...pasal pemandu kat jalan ni, suami lea ni kan paling tak suka kalau ada kereta kat depan lelaki bawak awek....Bercinta lah pulak..Bawaknya macam siput b*b* berjalan.Rasanya laju lagi siput b*b* berjalan.Kalau kat lorong slow takpelah jugak. Ni tak...kat lane tengah takpun lane laju.....Tak sukanya...tak suka.......

Oklah.banyaknya lea merepek pepagi ni. Ok....Selamat Hrai Khamis.Ingat Esok Jumaat.Ingat esok cuti.Jangan g kerja lak...Yelah...mana tau...kot kot lupa...ooopss terlupa.......



Selasa, 25 Mei 2010

MAK, AYAH DAN SI DIA YANG DI CINTA


Assalammualaikum semua.

Sekali lagi lea nak cerita tentang jodoh.

Pada zaman sekarang ada lagi ke JODOH YANG DITENTUKAN OLEH MAK AYAH? Ye....ini memang masih ada. Terjadi kepada seorang kawan lea Z. Z dah punyai teman sendiri, tetapi terpaksa mengikut kehendak mak dan ayah. Serba salah dibuatnya kan.

Lea paham apa yg kawan lea lalui.Sebelah kanan mak ayah, sebelah kiri si buah hati. Mengikut kehendak hati akan menjadi anak derhaka.Mengikut kata mak ayah ada hati akan terluka.

Dia akan berkorban untuk mak ayahnya.Dan temannya akan terima segalanya yang berlaku dengan redha.Mungkin tiada jodoh antara mereka.

Lea sendiri yang menyaksikan , ye........tak boleh nak nengok kawan lea tu.Mesti menitis air mata. Entahlah...diri aku ni sensitif sangat ke?

Alhamdulillah, bagi lea sendiri , lea bersama dengan insan yang lea sayangi dan cintai.....Alhamdulillah mak ayah lea paham.Seluruh keluarga lea paham.Ye...memang takut pada mulanya dengan penerimaan keluarga dia dan keluarga lea sendiri.Yelah...sorang org sarawak, sorang orang perak. Dah jodoh kami...Alhamdulillah.......................




KALAU MENCARI PASANGAN


Assalammualaikum semua...Apa kabar hari ni?

Ni lea nak share sikit mengenai apa yang lea dengar dekat SINAR FM pagi tadi. Slot pagi Datuk Fadzillah Kamsah mengenai mencari pasangan.

Yang paling menarik perhatian lea ialah

Abang takde harta, xde duit....yang abang ada cuma cinta dan kasih sayang.Itu je yang abang boleh berikan. Huhuhu...mana boleh.....Bak kata Datuk Fadzillah Kamsah sekurangnya yang asas tu ada.Ada pekerjaan tetap, ada tempat tinggal, cukup makan n cukup pakai.Takkan nak harapkan cinta je.Nak makan apa?Nak makan pasir. Betul jugakkan.Biarpun tidak semewah mana TETAPI ADA.

Lagi satu yang lea suka.

Abang janji takkan usik syg sehingga kita kahwin.Datuk Fadzillah Kamsah cakap jgn percaya lelaki mcm ni.Lelaki mcm ni dikategorikan sebagai golongan yang miang dan tak boleh dipercayai...

Oklah..itu je nak share pagi pagi ni.


nukilan,

susah sgt nak cari pasangan



Isnin, 24 Mei 2010

KHASIAT MAKAN PELBAGAI JENIS KACANG

Kekacang dan legum diambil sebagai sumber protein menggantikan daging. Ia juga membantu menstabilkan paras glukos dalam darah, menyeimbangkan tindak balas elektrolit dalam tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme serta fungsi tubuh dan otak.

Merujuk fahaman orang Timur, kesemua fungsi ini dikawal oleh buah pinggang dan kelenjar adrenal.

Kerana itu kekacang dan legum juga dikelaskan sebagai makanan penyokong buah pinggang. Untuk mengoptimumkan pengambilan khasiatnya, kekacang seeloknya dimasak dengan minyak atau diambil bersama makanan berasaskan minyak. Misalnya, orang Arab memasak kacang kuda menjadi hummus (dicampur minyak zaitun), orang Jepun masak dengan rumpai laut dan minyak rumpai laut manakala orang Mexico memasak bersama minyak dan cili.

Kacang soya

Mengandungi asid amino dan sumber protein terbaik. Kacang soya seeloknya dijadikan minuman atau dimasak ketika pucuknya tumbuh seperti tauge. Untuk memasak kacang soya, rendam selama enam hingga lapan jam. Kemudian rebus dalam air yang ditapis. Kacang soya tidak boleh dimakan mentah kerana ia keras dan mungkin mengandungi toksik.

Fungsi: Mengekalkan kesihatan pankreas dan hempedu, meningkatkan perjalanan darah dan penglihatan, meningkatkan kuantiti susu badan, menyingkirkan toksin dan keracunan makanan, bertindak sebagai diuretik, mengelak loya dan masalah kulit serta sembelit.

Kacang soya hitam

Fungsi: Melindungi limpa dan pankreas, menggalakkan perjalanan darah, menyeimbangkan paras elektrolit dalam badan, mengelak masalah batu karang, bertindak sebagai diuretik, melegakan radang, menggalakkan metabolisme, mengurangkan masalah sakit belakang, mengelakkan osteoporosis, sakit di lutut, kejang dan juga radang pada saluran kencing.

Kacang hijau

Asal dari Pakistan, kini boleh didapati di kebanyakan negara Asia Tenggara. Mengandungi karbohidrat, fiber, protein, vitamin dan mineral terhidrat.

Fungsi: Meneutralkan toksin dalam tubuh, menyeimbang kesihatan hati dan hempedu; mengurangkan radang, melegakan jangkitan salur kencing, mengurangkan pengumpulan air, tekanan darah tinggi, asid gastrik dan masalah jantung serta darah.

Dhal

Mengandungi 26 peratus protein.

Fungsi: Meningkatkan metabolisme buah pinggang, menyuburkan perjalanan darah ke jantung dan mengekalkan fungsi otot serta kepadatan tulang.

Kacang kuda

Sumber terbaik zink, folat, protein, fiber, karbohidrat dan rendah lemak.

Fungsi: Mengekalkan kesihatan pankreas, usus kecil dan jantung; menyeimbangkan sistem hormon tubuh.

Korang suka makan kacang yang mana?Lea tersangat suka makan kacang tapi kulit ku ini sensitif sangat.Bila makan kacang mulalah jerawat datang.Tak suka..tak suka...




MONDAY DAH...

Assalammualaikum semua....

Selamat Hari Isnin. Rupanya hari ni gaji.....Nak ambik duit..nengok naper duit bertambah ni...rupanya gaji...yeyeyeye.Ambik terus sikit wat bayar duit kutu.

Tapi kena beringat..baru 24hb.Kena jimat sampai 24hb depan.Baru gaji balik. Sebulan gaji.Lama gak tu.Jumaat ni cuti hari wesak.Tapi suami lak kena g Johor.Nak ikut ke tak?Ikut ke tak? Tengoklah nanti........

Kerja hari ni leh lah tahan banyaknya.Takpe..wat pelan pelan. Yeye..Yabedabedu.....



Ahad, 23 Mei 2010

VIDEO KLIP SINGLE FINALIS AF8

SHAHIR - KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN

LIRIK LAGU KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

ADIRA - KU ADA KAMU

LIRIK LAGU KU ADA KAMU

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kami


DAUS - KENAPA

LIRIK LAGU KENAPA

Tubuhku menggeletar…
Di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Ku jatuh hati padamu…
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka ‘Yang terbaik dari ladang’
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa? (ulang)

Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

MAULANA -R.S.V.P


Align Center

LIRIK LAGU RSVP

Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan…
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya

Tapi di dalam realiti belum pasti
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu
Andainya benar katakanlah agar dapat mengorak langkah

Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu

IWAN -V.I.P

Lirik Lagu - V.I.P

Kau takkan percaya apa yang ku dengar
Khabarnya kau dah kecewa
Dengan diri ku yang tak luangkan masa
masa bercengkerama bersama mu

Oh kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
Kau VIP di hatiku

Mungkin ku tak arif memahamkan cinta
Ku sangka kau bisa faham
Ku sedar cara ku tidak cukup mesra
Masa bercengkerama bersama mu

Oh kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
Kau VIP di hatiku

Walau tidak bersama engkau selalu di hatiku 3x

Kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
Kau VIP di hatiku