MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 28 Mac 2010







Jumaat, 26 Mac 2010

SHAH@DAUS AF8 - AKHIR WAKTU



Semalam tertengok Diari AF8. Tengok sorang peserta dari Sarawak nyanyi lagu ni.Sedap gak..Rupanya lagu ciptaan dia sendiri. Berbakat dak ni.




Sabtu, 20 Mac 2010

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Semalam g opis memang takde nak pikir apa apa pun.Just ada makan makan sikit.Pot luck.Lagipun bilik kami tu biasa wat makan makan gini.Aku ok je.Dan aku bawak benda yang paling senang ..bawak air order Dominos Pizza...Ina Piee tukang ordernya.

Tapi tiba2x

HAPPY BIRTHDAY TO U
HAPPY BIRTHDAY TO U
HAPPY BIRTHDAY TO MONALEA
HAPPY BIRTHDAY TO U...

Terkejut beruk aku.Rasanya beruk pun tak terkejut mcm tu. Terharu sgt sgt.Siap ada kek birthday n hadiah lagi.Bilalah mereka wat benda ni.Memang menjadi plan mereka. Surprise yang menjadi.

Terima kasih semua.

KAK ZAH
KAK SIAH
KAK JA
INA PIEE
ECAH
NURUL
RIZAL

Sayang korang semua.



Menu kami semalam



Dominos Pizza


Kek yang mrk belikan



Sesi tiup lilin



Dok potong kek



hadiah yang mrk belikan







Terima kasih semua.Lea terharu sgt dgn apa yg korang wat.Sayang korang semua.






Ahad, 14 Mac 2010

WEEKEND D PD

Assalammualaikum semua. Weekend aku g PD ngan kawan kawan opis.Seronok sangat pergi dengan mereka ni. Pergi PD je..sebab dekat dan boleh dikatakan destinasi bajet untuk kami. Yelah booking apartment 3 bilik dekat Bahagian Pengurusan Hartanah BPH. Tambah ,Darab, Tolak,Bahagi seorang je bayar RM16 je.Tempatnya cantik dan selesa. Aku pergi ngan kak zah n anaknya,Ina Piee, Ina Manap dan suami akulah. Sampai sampai kat PD kami singgah kat Teluk Kemang menikmati bekal yang kami bawak dari rumah. Ina Piee masak Asam Pedas Ikan Pari, Ikan Masin Goreng.Kak Zah lak, bawak Nasi,Sambal Ikan Bilis dan Telur Masin.Ina Manap lak bawak keropok keropok.Ecah lak bawak sandwis dan aku lak semestinya benda yang paling senang KFC n Air.Layanlah gambar kami kat Teluk Kemang ni ye.









Sampai kat hotel check in, tukar baju dan terus............keboomm....ke laut.Seronoknya rasa dapat mandi macam ni.Rasa hilang semua masalah.Time ni air tengah pasang.Lama gak berendam kat laut sampai muka pun rasa pedih dah.





Dah puas mandi sudah semestinya rasa lapar.Balik je bilik, mandi, makan lagi. Makanlah apa yang ada.Bekal yang dibawak banyak lagi.Tulah yang kami makan.Sedap...makan ramai ramai macam ni.

a

Aktiviti malamnya....disebabkan hujan kami takleh nak kemana.Lagipun PD.Mana je yang leh g. Pergi karoke jelah. Terselahlah bakat terpendam semua orang.





Time ni suami aku tengah berduet dengan ina laggu doa buat kekasih..dan tiba tiba...balckout.Salah siapakah itu?

Dah blackout rileklah dulu.Macam macam yang kami ceritakan.Seronok ngan mereka ni.Kepala semua ok.Leh gila gila sikit.Leh gelak.....Dah blackout apa lagi.Bergambarlah.Macam macam gaya yang ada

.



Hari ni pulak....Lepas aku, suami aku,kak zah dan anaknya kuar sarap kami ronda ronda lu pekan PD.Habis semua hotel n resort kami masuk.Yang tiga orang tu kami bungkuskan je nasi lemak ayam.Misi utama kami hari ni...jeng jeng banana bot. Mula mula ina takut nak naik.Jadi kenalah suami aku duk depan dia dan aku ditinggalkan sorang sorang kat belakang.



Last last si kecik tu jugak yang depan sebab suami aku lari kebelakang.Mana tak menjerit ina.Dok panggil mak dia je dah.Berendam kat laut dari kul 10 pagi sampai 12.30 tgh.





Sebelum naik bilik ke kolam renang lu. Dok bersihkan bdn bdn yang berpasir.Lama gak berendam kat sini .Dekat nak setengah jam jugak. Tengok jelah gambar gambar kami.





Kali ni aku betul betul seronok.Aku rasa happy sangat.Yelah.G bercuti nak release tension.Nak seronok seronok.Tapi mereka ni best.Best sgt sgt.
Next trip kami...plan nak g jauh ni.Tunggu jelah.Nanti adalah aku cerita.



Jumaat, 12 Mac 2010

4 TAHUN SUDAH BERLALU

Alhamdulillah.Semalam genap 4 tahun kami melayari kehidupan berumahtangga.Ye...Adat hidup suami isteri.Ada masa suka,ada masa duka.Tapi alhamdulilah suamiku begitu memahami diri ini.Kadang kadang aku boleh tanya aku dia

Bang...kenapa ayang tak leh marah abang lama-lama?

Dia mesti menjawab...sebab kita serasi.

Aaah..kami memang serasi.Kami saling melengkapi.Memang aku inginkan kehadiran cahaya mata dalam hidup kami berdua.Tapi rezeki belum memihak kepada kami.Aku dulu cuma sempat merasa 'mengidam ' untuk 3 bulan.Entahlah..aku sentiasa akan berdoa moga ada rezeki untuk kami.

Bulan Mac...banyak tarikh tarikh penting dalam hidup kami.

11 Mac kami diijabkabulkan
12 Mac kami disandingkan
20 Mac birthday Monalea
24 Mac birthday my luvly hubby

26 Mac majlis di rumah suami


Semuanya berlaku in Mac.Takde nak celebrate grand2xlah.Cukuplah sekadar makan malam di kedai kegemaran aku dan suami.Tempat biasa je.Tapi cukup membuat aku gembira, bahagia. Ye..mungkin kebahagiaan terpancar pada diri aku, budak kedai tu boleh g tau aku, akak manislah hari ni.Lain dr hari hari lain.Aku ngan suami aku gelak je. Ye...aku gembira, bahagia bersama MR .SHAM BIN DIN selama 4 tahun ini dan kalau diizinkan untuk selamanya dunia dan akhirat.Insyallah.

Ni aku tayangkan kembali kenangan kami 4 tahun lepas.










Isnin, 8 Mac 2010

Charice Pempengco



suara dak ni memang power tul.



CIBIDI BANG BANG



banyak banyak persembahan IDLAN@ABANG KASSIM PON PON ni je yang paling membuat aku gelak. Yang tak tahan juri naik tu. Ni je yang buat aku gelak semalam .



MENU MAKAN MALAM HARI NI

Sampai sampai umah balik dari kerja, landing dulu.Penat sgtlah.Sebelum tu kuarkan ikan dan sotong. Lebih kurang sejam tertido...aku pun bermula bersilat didapur. Sampai berpeluh peluhlah.Dari takde idea nak memasak, terus macam macam idea yang datang. Korang tengok jelah menu aku hari ni.





SOTONG MASAK KICAP



SALAD TELUR



PAJERI TERUNG

IKAN KEMBUNG BAKAR

dan semetinya...AIR ASAM




CERITA HARI ISNIN

Sejak seminggu dua ni aku tak taulah tabiat tido aku semakin menjadi jadi. Sabtu dan Ahad dah selesai semua tugas rumah mesti terus landinglah aku. Yang hairannya malam , kalau diikutkan kalau dah tido siang mesti malam susah nak tido.Tapi ni tak...lenanya sampai kepagi.

Dan pada hari hari bekerja lak mesti MR.SHAM yang akan mengejutkan aku dari lena. Lepas dia mandi baru dia kejutkan aku.Dan aku pulak, kelam kabutlah mandi, buat sarapan n solat subuh.

Dan yang syoknya pagi tadi dia yang buat sarapan.Huhh....bahagianya rasa.Abang kalau hari hari mcm ni kan seronok. Hahahaha.

Hari ni aku pergi opis ngan penuh semangat.Ngan penuh ceria. Semoga sampai ke petang.

Ni...kerja kerja dah kurang sikit.Lehlah nak hapdet blog ni kejap.




Ahad, 7 Mac 2010

BURGER MALAYSIA

Sebenarnya sudah lama aku nak makan burger yang org kita buat.Yelah yang dibuat ditepi jalan tu.Dan aku rasa BURGER ni lebih sedap dari yang fastfood punya.Aku mula teringin nak makan burger ni bila aku g tengok wayang citer ADNAN SEMPIT.Kebetulan ada budak bujang dok depan aku ngan laki aku. Tengah tengah perjalanan cerita tu mereka dok bukak bekalan yang dibawa.Mak aiiiii...baunya sungguh menikam kalbuku.Rasa je nak nanya kat mana mereka beli.Sedap sangat baunya. K...Aku tayangkan gambar k.Sebelum makan lupa nak ambik gambar.Dah pertengah jalan baru teringat. Aku betul betul menghaytai kenikmatan burger itu semalam.



Sabtu, 6 Mac 2010

MASALAH KU DI HUJUNG MINGGU


Kalau hari bekerja, sebelum balik mesti aku akan bertanya pada kak siah.kak siah masak apa hari ni?Sekurangnya aku ada idea nak memasak lauk pada hari tersebut.kadang kadang apa yang kak siah nyatakan membuat aku kecur air liur.yelah...sebab sedap.sebab suka jugak makan lauk yang dia masak tu.Dan kadang kadang lauk kami sama pada hari tu.Takpelah.Lain lain rumah.Dia kat PUTRAJAYA.Aku dekat PUCHONG.

Tetapi bila tiba hujung minggu..mulalah dok pening.Nak masak apa?Tanya kat laki aku dia mesti kata, ikut suka ayanglah. Sukahati.SUKAHATI???Satu perkataan paling aku tak suka kalau tanya part memasak.Aku kalau boleh nak masak benda yang dia suka.Motif????Sebab dia yang banyak makan.Yelah..kalau aku masak lauk yang dia tak suka sangat, sikit je dia makan.Sapa yang rugi.Dia jugak...sebab dia tukang beli lauk.Sapa yang penat?Aku jugak....sebab aku tukang masak.


Dan cara penyelesaian yang paling senang, yang mudah buat apa yang dia suka makan.Masak tempoyak, dan masak sambal.Watlah semuanya masak sambal.Ayam ke, ikan ke,sotong ke, udang ke...janji nasi n lauk cepat habis.Yelah.Wat satu lauk, ngan kicap kipas udangnya, aku gerenti dia mesti bertambah nasi.Dan berat badannya pun dah semakin bertambah lagi dan lagi.
Korang tunggulah apa yang aku masak hari ni.



MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

Tadi tak tau nak wat apa.Tv pun sekejap chanel tu sekejap chanel ni.Last last aku tersangkut kat RTM1. PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT ANTARABANGSA.Ni dah 2 tahun dah aku menyaksikan pertandingan ini di kaca TV. Aku sebagai anak Malaysia merasa bangga apabila melihat mat mat salih ini bertutur dalam bahasa melayu.Walaupun nampak janggal tapi kesungguhan mereka patut dipuji.Kesemua mereka ada pelajar di universiti di negara masing masing. Pertandingan ni dibahagikan kepada 2 kategori iaitu KATEGORI NUSANTARA DAN KATEGORI ANTARABANGSA.Jom saksikan pemenangnya.

KATEGORI NUSANTARA



NO. 1- MALAYSIA



NO. 2- KEMBOJA



NO. 3 - INDONESIA

KATEGORI ANTARABANGSA




Ni adalah peserta peringkat akhir.
Dari kiri
CHINA, JERMAN, AUSTRALIA, ARMENIA DAN RUSSIA

dan pemenangnya ialah



NO. 1- CHINA



NO. 2 - RUSSIA



NO. 3 - JERMAN



aku sebenarnya suka dengan peserta dari Australia ini. Pandai menyelitkan lawak dalam pidatonya.Tapi sayang tak mendapat sebarang tempat.



****kadang kadang org Malaysia, org Melayu sendiri tak boleh berbahasa ibunda