MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 28 Februari 2010

WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Dah dok sorang sorang mcm ni mulalah teringat pada mereka yang jauh di Kuching. Kalau dekat memang hari hari nak je lea balik kampung.Tapi jauh sangat.Bila rindu gambar,suara mereka je yang jadi penawar.



mak dan ayah



adik adik



EEQ ...SEMOGA CEPAT SEMBUH

Salam

Terkejut lea bila mak cakap eeq dimasukkan ke wad.Eeq ni abang azmeer.Kami memang rapat sejak dari kecik lagi. Ingat dulu , masa kecik kecik selalulah dukung dia.Ringan je orgnya.Sekarang ambik....jadi sesihat sihat yang amat.

Memang tau dia accident tapi tak terpikirlah dia akan serius mcm ni.Siannya dia.t.Dan sebelum dia dimasukkan ke hospital dia ada call suami dok bergurau ngan suami,dok merapu rapu ngan suami.Eeq ni suka sakat org org dan lea selalu terkena ngan dia ni.

Eeq kak mon harap eeq cepat sembuh .Jaga badan, jaga makan.Jangan nak nakal nakal lagi.Dok merempit jak kerjanya.




anak anak dara yang sentiasa menemani



siap posing lagi tu


lenanya dia tido.tengok gambar ni sianlah kat dia.




BIRU KEPADA HIJAU

Salam semua.Memang sudah lama aku tak menghapdet blog ini.Entahlah kenapa.Takde idea sebenarnya.Takde seni sebenarnya nak menyusun kata. Tapi hari ni ku gagahkan juga diri ini menghapdet blog ni.

Ye...background blog lea dah bertukar kepada hijau.Actually i hate greenYelah..org ckp hijau ni cemburu.Ye ke?Ye kot.Sebab dari pembacaan aku pun hijau tu tandanya cemburu.Tapi what to do.Sesekali kita jugak nak kelainan kan. Jadinya terjadilah warna hijau ni yang aku padankan ngan font hitam.

Sebenarnya kehidupan aku banyak dikelilingi ngan warna hijau. Rumah aku dicatkan dgn warna hijau.Baju baju aku banyak yg warna hijau.Pokok pokok.bunga bunga dikeliling kita pun hijau.Nak wat mcm mana.Banyak banyak warna hijau yang terbekenan lak.

Org cakap cemburu cemburulah.Yang penting hati kan. Aku nak cemburu pasal pa pulak. Yang penting happy happy je.



Sabtu, 27 Februari 2010

RINDUNYA DEKAT KITAK MIR



Pejam celik pejam celik dah 14 tahun dah umurnya.
Sepupu lea yang dah lea anggap macam adik sendiri.
Sangat manja dengan kami sekeluarga.
Ingat dulu masa baru lahir asyik nangis je kat umahnya.
Last last mak lea bawak dok kat umah kami.
Senyap jek lepas tu.
Dah tu mak ayahnya tiap tiap malamlah dok berulang g umah kami.
Dia duduk ngan kami sampaailah usianya 12 tahun.
Tapi selepas tu kalau ada cuti je mesti datang rumah.
Azmeer.Akak rindu kitak eh.
Belajar benar benar ahhhh.



Khamis, 25 Februari 2010

TAHNIAH MAS, TAHNIAH ADAM



MAS, ADAM
Tahniah kerana berjaya dalam STPM
dari kakak n bang sham.
Semoga kitak duak lebih berjaya dalam apa juak bidang yang kitak duak ceburi



Sabtu, 20 Februari 2010

HAPPY BIRTHDAY YAN


Selamat Hari Jadi Yan.
Semoga dipanjangkan umur ,
Dimurahkan rezeki,
Dan cepat cepat bertemu jodoh.
Dan menjadi anak yang baik pada mak dan bapak kita.

Salam sayang dari kak mon n bang sham



Jumaat, 12 Februari 2010







Isnin, 8 Februari 2010

Selasa, 2 Februari 2010

YANG DI PERTUAN AGONG




Untuk rujukan bersama

Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.


Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.

Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.

Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.

Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.

Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.

Senarai-senarai Yang di-Pertuan Agong

YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 3 Ogos 1957 - 1 April 1960
Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
Negeri: Selangor
Tempoh: 14 April 1960 -1 September 1960
YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT
Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 21 September 1960 - 20 September 1965
Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum
Sultan Zainal Abidin
Negeri: Terengganu
Tempoh: 21 September 1965 - 20 September 1970
YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Negeri: Kedah
Tempoh: 21 September 1970 - 20 September 1975
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
Negeri: Kelantan
Tempoh: 21 September 1975 - 30 Mac 1979
YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN
Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
Negeri: Pahang
Tempoh: 26 April 1979 - 25 April 1984
Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail
Negeri: Johor
Tempoh: 26 April 1984 - 26 April 1989
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH
Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Negeri: Perak
Tempoh: 26 April 1989 - 25 April 1994
Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 26 April 1994 - 25 April 1999
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUABELAS
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
Negeri: Selangor
Tempoh: 26 April 1999 - 21 November 2001
Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 13 Dec 2001 - 12 Dec 2006

YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGABELAS (KINI)

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah Negeri: Terengganu Tempoh: 12 Dec 2006 - kini