MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 26 November 2010

MEMBERI DAN MENERIMA


Mereka yang dapat memberi tanpa mengingat, dan menerima tanpa melupakan akan diberkati.
Salam jumaat semua.
Hari Jumaat ni kalau dekat opis ada je org bawa nasi lemak lah, mihun gorenglah.
Bersedekah di Hari Jumaat.
Bersedekah tu biarlah dengan hati yang ikhlas.Bukan dengan niat untuk menunjuk2x kelebihan harta, duit yang kita ada.
Yelah...kadang2x tu rezeki org lain datang dari kita.
Ni lea sertakan sekali kelebihan bersedekah dalam ISLAM.
Perbandingan sedekah menurut Al-Quran
Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”. ( Al-Baqarah : 261 )

Dipanjangkan umur dan mencegah ajal yang buruk
Maksud sabda Rasulullah saw :
“Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya” ( H.R. Tabrani )

Menolak bala bencana
Maksud sabda Nabi saw :
“Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah”( H.R Al-Baihaqi )

Selagi peluang masih ada
Dari Abu Hurairah r.a katanya :
Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )
GAMBAR SEKADAR HIASAN

2 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.