MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 5 September 2010

KUCING OH KUCING







Salam semua.Wat per?Lea sekarang dok tgh wat kek lapis evergreen.Nantilah cerita pasal kek.Ni nak cerita pasal kucing.Ok..lea anak jadi Kuching k.Dilahirkan,dibesarkan,bersekolah semuanya dekat Kuching.Semuanya kuching.Tapi rumah lea kat kuching takde kucing sebab semua kami adik beradik takut kucing.Dapat pulak suami yang suka sangat dengan kucing.Macan mana tu?Paham ke tak pahal korang.Hahaha..

Lea sangat takutkan kucing k.Takut ke geli?Rasanya 2x.Entahlah.Kadang kadang teringin sgt sgt nak pegang kucing yang comel .Tapi keberanian tak ada.Rumah mak mertua ngan umah akak ipar dari sekecil kecil kecil kucing sampai setua tua kucing ada.Kalau dah kat sana, duduk atas kerusi sentiasa bersila k.Mak mertua n akak ipar dah paham yang lea sgt takutkan kucing.

Kerana kucing jugak lea pernah menjerit di sebuah kedai makan dan tanpa sedar lea melompat dan duduk di atas meja makan.Lantaklah org nak gelak.Takut sangat sangat.Dan pernah terjadi kat diri ini di kedai jual ikan sebab suami nak beli anak ikan, tiba tiba ada seekor anak kucing berlari ke arah lea dan tanpa sedar untuk kali kedua, lea melompat atas kerusi dan terus ke atas kaunter pembayaran.Malu lea kena gelak ngan budak kecik.Dari mana ntah dtgnya anak kucing tu.

Tak taulah sampai bila lea akan takut ngan kucing, geli ngan kucing.Dah cuba, tapi ketakutan masih menguasai diri.



5 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.