MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 3 September 2010

KAT MANA?KAT MANA?

Salam semua.Tadi lea dah terima surat utk ke MAJLIS TAKLIMAT DAN PENYAMPAIAN SURAT PENEMPATAN untuk jawatan baru pada 28 September ni.Tarikh lapor diri ke tempat baru ialah pada 11 Oktober 2010.Lebih kurang sebulan dari sekarang.Tapi yang wat lea tak senang duduk ni, penempatannya dekat mana?

Macam macam dah pikir.Kalau diikutkan hati memang dah seronok kat tempat ni.Kawan kawan pun best.Tapi bila dipikirkan masa depan , cari pengalaman...takpe.Dah rezeki kan.Lea kalau kat Putrajaya ni takpe...tak kisahlah mana mana jabatan.Tapi bila dok mikir kalau ditempatkan di luar Putrajaya...Kat negeri lain...aduh...takkan nak PJJ ngan suami lagi.Dahlah lepas kahwin PJJ untuk 5 bulan.Sedih sgt sgt bila berjauhan dengan suami.Yelah...asyik rindu, teringat je kat dia. Ni dia outsation 3 hari pun lea dah rasa angau semacam dah. Takpe...tunggu jelah 28hb nanti. Menghitung hariiiii

Tadi nak hilang kenervousan , dok bergambar ngan kawan kawan satu bilik yang sangat sangat best bagi lea.









1 ulasan:

  1. xpelah,,kat mna2 pun dh dikatakan kite ni "berkhidmat untuk kerajaan" tawakal jelah..doa2 lah supaya dpt dalam putrajaya gak...blh keep in touch...even dlm blog pun..hehehheheee...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.