MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 7 September 2010

BALIK KAMPUNG......

Salam semua.Dah 28 Ramadhan dah hari ni.Alhamdulillah...tak lama lagi SYAWAL akan menjelma.Malam ni lea & suami akan balik ke Teluk Intan, Perak.Mengambil masa 2 jam untuk sampai kalau tak jemlah..Kalau balik Kuching, 1 jam 45 minit dah sampai dan langsung takde jem. Hahahaha.Motif dok bandingkan?hahaha.Gurau je.Walaupun ke Kuching mengambil masa yang sekejap je tapi persediaan nak masuk dalam kapal terbang tu sangat lamalah jugak. Nak kena check in 2 jam sebelum.Nak kena tungu kat departure hall lagi.Dah sampai nak nunggu beg lagi.Tu belum lagi ngan kes beg hilang.

Pasal beg & kotak hilang.Lea dah lalui untuk dua kali berturut turut balik balik dari Kuching.Kes pertama satu beg yang dipenuhi ngan kek lapis ngan biskut ntah ke mana pergi.Adui...Dahlah banyak lak tu.Ingat nak diguna utk beraya kat sini.Ini kes tahun 2007.Tapi keesokan harinya ada pihak syarikat penerbangan htr beg lea tu.Alhamdulillah.Beg tu tertinggal dekat Kuching rupanya.

Kes kedua lak...kotak yang dipenuhi dengan udang 10kg tak tau kemana pergi.Adui.....Nak menangis rasa kat airport.Tapi pihak penerbangan cakap takpe kami try cari kotak akak.Alhamdulillah.Esok ada kotak lea tu.Kotak lea tu nun dihtr je JB.Hahahaha.Pengalaman....

Oklah semua.Bagi yang balik kampung hari ni berhati hatilah ya.Sapa sapa yang menuju ke UTARA malam ni samalah kita ye.Senyum selalu.


rindu kat adik adik lea............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.