MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 29 September 2010

alhamdulillah..nak berKEMASlah

Salam semua.Alhamdulillah.Ditempatkan di Jabatan yang memang lain dari jabatan lea sekarang.Tapi...di SHAH ALAM.Putrajaya ke Shah Alam.Dok Puchong.Puchong dengan Shah Alam...oklah.Dah biasa pun g Shah Alam.Kalau dah di tempat baru, kena awallah keluar rumah.Tempatnya tak jauh pun tapi jem.Takpelah.Dah biasa keluar awal.

Tempat baru suasana baru.Sepanjang 11 tahun berkhidmat dengan kerajaan, baru 3 jabatan yang lea pergi. Dari jabatan pertama di Kuching, mohon tukar ke Putrajaya sebab suami kat sini.Alhamdulillah cepat pulak proses pertukaran.Sedih sangat nak meninggalkan tempat lama yang banyak mengajar lea.Tujuh tahun dekat sana.Tapi demi suami, lea berhijrah ke tempat baru.

Penempatan kedua , alhamdulillah.Kerja yang sangat mudah dari tempat yang lama. Yelah...dekat HQ.Jadi khusus kat satu satu bidang tugas je.Tak macam dekat tempat lama, kerja lea rojak.Pentadbiran,Service,Kursus,Stor,Kewangan sampaikan jadi PA pun lea.Tapi sebenarnya syok dekat state, semuanya kita tahu.Dan itu sedikit sebanyak membantu lea lulus PTK dengan cepat.

11hb ni di tempat baru pulak.Tak tahulah mcm mana bidang tugasnya.Dengar taklimat semalam, besar juga tanggungjawabnya.Tapi bagi lea, dimana mana pun kita duduk, asal pandai bawa diri, hormat org sekeliling kita, kerja di buat sebaik mungkin, alhamdulillah....kita akan seronok dengan semua tu.

Lepas ni berKEMASlah kita ye.Selamat tinggal blok D6.4 tahun dekat sini.Sanggup datang awal sebab nakkan parking terbaik.Takut susah nak kuar...Nak parking kat basement tak larat lak menolak kereta besar besar.Banyak kenangan kat sini.Suka, duka, pahit, manis semuanya ada.Berjumpa kita di Shah Alam.

5 ulasan:

  1. wah.. tukar tempat keje la yer.. selamat ek

    BalasPadam
  2. tempat baru...suasana baru...politik tempat kerja tetap ada...hehe

    BalasPadam
  3. K

    Alhamdulillah berhijrah di tempat baru.

    BalasPadam
  4. abang eq

    betul tu...politik tempat kerja tatap ada. mana mana pun kan.belum kerenah orgnya.peel yg mcm mcm

    BalasPadam
  5. keje KEMAS ke? asyek guna huruf besar je tang KEMAS tu :p

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.