MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 22 Ogos 2010

ZAKAT

Sudahkah anda menunaikan rukun yang ke5 itu?Kalau sudah Alhamdulillah.Kalau belum tu cepat2x ye.....Suami lea semalam dah bayar zakat fitrah dekat MASJID TAMAN PUTRA PERDANA, PUCHONG.

Kadar zakat fitrah tahun ini bagi negeri SELANGOR ialah RM 7.00 bersamaan 2.70kg beras.

K.Sapa sapa yang belum tu...cepat ye...kang terlambat...n takut terlupalah pulak.



"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)





"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat". Surah An-Nur (ayat 56)





"Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." Surah Al-Baqarah (ayat 83)







Dari ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.

Jadual di bawah adalah jadual kadar zakat fitrah bagi tahun 2010/1431H untuk semua negeri-negeri di Malaysia. Kadar zakat fitrah bagi setiap negeri dikeluarkan oleh pusat zakat negeri masing-masing yang mana kadar ini ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya.

Negeri
Kadar Zakat Fitrah 2010 (RM)
Perlis
6.00
Kedah
7.00
Pulau Pinang
7.00
Perak
7.00
Selangor
7.00
Negeri Sembilan
6.50
Melaka
6.50
Johor
5.00 / 7.50 *
Pahang
7.00
Terengganu
5.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan
7.00
Sarawak
5.20
Sabah
6.80
Wilayah Persekutuan
7.00
*Mengikut jenis beras






1 ulasan:

  1. Salam lea.

    Terima kasih sudi singgah blog saya.

    InsyaAllah sehari dua ni nak bayar zakat kat surau di taman perumahan saya ni. Mulai tahun ini dah ada amil dari kalangan pengerusi dan imam surau tu. Tapi sebelah malam aje mereka kutip zakat sbb siang mereka kerja tempat lain.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.