MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 6 Ogos 2010

REZEKI DARINYA

Setiap kali selepas sembahyang kita seringkali berdoa.... "Ya Allah ya tuhanku, murahkanlah rezeki ke atas ku...".

Murah rezeki bukan semestinya mendapat wang yang banyak......tetapi rezeki itu dari pelbagai segi.

Ya...itu yang sering kita doakan selepas sembahyang kan.Aku pun begitu juga. Alhamdulillah......... walau kami suami isteri tidaklah semewah mana..........tapi rezeki tu sentiasa ada. Boleh untuk kami kongsikan bersama keluarga dan kawan2x.

Seringkali aku berdoa supaya ada rezeki 'zuriat' pada kami suami isteri.Selepas mengalami keguguran dahulu aku sering menanti saat gembira untuk kami.Tapi hingga saat ini tiada lagi khabar gembira utk kami.Ye....kekadang aku menangis sendiri mengenang nasib diri......Tetapi suami sering kali menasihatkan aku.Bukan rezeki kita lagi.Sabar.....

Ye...memang bukan rezeki kami lagi.Tetapi tanpa aku nanti.......tanpa aku tunggu....rezeki lain yang datang.Aku menerimanya dengan penuh rasa syukur.Alhamdulillah...bagi aku yang sekadar berkelulusan SPM ni...ini merupakan rezeki yang sangat aku tak sangka.Yelah dengan usia 29 tahun...baru 11 tahun bekerja....

Allah memang adil pada umatnya. Diuji dengan dugaan itu..........digembirakan dengan rezeki ini.........

Ya Allah...ku bersyukur atas rezeki dariMu Ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.

2 ulasan:

  1. apa ya lea..eh..kitak dapat APC ka..taniah k..

    BalasPadam
  2. salam.

    apa yang telah ditentukanNya itu adalah yang terbaik buat kita.

    terima kasih kerana sudi jadi follower.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.