MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 9 Ogos 2010

ORANG BERBUDI........

Hari ni sesuatu berlaku pada aku.Otw balik kerumah,tayar kereta pancit.Aku pun parking di tepi jalan.Telefon suami yang berada di Johor. Tiba tiba ada kereta berhenti di tepi jalan.Tanya kenapa?Aku jawablah kereta aku pancit.

Dia kata.......sian...perempuan.Suami mana?Suami kat Johor.Dalam hati aku mcm mcm aku pikir.Dah macam macam yang aku baca.Mintak mintak org ni betul betul ikhlas nak bantu aku.Dengan kemeja putihnya ,dengan panas terik..dia terus membantu aku menukar tayar kereta.

Dah siap...aku call suami dan suami nak cakap dengan insan yang dok bantu aku. Dah selesai semuanya , aku nak bagi wang tanda terima kasih sebab bantu aku.Dengan tangannya hitam, kotor, dengan peluh menitik dibawah sinar mentari tetapi dia menjawab.........TAKPE.DUIT YANG AWAK NAK BAGI KAT SAYA BAGI DEKAT MASJID.

Ya Allah..ada lagi rupanya insan sebegini.Aku ingat dah takda ada dah.Alahmdulillah. Terima kasih En.Yusri.Budi En.Yusri akan saya kenang.Duit tu saya akan bagi dekat MASJID.

YA. ALLAH...syukur alhamdulillah.REZEKI hambamu ini berjumpa dengan insan sebaik itu.Betul betul telah menginsafkan aku hari ni.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.