MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 14 Ogos 2010

HARI PERTAMA BAGIKU

Alhamdulillah...hari ni hari pertama bagi ku berpuasa.Org lain dah 4 hari aku baru nak bermula. Takpelah..dah namanya wanita..

aku wanita
aku kaum hawa
yang memang rapuh hatinya
aku wanita
aku punya cinta
selayaknya manusia


menyanyilah pulak ye.Semalam...alhamdulillah...sekejap je aku masak. Dah seronok ke dapur semuanya rasa senang je.Tapi sebenarnya, memasak ni sangat sangat mudah n cepat.Kalau rencah2xnya dah siap sekejap je memasak ni.Yang membuatkannya lambat

1.kupas bawang merah,putih,halia

2.memotong bawang,halia,serai,cili kering

3.menumbuk bawang,halia,serai,cili kering ext......(tapi aku blend je ye)

Menu semalam...aku wat kobis masak lemak putih, sambal tumis ikan bilis, ikan keli goreng n kerabu mangga. Burger Malaysia n popia goreng lak beli kat pasar ramadhan. Petang ni nak berbuka apa pulak ek.....Idea takda ni.......


kobis masak lemak putih

sambal tumis ikan bilis

keli goreng

kerabu mangga

Burger Malaysia

Popia goreng


2 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.