MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 23 Ogos 2010

AIR TANGAN MAK

Bahang raya dah semakin terasa.Dekat opis sana sini org dok jual biskut n kuih.Masing masing mengambil order dan yang penting…MENGODER.

Aku kalau hari raya TART NENAS yang mak aku buat je aku rasa sedap.Yelah...jem nanasnya mak aku buat sendiri. Selalunya adik aku yang kecik, mas yang rajin nolong mak aku buat tart ni.Raya ni tak dapatlah rasa tart nenas dia.

KEK HATI PARI n KEK BUAH mak aku buat jugak yang terbaik. Sedap....Terasa je semua bahannya. Selalu mak buat seloyang besar sebab nenek aku kat kampung pun suka makan KEK BUAH mak aku tu.

KEK HATI PARI lak kek wajib mak aku time raya.Membuatnya tersangatlah rumit .Kena kukus 7-9 jam.Tapi kek ni yang bestnya semakin lama semakin sedap k. Tapi raya ni ...tak dapatlah nak merasa kek ni. Yelah raya kat Teluk Intan.Nak wat sendiri? Boleh ....tapi aku paling tak suka wat kek kukus ni.Kek bakar2x aku leh tahan lagi.

Mana mana pun aku pergi masakan dari air tangan mak aku jugak yang sedap.Korang mcm mana?

***gambar dr.MR.GOOGLE


1 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.