MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 8 Ogos 2010

AIR OH AIR


Salam semua.

Sabtu lepas balik kampung.Selepas subuh terus bertolak.Bersarapan pagi dekat RnR Rawang. Sampai sampai kat Teluk Intan mak mertua bagi tau dah seminggu dah takda. n..Aiyaaaaakkk. Macam mana ni?Dahlah tengah bulan mengambang ni.

Ye...ada pihak yang hantar air.Sian nengok mak n pak mertua n Suami dok angkut air.Rumah suami lak atas bukit.Punya penat nak naik.Aku kalau dah balik kampung, kalau dah naik tu punya susah aku nak turun balik.Tapi oklah jugak penghantaran air ni dihantar 2 kali sehari.Habis semua benda yang besar2x yang boleh isi air mereka isi ngan air yang dihantar.

Berbalik kita ngan kisah takdak air ni. Kena jimat-jimatlah ngan air yang ada.Petang sabtu tu kena gak g KAMPAR rumah kakak ipar ...nak pergi mandi k.Mak mertua lak nak basuh kain.Sian dia dah 6 hari tak basuh kain.Dok pikir gak.Petang ni dah mandi kat KAMPAR, esok nak mandi kat mana lak?

Alhamdulillah.Lewat petang sabtu ada dah air paip.Syukur alhamdulillah.Memang terasa susahnya takde air. Mandi pun rasanya ala kadar je kot. Minum pun taknak banyak takut dok nak kencing je.Makan pun sama.Makan sekadar nak mengalas perut .

Tu yang aku dok pikir......ada air, suka hati je kita nak pakai.Kadang kadang tu membazir pun ada gak. Dah takde,baru terpikir, BETAPA PERLUNYA, BETAPA PENTINGNYA AIR PADA KITA.



2 ulasan:

  1. Setuju2.. Mun sekda karan gik sikhal.. P mun sekda aek susah gik...

    BalasPadam
  2. benar ya amir.adui.....serba sik kenak jak rasanya.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.