MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 17 Julai 2010

MELUAHKAN HATI , MELUAHKAN PERASAAN

Assalammualaikum semua.

Blog ini sudah menjadi tempat untuk aku kadang kadang meluahkan hati, meluahkan perasaan, meluahkan rasa ketidakpuasan hati dan mcm mcm lagilah.Kadang2x apa yang bermain di pikiran aku time tu pun kadang kadang kadang pun aku taipkan dekat ni.

Selain dari tu aku juga mempunyai sebuah buku yang aku boleh mencoretkan apa je yang aku rasa.Entahlah.Sejak zaman aku kecik kecik lagi aku memang suka menconteng, dok main ngan pen yang berwarna warni, bermain ngan sticker. Suami aku pun kadang kadang menggeleng kepala bila melihat gelagat aku yang kadang kadang mcm budak kecik.Yelah kalau g mana mana tempat alat alat tulislah yang menjadi tempat persinggahan aku.Ada je yang aku beli walaupun sebatang pen.

Buku ni aku start gunakan sejak aku pindah kat semenanjung ni iaaitu pada 29 Julai 2006.Yelah mula mula dok sini kerinduan pada keluarga tu sentiasa ada.Dan aku sentiasa tinggal keseorangan di rumah sebab suami selalui outstation. Tu je cara utk aku becerita, meluahkan segala rasa. Yelah..kadang kadang kita manusia ni adanya boleh kita luahkan dengan org.Ada masanya tak boleh. Buku ni pun tidaklah tiap tiap hari aku menulis di dalamnya.Bila aku rasa nak menulis..aku menulis.Ikut mood aku jugaklah.Kadang2x bila baca balik yang aku tuliskan aku boleh tersenyum , ketawa sendiri.Banyak kenangan , banyak luahan dalam buku tu.

Aku pun tak tau sampai bila aku nak gunakan buku ni. Walupun dah dekat 4 tahun aku guna buku ni tapi masih banyak ruangan kosong lagi.Haraplah sampailah bila bila.Sebab semua kenangan terindah, perkara pahit manis ada dalam tu.





nilah bukunya



kita zoom sikit



ketebalannya yang bertambah.yelah..mcm mcm aku lekatkan



pen yang berwarna warni dan sticker yang ada dalam simpanan aku


4 ulasan:

  1. rajinnya kak mona uiiii..seingat sy masa zaman sekolah sy rajin kump pen colouring dan sticker tue..plus buku untuk mencoret..ntah nape masuk jer alam pekerjaan..benda tu semua dah tiada..hehehehheheee....kemalasan melanda..hehheheee

    BalasPadam
  2. entah riena. dah tak boleh buang minat akak ni. mana mana pergi yang akak tengok sticker n pen kaler kaler.

    BalasPadam
  3. come gle..da mcm skrap book da..msti banyak rahsia ek dlm tue.. :)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.