MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 16 Julai 2010

HARI JUMAAT DAH YE

NASI LEMAK BUAH BIDARA

SAYANG SELASIH HAMBA LURUTKAN

HILANG EMAK HILANG SEDARA

KERANA KASIH HAMBA TURUTKAN


Assalammualaikum semua.

Pantun takde kaitan pun entri kali ni. Cuma ada nasi lemak je ye.Ye.Aku makan nasi lemak pagi ni.Nasi lemak yang paling famous kat tempat aku tinggal. Ye...aku akui memang nasi lemak dia memang sedap.

Aku kalau beli aku bawak tupperware sendiri.Senang sikit...sebenarnya kan aku tak reti makan nasi lemak yang berbungkus.Entahlah.Tak reti sgt sgt.Mesti bersepah. Kadang kadang tu mcm budak budak je gayanya

JOM KENALI APA ITU NASI LEMAK

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).

Pemakanan Asal

Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di Semenanjung Malaysia ,Selatan Thai, Brunei dan Singapura, bekalan Nasi Lemak sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka ini yang membanting keringat.

Makanan popular

Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada di dalam linkungan Ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus.



2 ulasan:

  1. alahai,
    pepagi nie dijamu ngn nasik lemak lah plak,
    saja tau akk nie....
    hihihihi...

    apapun salam jumaat buat akk:)

    BalasPadam
  2. salah satu cara utk menambahkan lemak di badan..ngee~~

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.