MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 2 Julai 2010

CERITA LUNDU 4 - NASI LEMAK NEK NGAH DAON

Nasi lemak nek ngah ni memang kegemaran lea dari kecik lagi sampailah la ni.Rasanya dah 4 tahun dah tak makan nasi lemak yang dia buat.Dia dulu memang berniaga nasi lemak n karipap pusing.Dulu time kecik kecik bila cuti sekolah mesti balik kampung.Kalau ada peluang mesti tolong nek ngah potong bawang, potong ubi keledek ke, potong kentang ke, potong cili ke. Kenangan betul masa tu.

Sekarang nek ngah pun dah tua. Dengan pendapatan menjual nasi lemak dia dah pun menunaikan haji pada tahun 2008 lepas. Yelah.Rezeki dari penat lelah dia.

Dulu nasi lemak dia dia jual 20 sen sahaja.Sekarang dah naik RM1.Takpe..barang barang pun mahal gak sekarang.Daun pisang pun kena beli. Plastik lagi.Dulu nasi lemak dia jual memang dlm daun pisang saja.Ingat lagi petang petang mesyi nek ngah pergi ngambil daun pisang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.