MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 1 Julai 2010

CERITA LUNDU 1- RUMAH NENEK

Assalammualaikum semua.

Semalam tak sempat nak update sebab lea balik kampung kat LUNDU , Sarawak. Mak lea berasal dari Sematan, dekat gak ngan LUNDU tapi dibesarkan di KAMPUNG SILENG MELAYULUNDU.Perjalanan ke LUNDU lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja. Yelah...sekarang jalan dah elok.Dulu dekat nak 3 jam perjalanan.Jalan tak elok.Batu batu sebesar kepala pun ada..

Rindu rasanya dengan LUNDU.Yelah tempat lea dilahirkan.Tempat bermain time kecik kecik dulu.Segalanya LUNDU.Last balik dulu time raya pertama,raya puasa tahun lepas.Yelah..tahun lepas turn balik Kuching beraya.Tahun ni pulak beraya kat TELUK INTAN PERAK DARUL RIDZUAN.




ul

Rumah nenek dekat LUNDU.Cuma akan meriah time raya.Tahun turn lea beraya kat Kuching makcik dekat Perak n Johor pun balik. Raya pertama memang akan riuh rendah.Yelah..kesemua tujuh org adik beradik mak akan berkumpul.

Dulu rumah nenek rumah bertiang.Tak mcm sekarang.Tapi memang besar.Ingat lagi depan rumah nenek ada pokok strawberry.Sebeah rumah ada pokok mangga n pokok jambu.Sekarang takde lagi dah.Semuanya kena tebang sebab nak wat jalan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.