MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 1 Jun 2010

SEBUAH CORETAN DIARI KEHIDUPAN

"Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan…
Kita berdua jatuh cinta

Kau milikku dan ku kau punya"

Terdengar bait-bait lagu RSVP Maulana memecah hening tepat jam 4.20 pagi (alarm handpone ku. lagu RSVP) hahahaha..tak boleh blah kan.Tetapi serius tau. lea memang tak suka maulana tetapi suka bangat sama lagunya.Ok...kita sambung....Argh..........malasnya nak bangun. Sedap tido ni......Nengok suami kat sebelah, lena betul dia ni tido. Rasanya kalau bom meletup sedar ke tidak dia ye.Takpelah...aku set lagi jam 10 minit kemudian. 4.30.Tepat jam 4.30 berbunyi lagi.........Memang menjadi tabiat...suka na bertangguh.Tu yang kadang kadang terlajak sampai 6.00 pagi.

"Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan…
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya"

Wokey...masa untuk bangun.Aku basuh muka, kemaskan rambut yang kusut masai, n terus ke dapur, siapkan apa yang patut. Nasi semalam ada lagi dan memang aku masak lebih sebab suami aku lebih suka sarapan dekat rumah.Alhamdulillah dalam masa 15 minit dah siap. Nasi goreng belacan perencah seri aji dan sambal telur semalam. Untuk suami aku hidangkan terus, dan untuk aku pula bekal bawak ke opis.

Lepas tu aku mandi dan terus bersiap utk g kerja.Nak sembahyang tak leh pulak. Cuti cuti wanitalah katakan.Ha......hari ni kena drive sendiri sebab suami kena kursus kat KL. Argh..........Uwa.tak sukanya kena drive.Itu bermaknanya....aku kena g awal , sebab susah na nak dapat parking nanti.

Wokey...jam 6 aku dah jalan dah.Hantar suami lu kat opis n aku pun meneruskan perjalanan dengan perlahan.Tak nak laju laju.Tak nak laju laju pun 6.20 pg dah sampai.Tapi aku lepak lu kat dalam kereta dengar apa yang patut.Apa yang patut tu ye...Entahlah..sebenarnya aku meneruskan tido ku sekejap.

6.35 aku pun masuk opis. Entah.dari dulu memang aku yang tukang bukak pintu opis.Ada elaun lain tak? Untuk buka pintu opis....Oklah....itulah catatan ku untuk pagi ni SELASA 01.06.10-Hari pertama di bulan JUN 2010.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.