MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 3 Jun 2010

NASIK LEMAK 30 sen

Salam semua.

Ada lagi ke nasi lemak 30 sen ? Dulu- dulu adalah kan.Dan dulu lea adalah salah sorang penjualnya.Ingat lagi time tu darjah 3 kat SRB Rakyat Tupong.Dulu sekolah ni bukanlah secantik sekarang.Dinding kayu, macam rumah panjang dah rasanya.Tapi sekolah itulah yang banyak berjasa dan meninggalkan kenangan pada lea.

Dulu lea n mak lea berniaga nasi lemak.3o sen satu. Murahkan.Dahlah banyak lak tu dan semestinya sedap. Air tangan mak lea.Kalau time loceng rehat nak berbunyi tu budak budak kelas lain dah bersusun dan kat luar kelas nak beli nasi lemak. Hari hari banyak 30-50 bungkus mesti habis.

Hari hari mak akan upah lea 50 sen. Lebih kurang 2 bulan jugaklah lea menjual nasi lemak.Sampai cikgu pun yang ada beli. Setiap pagi lea akan bangun seawal 4.30 pagi utk membantu mak membungkus semua nasi lemak tu. Sekolah dekat je.Berjalan kaki dalam 5 minit. Kawan baik lea, Jaslin akan membantu lea menjual nasi lemak tu. Lin...apa kabar kitak? Lama dah tak jumpa dia. Kalau hari raya beraya rumah mak dia mesti dia takde.Pergi umah mertua. Rindu sangat kat dia. Anak dah 4 kot sekarang.

Kadang kadang kalau ingat tu semua boleh membuatkan lea tersenyum sendiri.Kenangan sangat sangat. Pengalaman yang sangat berharga.Menjadi pengalaman dan pengaran untuk lea meneruskan kehidupan.Bukan senang tau , yelah...time tu darjah 3.Sembilan tahun.Bangun awal pagi.Pergi sekolah bawak beg plastik besar yang penuh dengan nasi lemak.Rasanya kalau pihak Kantin tak marah, dari darjah 3 sampai darjah 6 lah kot lea menjual nasi lemak.

Itulah...kenangan lea 20 tahun dahulu yang masih segar di ingatan.


1 ulasan:

  1. eemmm..susah nk jumpa sekarang..paling murah pun sekarang sehinggit.tu pun celah gigi je makan..huhuhu...:D may be kat kampung2 ada kot..tak pun payah sgt..masak sendiri..senang criter..;D

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.