MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 1 Jun 2010

DEMI SESUAP NASI

Sudah lama lea perhatikan sesorang yang lea rasa tinggal berhampiran dengan kawasan kediaman lea.

Waktu pagi kalau nak pergi kerja dan kadang kadang bila balik kerja seorang lelaki berbasikal akan pergi ke kawasan pembuangan sampah berhadapan dengan blok lea tinggal.Basikalnya penuh dengan kotak2x dan tin tin kosong.Kadang kadang lea dok perhatikan je dia dok menguis nguis sampah di dalam tong yang besar itu.

Dalam hati lea, alangkah seronok hatinya apabila dia menjumpai kotak kotak atau tin tin di dalam tong yg besar itu. Sanggup dia mencari kotak2x dan tin2x di sebalik sampah sarap yang datangnya dari pelbagai sumber itu.Pelbagai bau yang boleh dicium.,

Jauh di sudut hati lea, alangkah beruntungnya diri ini, tak payah bersusah payah seperti dia. Timbul keinsafan pada diri. Kena syukur dengan apa yang ada. Kalau dah di atas , tengok tengok jugaklah ke bawah. Sedang kita menghadapi keadaan hidup yang selesa ada lagi segelintir insan di dunia ini, di sekeliling kita bersusah payah bekerja, membanting tulang DEMI SESUAP NASI.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.