MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 1 Jun 2010

BEKAL JANGAN TAK BEKAL

Alhamdulillah.Kenyang dah.Syukur kepadaMu atas rezeki ini.

Assalammualaikum semua?Dah makan tengah hari ke belum.Makanlah.Jangan tak makan. Kalau yang berdiet tu makanlah ala kadar je. Untuk mengalas perut.Lea hari makan nasi goreng yang di bekal tadi.Pagi makan sikit, tengahari habiskan terus.

Alhamdulillah rezeki hari ni, Ina Piee bawak bekal , banyak lak tu lauknya, ada samal petai udang, ayam masak kicap lehlah tumpang sesekali. Ina piee ni rajin memasak.Ina ngan Ecah boleh lak terbawak menu yg sama ayam masak kicap.

Seronok sebenarnya bekal ni.Dulu lea malas jugak bekal.Tapi bila tengok teman sama bilik ni Ecah dok bawak bekal, lea pun terikut sekali. Kalau lauk banyak tu leh lah share sekali ngan kawan.

Banyak kelebihan bawak bekal ni, Antaranya....

Yang Pertama kita boleh berjimat, memang jimat betullah.Dulu lea untuk sarapan je dah RM 2.50-3.00, Tengahari pulak dalam RM 3.50-5.00.Belum air lagi. Dalam sehari dekat RM 10 gaklah. Sekarang kadang2x cuma beli air teh je pagi.Harga RM 1.10. Kadang kadang tu kalau g cafe, takde pilihan.Tengok menu yang sama je.Tu yang rajin bawak bekal.

Yang Kedua, Kebersihan terjamin k.Dan yang paling penting takde AJINAMOTO.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.