MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 12 Mei 2010

PARKING OH PARKING



Tak habis lagi ngan cerita parking kat opis aku ni. Kerana parkinglah aku terpaksa pergi opis awal. 6.15 dah kat opis.Lepas je Subuh kat umah terus jalan. Kalau lewat..haruslah berpusing cari parking.Dah tu jauh lak tu.Taulah org mcm aku ni malas sikit nak berjalan jauh.

Aku dok Puchong.Kerja kat Putrajaya.Perjalanan aku dalam 20-30 minit.Tengok keadaan jem di jalan kat taman aku duduk n jem dekat tol.Kalau kuar 6.00 pagi ok lagilah jalan.Tapi tempat parking yg aku dah cop awal awal kena reverse dulu.Kang ada kereta kuar dari parking susah gak, baik aku awal. Nak parking kat belakang, parking memang banyak, tapi time balik kereta di kiri jalan.kalau ada space oklah..kalau ada kereta dr depan lehlah dok selit selit kalau takde ruang kan kena mengundur....tu yg aku tak sanggup tu.

Tulah, en.suami selalu cakap.Kalau abang ada duit kan ayang...abang nak buatlah jalan dari rumah kita terus ke opis ayang.Tak susah.Dekat jalan tu pun ayang leh parking.Baik punya perli suami aku. Sabar jelah.Yelah kalau dia takde harus aku awal sampai ke opis.Kalau dia ada lah (dia yang hantar)baru jam 7 lebih aku sampai. Aku masuk 7.30 pagi.Balik 4.30.Yelah...4.30 petang tak jem lagi.Kalau jam 5, aduiyai...jem dah kat Putrajaya. Susahkan pemandu amatur macam aku ni.Bak kata suami aku lesen aku lesen dari umah ke opis je.Sesekali je lepas ke GIANT ke, TESCO ke...tu pun sebab dah sesak.Nak kena gak pergi......

kalau parking sebesar ni dekat depan blok tempat aku kerja ni kan best. tak nak kat belakang...susah nak kuar



parking mcm ni pun syok gak.space kecik tapi......mesti lambat kan.nak tunggu org ambik keta kita.


gambar carian MR.GOOGLE





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.