MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 1 Mei 2010

MENGAIL GERAMAK

Dok nengok tv ngan laki aku.Tengok JORAN RIA.Adalah org dok ngail ketam.Terus aku teringat zaman aku masih kecik kecik dulu.

Dulu kat KAMPUNG TUPONG TENGAH takde jalan bertar.Cuma rumah antara satu sama lain di hubungkan dengan jambatan kayu sebab kawasannya berlumpur.Jadi banyaklah geramak/ketam kecik yang tak boleh di makan.

Al kisahnya kalau musim sekolah ramailah budak budak yang siap dengan kail iaitu batang lidi penyapu diikat dengan benang dan umpannya ikan ikan bilis.Dan dengan membawa satu tin milo bermulalah misi mengail geramak. Aku ngan adik adik pun tidak terkecuali. Tengah hari, matahari di atas kepala pun masih mengail .Hahahaha.Mana aku tak hitam dulu.Dah dapat banyak banyak kumpul dalam tin milo dah tu buang.

Aku call adik aku tanya geramak ada lagi tak?Dia cakap sekarang bayang bayang geramak pun takde.Nanti balik Kuching aku nak cari geramak . Memang dah lama aku tak jumpa geramak ni.


nilah batang kailnya.

gambar aku dapat dari blog hell69 .susah na nak dapat gambar geramak.


1 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.