MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 13 Mei 2010

MALAYSIA KE SEPARUH AKHIR



PEMAIN perseorangan negara, Hafiz Hashim memanjatkan kesyukuran selepas menewaskan perseorangan ketiga Denmark, Joachim Persson 21-12, 21-10 pada suku akhir Kejohanan Piala Thomas di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi. Kemenangan Hafiz membolehkan Malaysia melakar kejayaan penting mengatasi Denmark 3-2, sekali gus mara ke saingan separuh akhir bertemu juara bertahan Piala Thomas, China, esok. - Foto Mohd Yusni Ariffin


Lee Chong Wei bersama Hafiz Hashim (kanan) meraikan kemenangan Malaysia menewaskan Denmark 3-2 pada suku akhir badminton Piala Thomas di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi. – Utusan/Ahmad Zakki Jilan

SKUAD badminton Piala Thomas negara berjaya melangkah ke separuh akhir selepas mengalahkan Denmark 3-2 pada perlawanan suku akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam. Muhammad Hafiz Hashim muncul wira negara apabila memberikan mata kemenangan selepas mengalahkan Joachim Persson 21-12, 21-10.

Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong terdahulu meletakkan Malaysia selesa mendahului 2-0.

Begitupun, keadaan bertukar cemas apabila Wong Choong Hann dan beregu Mohd. Zakry Latif-Hoon Thien How kalah, untuk Denmark mengikat kedudukan 2-2, sebelum Hafiz memberi mata kemenangan. Malaysia akan bertemu China di separuh akhir, esok.

Hafiz Hashim ni kan, kalau kita nak dia menang mesti kalah.Kalau tak harap dia menang, boleh lak dia menang.....Hafiz...Hafiz....Semalam nengok gak Malaysia lawan Dernmak.Dah time Hafiz nak main, tido jelah.Malas nak negok. Tapi...kalau suami aku ada mau g Stadium dia ni.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.