MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 25 Mei 2010

MAK, AYAH DAN SI DIA YANG DI CINTA


Assalammualaikum semua.

Sekali lagi lea nak cerita tentang jodoh.

Pada zaman sekarang ada lagi ke JODOH YANG DITENTUKAN OLEH MAK AYAH? Ye....ini memang masih ada. Terjadi kepada seorang kawan lea Z. Z dah punyai teman sendiri, tetapi terpaksa mengikut kehendak mak dan ayah. Serba salah dibuatnya kan.

Lea paham apa yg kawan lea lalui.Sebelah kanan mak ayah, sebelah kiri si buah hati. Mengikut kehendak hati akan menjadi anak derhaka.Mengikut kata mak ayah ada hati akan terluka.

Dia akan berkorban untuk mak ayahnya.Dan temannya akan terima segalanya yang berlaku dengan redha.Mungkin tiada jodoh antara mereka.

Lea sendiri yang menyaksikan , ye........tak boleh nak nengok kawan lea tu.Mesti menitis air mata. Entahlah...diri aku ni sensitif sangat ke?

Alhamdulillah, bagi lea sendiri , lea bersama dengan insan yang lea sayangi dan cintai.....Alhamdulillah mak ayah lea paham.Seluruh keluarga lea paham.Ye...memang takut pada mulanya dengan penerimaan keluarga dia dan keluarga lea sendiri.Yelah...sorang org sarawak, sorang orang perak. Dah jodoh kami...Alhamdulillah.......................




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.